Rabu, 29 Disember 2010

SOAL PERTEMUAN orang yang baik pasti dapat mengenal kebaikan pada orang yang baik lainnya

Suatu pagi~ si koridor Fakulti.

“kenapa susah sangat nak cari orang yang baik sekarang?” luah nazrin memecah suasana~

“kenapa?” balasku singkat~

“Entahlah. Penat dikecewakan.” Keluhnya kesal~

“itu soal takdir. Susah soalan kau tu. Ada kena mengena dengan rezeki~  itu kan ditangan Allah. Jangan dipersoalkan” ujarku.

“kenapa boleh tersalah pilih?” soal nazrin lagi~

“err.. sebab kita tak betul-betul baik”

“tak betul-betul baik? Maksud kau?”

err.. orang yang baik, pasti dapat mengenal kebaikan pada orang yang baik lainnya. Seperti siti khadijah yang baik~ dapat mengenal kebaikan Nabi Muhammad yang baik~ jawabku pada soalan nazrin. Terasa kesal juga meluahkannya. Sebenarnya aku masih tak berpuas hati dengan jawapan itu. Masih mencari jawapan yang lebih tepat.
“habis tu, kau rasa aku tersalah pilih sebab aku tak cukup baik? Begitu?” bentak nazrin. Wah.. sudah makin emosi nampaknya~

“Err.. tak la. Maksud aku, Orang yang benar-benar baik~ pasti mampu melihat kebaikan pada orang baik yang lain. Tetapi aku tak nafikan, terkadang orang baik juga boleh tersilap. Mereka juga manusia~ mungkin itu adalah ujian Allah untuk mereka. Ya.. untuk menaikkan taraf kebaikan mereka. Ada nabi-nabi yang diuji dengan kejahatan isteri masing-masing. Seperti Nabi Luth misalnya. Baginda diuji dengan isteri yang mengkhianati. Begitu juga Nabi ayub dan Nabi Nuh. Dan ada juga wanita-wanita solehah yang diuji dengan pasangan yang jahat. Seperti kisah Asiah  yang bersuami kan firaun. Tahu kisahnya kan? Lalu siapa yang dapat menafikan kebaikan dan keindahan peribadi para nabi tersebut dan siti asiah? Mereka insan yang baik~ tetapi diuji dengan pasangan yang jahat” balasku panjang lebar~

Tergambar senyuman diwajah Nazrin~

Aku?

Turut tersenyum~

2 ulasan:

aibaks berkata...

hehe... baik buruk seseorang tu hanya Allah yang tentukan sebab hati kita ni milik Dia Yang Maha Berkuasa.. sebagai hambaNya.. kite wajib buat yang terbaik keranaNya semoga setiap apa yang kita lakukan mendapat keberkatanNya duniaakhirat..amin

Unknown berkata...

hee..betul tu aibaks :)

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye