Rabu, 26 Disember 2012

DOA ISTIKHARAH

Assalamualaikum..sedikit perkongsian
Baru-baru ni,Ana terkesan dengan pengisian oleh seorang adik di surau mawar tentang kelebihan solat istikharah..
tips istiqomah, lakukan setiap kali selepas solat dhuha..
petunjuk tak semestinya melalui mimpi, 
selalunya melalui fatwa hati yang ALLAH gerakkan..
insha ALLAH hendaklah yakin dengan ALLAH
yang MENTAQDIRKAN segala sesuatu
Suddently....i had a dream
Rentetan mimpi ana malam tadi,..
macam-macam bermain di fikiran.
mimpi pertama (mlm sebelumnya):
membuat ana menolak sesuatu yg dah lama ana keliru
mimpi kedua :
mimpi yg indah namun dalam kesamaran, masih tertanya-tanya...apakah?
Ya mimpi mainan tidur..namun kadang kala mengusik jiwa juga kan...

untuk mendapatkan kepastian inshaa ALLAH kita sama-sama cube untuk istiqomah dengan istikharah...kerana hanya ALLAH tau apa yang terbaik buat kita..

Bagi ana , sebelum solat istikharah itu amat penting untuk tidak meletakkan sesuatu yang dingini sebagai tujuan solat.
contohlakan si A ni berkenan pada si B, ketika solat dalam hati si A berharap si B la jawapannya, sedangkan sepatutnya si A  berserah  pada ALLAH dan redha atas segala jawapan yang akan diterima..
wALLAHualam

Doa Solat Istikharah



Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya in baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.

Rabu, 19 Disember 2012

kuatkan hatimu


S A H A B A T..


Bila kau letih dan hilang semangat dalam kehidupan,

ALLAH tahu betapa kau telah cuba sedaya upayamu.

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu dalam kedukaan,
ALLAH telah mengira titisan air matamu. 

Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,
ALLAH setia di sisimu.
Bila kau telah mencuba segalanya tetapi tidak tahu tujuan,
ALLAH adalah jalan penyelesaiannya.

Apabila tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa..
ALLAH adalah jawapannya..
ALLAH menguji keikhlasan bila bersendirian..
ALLAH memberi kedewasaan bila ada masalah,

ALLAH melatih kesabaran dalam kesakitan,
ALLAH tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali menggantikan dengan yg lebih baik..
CINTA KERANA ALLAH TIADA AKHIRNYA 
✰ syukran Ya RABB ~♥♥

warkah cinta berbaur syurga



Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara
Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa
Setiap untai kata yang termaktub
Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga



Simpanan batinku hampir tercalar 
Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa 
Antara iman dan nafsu aku berjuang 
Meraih mahkota cinta dari syurga 



Biar beribu parut luka menghiris kalbu 
Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar 
Sekalipun diriku terbuang dimata insan 
Engkau Maha mengerti letaknya cintaku ini 



Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu 
Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ 


[Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan]

Selasa, 18 Disember 2012

perubahan arus

sudah masanya ana menggunakan pendekatan lain untuk blog ana...nantikan...

Jumaat, 14 Disember 2012

kuatkan meraka ya MUHAIMIN


Hari ini….
Ana dapat berita yang sangat-sangat mengejutkan ana… 
kemalangan yang melibatkan 
senior ana kak nusrah yang amat ana sayangi dan hormati..
hari pertama berbual dengan beliau masa ana di T.A sem lepas …
Even kalau balik kelas  mesti  terserempak n kdg2 dapat berbual  sekali dengan kak ain…
 rindu sangat….
ana rasa serba tak kena.. 
sebab ana kenal dia…

ALLAH…perancanganMU maha hebat…. 
Kurniakanlah kesembuhan dan kekuatan buat mereka berdua… 
ALLAH sungguh hidup ini tidak terduga…
ampunilah segala dosa dan khilaf kami sepanjang kehidupan kami sebagai hambaMU….
tenangkanlah hati-hati kami..kuatkanlah dan lindungilah mereka dengan kasih sayangMU..

mohon sahabat2 semua doakan mereka...insyaALLAH


*ana pun tak tau apa perancangan ALLAH buat ana...

perlulah sentiasa bersiap siaga*

YA WADUD

Bismillahirrahmanirrahim...


segala pujian hanya bagi ALLAH tuhan yang MENCIPTAKAN...
yang MENGADAKAN....
yang maha PEMURAH lagi maha MENGASIHANI...
atas nikmatNYA..hari ini kami masih lagi diberi peluang berada disini..
menkipun diri kami sentiasa alpa akan tugas dan tanggungjawab kami
akan amanah yang telah ENGKAU pikulkan ke atas kami..
untuk tetap dalam KETAATAN kepadaMU..PENCIPTAKU...
ya WADUD..
YA WADUD...jangan biarkan kami sepi tanpa cintaMU...
meskipun kami sering alpa akan tuntutanMU...
kerana tiadalah bermakna kehidupan ini tanpa redha dan cintaMU...

Ana akan tetap berusaha...
agar hari ini dan akan datang akan lebih baik dari hari-hari yang berlalu..
ana kena kuatkan semangat...
demi perjuangan dan impian yang ana selalu impikan..
ana tahu kadang2 ana leka..ana leka..

minggu ni ana sudah mula busy dengan segala test, assingment, proposal n presentation..
yang paling penting ana kena jaga amanah ana, walaupun ana rasa ana macam tah ape2..its ok..ini namanya proses pembelajaran...


Dengan nama ALLAH
semoga dipermudahkan
Ana NURAZIELA HUMAIRA dan hidup ana ada matlamat.....
juz do it....
* terkesan ..warkah cinta ep10...agak teruk ana nangis..dah lama ana tak rasa mcm ni* comel kan.. :)


love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye