Isnin, 18 Julai 2011

wanita pendamping suami di syurga

Rasulullah s.a.w,bersabda: Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorang pun. Di antara yang didendangkan oleh mereka :“Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan.” Dan mereka juga mendendangkan :“Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.”[Shahih Al Jami’, no.1557]~

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan lelaki dan bidadari-bidadari sahaja yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana pula dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga serta akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penghuni Syurga yang lain. Namun begitu, sudah semestinya syarat untuk berada di Syurga tersebut adalah dengan amalan-amalan yang dilakukan selama ia di dunia. Setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga dan pada ada hakikatnya wanita ahli Syurga itu adalah wanita yang taat kepada Allahs.w.t dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah:


~ Bertakwa.
~ Beriman kepada Allah s.w.t, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-
Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun
yang buruk.


~ Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah s.w.t, bersaksi
bahwa Nabi Muhammad s.a.w adalah hamba dan Rasul-Nya.
 




mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan
menunaikan fardhu haji bagi yang mampu.


~ Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah s.w.t seakan-akan melihat Allah s.w.t,

jika dia tidak dapat melihat Allah s.w.t, dia mengetahui bahwa Allah s.w.t
melihat dirinya.




~ Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah s.w.t, tawakkal kepada Allah
s.w.t, mencintai Allah s.w.t dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah
s.w.t, mengharap rahmat Allah s.w.t, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar
atas segala takdir-takdir Allah s.w.t serta mensyukuri segala kenikmatan
yang diberikan kepadanya.


~ Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, sentiasa berzikir
mengingat Allah s.w.t ketika bersendirian atau bersama individu lain dan
berdoa kepada Allah s.w.t semata-mata.


~ Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan
masyarakat.


~ Berbuat baik (ihsan) kepada jiran, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh
makhluk
, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dia miliki.
~ Menyambung ikatan persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya,
dan memaafkan orang yang menzaliminya.


~ Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, dan menahan
amarah.
~ Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.


~ Menjaga pertuturan dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan
keburukan orang lain (ghibah).


~ Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.


~ Berbakti kepada kedua orang tua.


~ Memelihara silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan
jauh.


(rujukan:dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423)



Tiada ulasan:

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye