Sabtu, 30 Julai 2011

teguran tanda kasih sayang




hurm....susah nak cakap..kadang-kala teguran dikhuatiri akan menyebabkan seseorang itu "tension" or 'menyampah" dengan kita..Mungkin cara kita sendiri tidak tepat..atau mungkin kita sendiri yang belum sempurna untuk menjadi contoh atau "role model" untuk mengajak insan kearah kebaikan...Saya akui..saya masih belum sempurna..Namun hati ini tidak dapat membendung keresahan tatkala melihat insan-insan yang disayangi di depan mata terus-menerus melakukan dosa...Walau apa pun..kita mesti bersangka baik....sejauh mana usaha yang kita lakukan , ALLAH jua mentaqdirkan segalanya...hidayah itu milik ALLAH..dan setiap perubahan itu perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat..

Sebagai contoh dalam bab menutup aurat, kita seringkali berdepan dengan sahabat-sahabat yang masih belum cukup faham bagaimana caranya untuk menutup aurat dengan sempurna.Saya akui, saya pernah berada di tempat mereka...sebab itu saya tegaskan setiap perubahan itu mesti secara berperingkat-peringkat..tidak boleh terburu-buru dan yang  paling penting istiqomah..Teguran  secara lemah lembut diselang-seli dengan senyuman insyaALLAH sekurang-kurangnya dapat diterima dengan baik oleh mereka.

Bukan semua manusia mudah menerima teguran.Kadang-kala teguran itu dianggap sindiran yang membuatkan mereka "panas"dan kemudian  menyalahkan mereka  yang menegur kerana suka "menjaga tepi kain orang" .Mereka yang "menegur"juga perlu muhasabah diri agar berfikir dahulu apa cara yang terbaik untuk membimbing mereka..Sebagai langkah pertama kita cuba mendekati mereka..beramah mesra serta menunjukkan tauladan yang baik.Kemudian barulah kita "menegur" kesalahan mereka yang mungkin mereka tiada pengetahuan tentangnya dengan niat atas dasar kasih sayang kita sesama muslim..insyaALLAH..semoga dipermudahkan...Apa yang penting jangan sesekali ada sekelumit kesombongan di dalam hati, merasakan diri kita lebih baik dari insan yang lain..kerana hidayah yang kita perolehi datangnya dari rahmat dan kasih-sayang ALLAH jua..perjuangan menuntut ilmu itu tidak akan selesai hingga kita ke liang lahad..

marilah bersama-sama "berpesan-pesan kearah kebenaran dan kesabaran"
wALLAHualam~

Jumaat, 29 Julai 2011

apa erti sebuah persahabatan






Ya ALLAH  yaa Rabbii…,
Jadikanlah diri kami sahabat sejati bagi sahabat-sahabat kami, yang sentiasa nasihat menasihatii dalam kebenaran dan kesabaran. Jadikan persahabatan ini abadi hingga kehidupan setelah akhir nanti.
Aamiin… Aamiin yaa Rabbal ‘Alamiin.....


"memang mudah untuk mencari teman...tapi tak semua mampu sama-sama bersusah senang dengan kita.Namun haruslah diingat, setiap teman yang hadir dalam hidup merupakan anugerah dan amanah dari ALLAH yang perlu dijaga..cukupkah makan minum dia...sihatkah dia..adakah dia memerlukan pertolongan...jauhilah dari iri hati dan prasangka yang merupakan penyakit hati...sebaliknya Husnul zhon dalam segala hal...bukankah apabila ALLAH telah menetapkan sesuatu kelemahan buat hambaNYA, DIA juga telah menganugerahkan kelebihan baginya...ALLAH itu maha adil lagi bijaksana..maka semoga kita sama-sama menjadi sahabat terbaik, sama-sama mengajak kearah mentaati ALLAH dan rasulNYA..amin ya rabbal a'lamin~

Rabu, 27 Julai 2011

keluargaku syurgaku




Saya berkahwin akhirnya, dengan muslimah yang paling sesuai dengan saya pastinya. Perkara yang paling menyeronokkan dalam berkahwin ialah dapat berbincang perkara yang bersifat ilmiah dengan isteri.

Saya beruntung dapat menjadi menantu sebuah keluarga yang bahagia bagi saya. Ayah mentua baik orangnya, serta mempunyai peribadi dan karismatik tersendiri. Beliau memiliki semangat kepimpinan yang luar biasa.

Saya masih ingat pesan ma, sebelum kami berkahwin, “Ngah akan kawen dengan orang yang ngah sendiri pilih. Jadi ngah kena harungi kehidupan dengan dia dan jangan menyesal.”

Alhamdulillah saya tidak menyesal kerana perkahwinan saya ini mendekatkan diri saya kepada Allah. Saya terasa nikmat berhubung dengan Allah sekarang.

Saya ada beberapa target yang mesti saya capai. Antaranya, isteri saya mesti menghabiskan bacaan 30 juzu’ dengan saya. Saya berkira-kira, dalam tempoh dua tahun Insya-Allah akan tamatlah 30 juzu’ itu.

Saya kini berteman ke kuliah-kuliah Maghrib. Sengaja saya membawa isteri bersama agar ia turut mendengar pengisian yang disampaikan saya. Lalu pengisian itu sebenarnya bertujuan untuk mendidik hati saya, isteri dan masyarakat masjid.

Jika isteri saya wajib mentaati saya, maka saya wajib berbuat baik kepadanya. Jika isteri wajib berwangi-wangian untuk suami, suami juga wajib berwangi-wangian untuk isteri. Jika isteri tidak boleh meninggikan suara (berkeras) dengan suami, maka suami juga begitu lakunya.

Saya memilih isteri saya sekarang bukan kerana ia muslimah yang terbaik. Dan ia memilih saya bukan kerana saya muslim terbaik. Masing-masing mengakui kelemahan. Cuma kami memilih pasangan hidup yang paling sesuai dengan keadaan diri kami.

Yang paling seronok ialah, saya dapat menjadikan perkahwinan sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Alangkah ruginya perkahwinan kami sekiranya kami sibuk bersama untuk bermesra tetapi perkahwinan kami akan bermakna jika kami bersama untuk mengingati Allah.




"

Selasa, 26 Julai 2011

shopping3

aishah,farah, saya
Alhamdulillah hari ni dapat abiskan masa dgn aishah malek n farah...
penat sangat3 tapi best....
tambahan pula demam..lagi la best..rase nak temuntah je...coz pening sangat3 sepanjang jalan..huu ^^..
Sory korunk kalau saya  rasa takde mood je sepanjang hari ni...
sabar je korunk..thanx sangat3....
may ALLAH bless u...Betolak pukul 9 pagi..then kul 10 nek train ke masjid jamek....
alhamdulillah sempat jugak shoping beg yang berharga rm13....
jadilah...kalau kat tempat lain maunye rm25++ , yang penting harga...hehe...
then teman dorunk cari shawl...last...pergi ts....
tak shopping sangat pun..tapi enjoy bejalan n amik gambar.....
ni la wat kenangan hari ni..
 pic bersama dorunk...






Khamis, 21 Julai 2011

jika kesusahan menimpamu



Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendaklah kamu katakan: Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka, ia perbuat! "Kerana sesungguhnya perkataan: andaikata...itu memberi peluang pada syaitan." 

[Riwayat Muslim]




*lately duk pk mende yg da lepas...duk geram bile parents n kawan3 tanye....suppose i delete from my mind n redha!! ya ALLAH..help me...

Rabu, 20 Julai 2011

bidang kerjaya biomolekul sains





bidang sains biomolekul ditubuhkn untuk bidang research & development. Antara peluang kerjayanya as reseacher kat makmal, universiti, pusat pnyelidikan etc. kerja kt lab hospital pn boleh rasanya, jadi pegawai sains.


*oo0ooo..macam ni ke....hurm....insyaALLAH...i know i can do it!!*

Selasa, 19 Julai 2011

mestica segalanya milikmu



Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merabahkan keresahan dan tangisan
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta dan rasa
Pada damainya dakapanMu
Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan~

biomolekul science



Biomolekul merupakan senyawa-senyawa organik sederhana pembentuk organisme hidup dan bersifat khas sebagai produk aktivitas biologis. Biomolekul dapat dipandang sebagai turunan hidrokarbon, yaitu senyawa karbon dan hidrogen yang mempunyai kerangka dasar yang tersusun dari atom karbon, yang disatukan oleh ikatan kovalen. Kerangka dasar hidrokarbon bersifat sangat stabil, karena ikatan tunggal dan ganda karbon-karbon menggunakan pasangan elektron bersama-sama secara merata. Biomolekul bersifat polifungsionil, mengandung dua atau lebih jenis gugus fungsi yang berbeda. Pada molekul tersebut, tiap gugus fungsi mempunyai sifat dan reaksi kimia sendiri-sendiri.

Biomolekul mempunyai fungsi tertentu dalam sel, misalnya:
  • protein sebagai enzim, alat transpor, antibodi, hormon dan pembentuk membran;
  • karbohidrat sebagai sumber energi, komponen pembentuk membran dan dinding sel;
  • lipid sebagai sumber energi, hormon, dan pembentuk sel;
  • asam nukleat sebagai faktor genetika, koenzim, pembawa energi, dan pengatur biosintesis protein.



Isnin, 18 Julai 2011

MENJAGA KESUCIAN CINTA


Cukuplah Kesetiaanmu pada yg telah ALLAH tuliskan namanya di Lauhul Mahfuz jauh sebelum bumi & langit tercipta, maka cukuplah ALLAH & kau yg tahu segala rasamu maka cintailah dia dalam hening agar jika memang bukan dia yg ditakdirkan untukmu kesucianmu tetap trjaga, keanggunannya tetap terbias. Peganglah kendali hatimu lalu arahkn pada-Nya dan cintailah dia dalam diam, itu jauh lebih indah jauh lebih suci..Semoga jika bukan dia yang ditakdirkan , maka ALLAH menggantikan cinta itu kepada yang lebih berhak..Setiap sesuatu pasti ada jalanNYA.




.

wanita pendamping suami di syurga

Rasulullah s.a.w,bersabda: Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorang pun. Di antara yang didendangkan oleh mereka :“Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia. Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan.” Dan mereka juga mendendangkan :“Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.”[Shahih Al Jami’, no.1557]~

Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan lelaki dan bidadari-bidadari sahaja yang menjadi penduduk Syurga? Bagaimana pula dengan isteri-isteri kaum Mukminin di dunia, wanita-wanita penduduk bumi?Isteri-isteri kaum Mukminin yang beriman kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di Syurga serta akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penghuni Syurga yang lain. Namun begitu, sudah semestinya syarat untuk berada di Syurga tersebut adalah dengan amalan-amalan yang dilakukan selama ia di dunia. Setiap wanita Muslimah ingin menjadi ahli Syurga dan pada ada hakikatnya wanita ahli Syurga itu adalah wanita yang taat kepada Allahs.w.t dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli Syurga adalah:


~ Bertakwa.
~ Beriman kepada Allah s.w.t, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-
Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun
yang buruk.


~ Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah s.w.t, bersaksi
bahwa Nabi Muhammad s.a.w adalah hamba dan Rasul-Nya.
 




mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan
menunaikan fardhu haji bagi yang mampu.


~ Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah s.w.t seakan-akan melihat Allah s.w.t,

jika dia tidak dapat melihat Allah s.w.t, dia mengetahui bahwa Allah s.w.t
melihat dirinya.




~ Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah s.w.t, tawakkal kepada Allah
s.w.t, mencintai Allah s.w.t dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah
s.w.t, mengharap rahmat Allah s.w.t, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar
atas segala takdir-takdir Allah s.w.t serta mensyukuri segala kenikmatan
yang diberikan kepadanya.


~ Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, sentiasa berzikir
mengingat Allah s.w.t ketika bersendirian atau bersama individu lain dan
berdoa kepada Allah s.w.t semata-mata.


~ Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan
masyarakat.


~ Berbuat baik (ihsan) kepada jiran, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh
makhluk
, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dia miliki.
~ Menyambung ikatan persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya,
dan memaafkan orang yang menzaliminya.


~ Berinfak, baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, dan menahan
amarah.
~ Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.


~ Menjaga pertuturan dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan
keburukan orang lain (ghibah).


~ Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.


~ Berbakti kepada kedua orang tua.


~ Memelihara silaturahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan
jauh.


(rujukan:dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Tamiyyah juz 11 halaman 422-423)



Selasa, 12 Julai 2011

dunia ini kecil

hehe...skema kan3 tajuk di atas... dunia ni kecik je....tadi kebetulan masa teman seorang sahabat  beli prepaid maxis...tiba3 terserempak dengan sahabat satu course di uitm jengka,,rabiah adawiyah namanya...tak sangka..jumpa depan mata pula tu...subhanALLAH....saya anggap pertemuan ini adalah salah satu rahmat dari ALLAH...mungkin dengan pertemuan ini dapat menyelesaikan salah faham yang berlaku diantara kami pada masa lepas...alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar..


hari ini saya gembira sangat..bos saya mula bertudung labuh!! ya ALLAH tetapkanlah hatinya...demi ALLAH saya rasa bahagia sangat3...bos saya "akak linda" selalu baca buku "keperibadian seorang muslim" "actually hadiah dari sahabat saya dari mesir" yang saya bawa setiap hari tak kira masa...hehe..beliau mula tertarik membacanya.." semoga ALLAH merahmati kamu atas perkongsian ilmu itu..sangat3 berguna!! kat mana nak carik lagi ekk buku camtu..kena tunggu next pesta buku kowt....
hari ini juga mencipta sejarah apabila hasil jualan kedai butik mencecah lebih rm 2000 makanya..bosku belanja makan nasi lemak yang sangat enak!! alhamdulillah...atas nikmat dariMU ya ALLAH~

Isnin, 11 Julai 2011

akak yang best

hari ni ade sorang akak tu datang untuk inteview...
"akak kedai ni susah nak carik..akak ikut je cakap saye..nek 1 kali je eskalator...then straight ..belok kiri...nampak kedai spek mata terus ..kedai saya jual baju kebaya.."
akak ni memang nak kena penat je semangat kasi tau jalan..rupenyew duk depan kedai je .. :saje nak kenekan ke ape T__T"


memang best sangat die..umur baru 21 da ade baby berusia 4 bulan..comey gler anak die.. panggil akak la senang coz da kawin kire senior la kan3..hehe.."perasan muda"
...akak ni memang tak benti cakap , itu memang kelebihan die ALLAH bagi..ok yang paling best akak ni cter pengalaman die mase nak melahirkan baby sulung secara operation..rupenyew masa dioperate kita dalam keadaan sedar siap boleh angkat3 tangan lagi..juz perut je tak terasa doktor dok hiris and belah...seram kan dengar..tyme ni saya siap tutup muka dengan bantal..tak sanggup dengar... ade siap patient sebelum die jerit kat doktor "doktor saya rasa pisau hiris perut saya" disebabkan bius tak nak  berapa kuat..terus doktor bius kasi pengsan..ish3...sakitnyew..ALLAH je tau..


lepas selamat melahirkan akak ni ditimpa ujian anaknye tak sihat..dilahirkan kulit bersisik..Alhamdulillah sekarang semakin pulih..ditakdirkan selepas mengelupas kulit yang keluar sangat cantik dan cerah "inna maal usri yusra' berkat ketabahanmu wahai seorang ibu..


bukan senang nak jaga seorang baby...saya sendiri penah merasai pengalaman "jaga" adik bongsu yang tercinta Nur Aleeya Humaira., semasa mama dalam pantang..kesian mama tak dapat tidur lena..baru nak tidur da menangis..last3 saya letak atas bantai hindik3 selawat3 sampai tertidur...


pssst... kalau baby lelaki saya berkenan sangat nama  Muhammad Adam Nasrullah~

maafkan saya

hurm....ALLAHumma inni au'zubika minal hammi wa hazan YA ALLAH aku berlindung daripadaMU dari keresahan dan jua kesedihan.....ya ALLAH berikanlah kepadaku ketenangan...


mintak maaf..saya bukan tak suka or membenci kamu..cuma saya tak mampu nak dengar suara kamu lagi..
"kan saya da cakap jangan ganggu saya lagi" 
mungkin ayat ini mengundang sakit hati kamu
kamu tau tak keresahan itu kembali bertandang di saat kali pertama terdengar suara kamu ...saya faham bagimu ada yg terbaik..maka apa salah saya menjauhkan diri dari kamu?
"
suara yang "menggetarkan jiwa' saya....mungkin bagi kamu ini perkara biasa, tapi tidak bagi saya..Saya ambil masa yang sangat lama untuk mencari ketenangan itu...


sebab itu..bukan senang...."ada sesuatu yg perlu dilupuskan dari ingatan"
entah kamu akan baca ke tidak posting terbaru saya ni...saya tawakal jela...ALLAH jua tahu apa yang terbaik...
time kasih kerana akhirnyew sy tahu pekembangan kamu..itu da cukup buat saya..jazakALLAHu khairun jaza'
jaga dirimu..hiasi peribadimu....semoga ALLAH sentiasa merahmatimu sahabatku..
jangan lupa doakan yang terbaik buat saya...

Khamis, 7 Julai 2011

jangan pandang sebelah mata

Sepanjang kerja kat ampang point..alhamdulillah dikurniakan teman yang baik-baik belaka..kawan3 yang tak pentingkan diri sendiri..susah nak cari kawan macam ni...even suasana kat universiti  saya dapat lihat ramai kawan yang "biar diri sendiri selamat/berjaya" dulu baru fikir orang lain...kenapa ye....even kawan3 kat cni yang umur lebih kurang sebaya and tak futher study..mentaliti dorunk lebih up dari segi kemanusiaan berbanding student  university level..memang salute kat dorunk..hehe...


macam3 boleh belajar dari dorunk....ohh....lagi 22 hari lagi keje....n lagi 2 bulan nak sambung degree....ya ALLAH alhamdulillah atas segala kesempatan yang telah ENGKAU berikan kepeda kami...

Sabtu, 2 Julai 2011

doa wanita

Bismillahirrahmanirrahim…

Yang Maha Indah,
Tiap sosok selalu menyimpan rahasia
Termasuk Engkau
Sang Maha Suci yag telah mempertemukan kami
dalam sebuah ikatan suci

Lama, aku menyadari
Bahwa ada seseorang yang berjalan menjajariku
Seseorang yang memberikan hidupnya untuk meilndungiku
karena mencintai-Mu
Seseorang yang mengecup hatiku
ketika aku kalut
dan seseorang yang tetap berkata,” Aku mencintaimu”
Bahkan ketika aku tiada di sisinya

Yang Maha Pengabul Harap,
Terimalah jutaan doaku padanya
Balaslah ia dengan luruhan cinta-Mu
Atas semua kebaikannya
juga amarahnya

Yang Maha Sandaran Hati,
Sampaikanlah terimakasihku padanya
Karena telah bersedia menjadi satu
Dari sekian banyak kunci surga
Yang kau pilihkan untukku

Segala puja dan puji kucurahkan pada-Mu
Kumohon sampaikan salamku untuk Baginda Rasulullah
Semoga Engkau melimpahkan cinta atasNya
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang ada di dalam hatiku

Ya Allah,jika aku rindu,jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-MU

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia
kepada-Mu.

Kukuhkanlah Ya Allah ikatan kami.Kekalkanlah
cintanya kerana-MU.Tunjukilah jalan-jalannya.Penuhilah hati-hati ini dengan
Nur-Mu yang tiada pernah pudar.Lapangkanlah dada-dada kami dengan
limpahan keimanan kepada-Mu dan keindahan bertawakal di jalan-Mu.
Kerananya,kabulkanlah doaku..Aamiin ya Rabbal Alamin…



" Apakah kalian mau saya beritahu tentang simpanan seseorang yang paling berharga? Yaitu wanita sholihah yang suaminya menjadi bahagia bila memandangnya, bila diperintah segera dipenuhi, dan bila suaminya tidak ada dia menjaga kehormatannya." (Hadits Riwayat Ahmad)

mimpi

hari ni mimpi agak pelik..berada disebuah perjalanan..menemui cinta..tapi semakin dilayan..semakin merosak keadaan..pandangan orang terhadap gadis bertudung labuh "bercinta" adalah "negatif" lalu ku menjauhkan diri buat kali kedua...ohh..buat kali kedua ke???hurm....


maybe mimpi ni saje nak bagi pengajarAn kan3....cukuplah hanye sekali...
hurm...hari ni kene keje lagi..penat3...bulan ni takde cuti lansung errkkkkk..dala 12 jam!! T__T...takpe3..sebulan je lagi pastu terus berhenti..'


butik alafan indah collection ampang point!!!!..here i come!! ^__^

hati yang menangis

"ada satu perkara yg mahu dilupuskan dari ingatan........................hati ohh hati.."
status FB hari ni...
kenape ye,...rase sedih je...sebab x dapat course yang diimpikan ke...ini yang terbaik dari ALLAH buatku..maka redhalah wahai diri yang lemah...actually asik teringat kat 1 perkara...
"saya x dpt keje kat hospital lagi"bukan takdir saya......walaupun hati masih terluka.itulah kenyataanya..walau macam mana pun saya berpura-pura hepi...kadang-kala saya kalah juga.....
ohh..blog luahan hatiku....entah siapa akan membacanya.....atleat rasa lega dapat share kat sini....
sepahit mana pun hidup.......hidup ini hanya sementara..hanya akhirat tempat kesenangan abadi...
walau hebat mana hati ini menjerit kepedihan......sabar adalah penawarnya.....

Jumaat, 1 Julai 2011

nak hepi ke sedih

alhamdulillah akhirnyew dapat tawaran sambung ijazah sarjana muda (SAINS BIOMOLEKUL) di uitm shah alam...hepi memang hepi coz dapat sambung study..sedih tetap sedih sebab tak dapat course yg diimpikan...Hati ..hurm sejujurnya sedang menangis...tapi ALLAH jua yang memberi kekuatan..bukankan ALLAH sebaik-baik perancang..so its THE BEST for me...




mama....ade ke cara n kerja yang membolehkan akak berhidmat.................................. akak ada matlamat tersendiri....... maaf coz tak setuju sambung belajar kat mesir...abah still berharap pasal hal ni...akak faham....
ADIKKU....semoga dapat tunaikan permintaan abah
hati...bukankah segala takdir ALLAH adalah yang terbaik..maka bersabarlah...duhai hatiku...
akan ada jalannya....


ku impikan hidup berhidmat, menjadi seorang yang hebat...dekat dengan masyarakat..permudahkanlah ya ALLAH....... 
nuraziela....hidupku ada matlamat....beribadah pada ALLAH S.W.T....membantu umat Islam...
walau kedengaran agak berat...tapi itulah kata hatiku..
adalah aku layak ya ALLAH..
pasti ada jalannya!!!!!!!!!!! amin ya rabbal a'lamin~

UPDATE (27/1/2013)
"kuasa ALLAH...tak sangka sebenarnya banyak hikmahnya ana berada di uitm...akhirnya ana temui apa yang ana cari selama ni..ALLAH...benarlah ALLAH itu maha MENDENGAR lagi maha MENGETAHUI"

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye