hurm....susah nak cakap..kadang-kala teguran dikhuatiri akan menyebabkan seseorang itu "tension" or 'menyampah" dengan kita..Mungkin cara kita sendiri tidak tepat..atau mungkin kita sendiri yang belum sempurna untuk menjadi contoh atau "role model" untuk mengajak insan kearah kebaikan...Saya akui..saya masih belum sempurna..Namun hati ini tidak dapat membendung keresahan tatkala melihat insan-insan yang disayangi di depan mata terus-menerus melakukan dosa...Walau apa pun..kita mesti bersangka baik....sejauh mana usaha yang kita lakukan , ALLAH jua mentaqdirkan segalanya...hidayah itu milik ALLAH..dan setiap perubahan itu perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat..
Sebagai contoh dalam bab menutup aurat, kita seringkali berdepan dengan sahabat-sahabat yang masih belum cukup faham bagaimana caranya untuk menutup aurat dengan sempurna.Saya akui, saya pernah berada di tempat mereka...sebab itu saya tegaskan setiap perubahan itu mesti secara berperingkat-peringkat..tidak boleh terburu-buru dan yang paling penting istiqomah..Teguran secara lemah lembut diselang-seli dengan senyuman insyaALLAH sekurang-kurangnya dapat diterima dengan baik oleh mereka.
Bukan semua manusia mudah menerima teguran.Kadang-kala teguran itu dianggap sindiran yang membuatkan mereka "panas"dan kemudian menyalahkan mereka yang menegur kerana suka "menjaga tepi kain orang" .Mereka yang "menegur"juga perlu muhasabah diri agar berfikir dahulu apa cara yang terbaik untuk membimbing mereka..Sebagai langkah pertama kita cuba mendekati mereka..beramah mesra serta menunjukkan tauladan yang baik.Kemudian barulah kita "menegur" kesalahan mereka yang mungkin mereka tiada pengetahuan tentangnya dengan niat atas dasar kasih sayang kita sesama muslim..insyaALLAH..semoga dipermudahkan...Apa yang penting jangan sesekali ada sekelumit kesombongan di dalam hati, merasakan diri kita lebih baik dari insan yang lain..kerana hidayah yang kita perolehi datangnya dari rahmat dan kasih-sayang ALLAH jua..perjuangan menuntut ilmu itu tidak akan selesai hingga kita ke liang lahad..
marilah bersama-sama "berpesan-pesan kearah kebenaran dan kesabaran"
wALLAHualam~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan