Khamis, 30 Disember 2010

hawa dijadikan ketika ADAM a.s tidur

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa Hawa dijadikan oleh ALLAH S.W.T di saat Adam a.s tidur? Jawapannya seorang lelaki apabila kesakitan, maka dia akan membenci manakala wanita sebaliknya. 

Bagi wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari tulang sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam pada saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan kesakitan dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan anak  dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.
 

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.
 

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang 

mayat berubah babi

kisah yang patut dijadikan iktibar akibat tidak pernah mengerjakan solat
solat nie wajib..kalau tak solat FAILED la sume amalan kite
sama-sama ambil iktibar dan jadikan pengajaran.

Seorang anak mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah s.a.w. yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain. "Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah s.a.w. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu. Segeralah Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepadaRasulullah s.a.w.


kelengkapan jenazah


Maka datanglah sendiri Rasulullah s.a.w. ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah s.w.t. sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Rasulullah s.a.w. menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan. Melihat kejadian itu, Rasulullah s.a.w. menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya. "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

RASULULLAH MEMARAHI PARA SAHABAT KETAWA


manusia seringkali alpa dan leka dalam keseronokan dan adakalanya sanggup  mentertawakan saudara sendiri.Rasulullah s.a.w menegah para sahabat yang bergelak ketawa.

Pada suatu ketika apabila Nabi Muhammad s.a.w. sampai kemasjid untuk mendirikan solat, Baginda s.a.w. dapati beberapa orang sahabat sedang gelak ketawa. Baginda s.a.w. berkata: "Kalau kamu selalu mengingati maut sudah tentu aku tidak mendapati kamu semua dalam keadaan demikian. Pada setiap masa kamu hidup kamu mesti mengingati maut. Setiap waktu tanah perkuburan memekik mengatakan:' Aku ini merupakan semak samun. Aku dipenuhi dengan debu. Aku ini penuh dengan serangga. '


        Apabila seorang mukmin dikebumikan didalamnya, bumi berkata 'Aku ucapkan selamat datang kepada mu. Diantara manusia yang bertebaran atas muka bumi ini, engkaulah yang paling aku sukai. Baik sungguh hatimu kerana mahu memasuki ku. Sekarang lihatlah bagaimana aku menghiburkan hatimu?' 

       Kemudian bumi membesar sejauh mata memandang. Sebuah pintu syurga terbuka dihadapannya. Melalui pintu inilah bau-bauan yang semarak harumnya menyusupi lubang hidungnya.




       Tetapi apabila seorang yang jahat dimasukkan kedalamnya, bumi akan berkata:'Tidak ada kata alu-aluan buatmu. Diantara manusia yang hidup didunia, engkaulah yang paling aku benci. Sekarang lihatlah layanan aku terhadapmu.' 

       Kemudian ia dihimpit oleh bumi sehingga tulang-tulang rusuknya saling bertikam tikaman dan berselisih antara satu sama lain. Sebanyak tujuh puluh ekor ular akan mematuknya sehingga hari kiamat.Ular-ular ini terlalu berbisa hinggakan kalau seekor sahaja menyemburkan bisanya dipermukaan bumi maka sehelai rumput pun tidak akan tumbuh.Kemudian Nbi Muhammad s.a.w berkata: "Kubur boleh merupakan syurga ataupun neraka."




        Sifat takut kepada Allah s.w.t. pasti terdapat pada manusia yang benar-benar beriman. Sifat takut ini dapat diwujudkan dan dipupuk  sehingga ia tumbuh dengan suburnya kalau kita dalam kehidupan kita sehari-hari dapat mengingati akan MATI !!!

MAHER ZAIN LEBIH POPULAR DARI JUSTIN BIEBER


Apabila Maher Zain diumumkan Zeitgeist sebagai JUARA carta INDIVIDU 
paling pantas di Google Search oleh penduduk dunia 
spjg tahun 2010 menumpaskan Justin Bieber 
(sedangkan JB menumpaskan Facebook dalam liga carian umum paling PANTAS di Internet), 
ia satu KEMENANGAN moral pd Islam. 
Maher Zain (no 1), Justin Bieber (no 2), Lady Gaga (no 5), Adam Limbert (no 8). 
Dakwah adalah soal menyediakan ALTERNATIF- 
Us Syaari Ab Rahman


yeah..tak sangke kan Maher Zain lagi popular 
dari Justin Bieber n Lady Gaga rupenye.
better kita dengar lagu dakwah dari Maher Zain ni
dari dengar lagu melalaikan
dapat gak pahale .


'Umair bin Khumasyah iman


Iman itu boleh bertambah dan  berkurang. Ketika kita (banyak) mengingati Allah, kita menjadi takut kepada-Nya, (kita laksanakan perintah-Nya dan kita tinggalkan larangan-Nya) maka pada saat itulah iman kita bertambah. Dan apabila kita lalai dari mengingat Allah, kita lupa akan (syurga dan neraka)-Nya, kita sia-siakan (perintah dan larangan)-Nya, maka pada saat itulah iman kita berkurang.

('Umair bin Khumasyah)

addicted kucing

yang ni comel,  syg sgt3
hehehe...tak sabarnye nak balik kampung esok
cube teka sebab pe???
hehe sebab ade kucen yang comey-comey
 teringin nak bela kucing sendiri tapi mama tak suke kat kucing~
huhuhu.. nasib baik nenek suke bela kucen :)



mate die biru
tengok tu..comey kn3 
dari  kiri ibu, comel, musang
belang, haa yang ni paling nerd






packing barang balik UITM


hari ni mula packing3 barang sebab 01/01/2010 dah register kolej..
huhu..rase tak sanggup je nak tinggalkan rumah ni..
hepy sangat bile bersama family tercinta..
ape lagi ekk nk kne bawak ni, kunk tak pasal-pasal ade je yang tertinggal huu~~



1.pakaian, towel,cadar , bantal
2.beg kuliah,pencil box, calculator
3.baldi, bakul,syampu , bedak.losyen,sabun, ubat/berus gigi, 

4.telekung, sejadah, AL-Quran
5.charger enset, laptop,USB



baju ade sikit lagi nak kne kemas
paling penting~



alahai..kamera enset  tak berapa nak ok lepas masuk air baru-baru nie..
~sedih~
= (


Rabu, 29 Disember 2010

SOAL PERTEMUAN orang yang baik pasti dapat mengenal kebaikan pada orang yang baik lainnya

Suatu pagi~ si koridor Fakulti.

“kenapa susah sangat nak cari orang yang baik sekarang?” luah nazrin memecah suasana~

“kenapa?” balasku singkat~

“Entahlah. Penat dikecewakan.” Keluhnya kesal~

“itu soal takdir. Susah soalan kau tu. Ada kena mengena dengan rezeki~  itu kan ditangan Allah. Jangan dipersoalkan” ujarku.

“kenapa boleh tersalah pilih?” soal nazrin lagi~

“err.. sebab kita tak betul-betul baik”

“tak betul-betul baik? Maksud kau?”

err.. orang yang baik, pasti dapat mengenal kebaikan pada orang yang baik lainnya. Seperti siti khadijah yang baik~ dapat mengenal kebaikan Nabi Muhammad yang baik~ jawabku pada soalan nazrin. Terasa kesal juga meluahkannya. Sebenarnya aku masih tak berpuas hati dengan jawapan itu. Masih mencari jawapan yang lebih tepat.
“habis tu, kau rasa aku tersalah pilih sebab aku tak cukup baik? Begitu?” bentak nazrin. Wah.. sudah makin emosi nampaknya~

“Err.. tak la. Maksud aku, Orang yang benar-benar baik~ pasti mampu melihat kebaikan pada orang baik yang lain. Tetapi aku tak nafikan, terkadang orang baik juga boleh tersilap. Mereka juga manusia~ mungkin itu adalah ujian Allah untuk mereka. Ya.. untuk menaikkan taraf kebaikan mereka. Ada nabi-nabi yang diuji dengan kejahatan isteri masing-masing. Seperti Nabi Luth misalnya. Baginda diuji dengan isteri yang mengkhianati. Begitu juga Nabi ayub dan Nabi Nuh. Dan ada juga wanita-wanita solehah yang diuji dengan pasangan yang jahat. Seperti kisah Asiah  yang bersuami kan firaun. Tahu kisahnya kan? Lalu siapa yang dapat menafikan kebaikan dan keindahan peribadi para nabi tersebut dan siti asiah? Mereka insan yang baik~ tetapi diuji dengan pasangan yang jahat” balasku panjang lebar~

Tergambar senyuman diwajah Nazrin~

Aku?

Turut tersenyum~

Ibnu Abi Jamrah istikharah


Diantara hikmah didahulukannya pelaksanaan solat sunnah istikharah sebelum kita memanjatkan doa istikharah adalah kerana sebelum kita dapat masuk menghadap seorang raja untuk mengajukan permohonan kita kepadanya secara langsung di dalam istananya, kita harus mengetuk pintu kerajaannya terlebih dulu agar pintu istana raja tersebut terbuka untuk kita sehingga kita dapat masuk ke dalamnya.

(Ibnu Abi Jamrah)

Selasa, 28 Disember 2010

Ibnu Sirin bentuk kezaliman

http://www.newsrealblog.com/wp-content/uploads/2010/12/paris-muslim-prayer.jpg
Diantara bentuk kezaliman seseorang terhadap saudaranya adalah apabila ia menyebutkan keburukan yang ia ketahui dari saudaranya dan menyembunyikan kebaikan-kebaikannya.

(Ibnu Sirin)

Isnin, 27 Disember 2010

al-Hasan, saat menjelang kematiannya



Sesungguhnya Allah telah menetapkan kematian, sakit dan sehat (bagi setiap hamba-Nya). Barang siapa mendustakan takdir maka sesungguhnya ia telah mendustakan al-Qur'an. Dan barang siapa mendustakan al-Qur'an, maka sesungguhnya ia telah mendustakan Allah.

(al-Hasan, saat menjelang kematiannya)

Ahad, 26 Disember 2010

Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears

banner contest template Domain Giveaway ♥ Pertandingan template tercantik...


Assalamualaikum..kali nie cik starzz nak join kontest Template Tercantik by Gayahspears
korunk sume jom la ramai3 join memeriahkan contest nie.

 Syarat2 penyertaan :-
1. F0ll0w gayahspears(dot)com
2. Copy banner beserta isi entry ni dalam blog n  sidebar.
3. Tajuk entry Pertandingan Template Tercantik by Gayahspears
4. Tag kepada 3 orang

~> Hadiah :-
Pertama :- Domain
Kedua :- Domain
Ketiga :- Domain
Saguhati :- Domain
due date 26 Januari 2011
berminat nak  join?? klik link bawah nie

Ibnu 'Amr Perumpamaan Mukmin


Permisalan seorang mukmin adalah seperti pohon kurma, meyerap (mengambil) yang baik dan menghasilkan yang baik pula.

(Ibnu 'Amr)

Sabtu, 25 Disember 2010

berfikir Ibnu 'Uyainah


Berfikir merupakan cahaya yang masuk ke dalam hati seseorang. Dan apabila seseorang mau berfikir, maka ia akan akan mampu mengambil 'ibrah (pelajaran) dari segala sesuatu (yang ia lihat, dengar, baca, rasa dan alami).

(Ibnu 'Uyainah)

Jumaat, 24 Disember 2010

haram ucap selamat hari natal


Pertanyaan:

Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah ditanya:
Bagaimana hukum mengucapkan Merry Christmas (Selamat Natal) kepada orang-orang Kafir? Bagaimana pula memberikan jawaban kepada mereka bila mereka mengucapkannya kepada kita? Apakah boleh pergi ke tempat-tempat pesta atau majlis yang mengadakan acara seperti ini? Apakah seseorang berdosa, bila melakukan sesuatu dari yang disebutkan tadi tanpa sengaja (maksud yang sebenarnya) namun dia melakukannya hanya untuk menghormati kawan, malu, perasaan atau sebab-sebab lainnya? Apakah boleh menyerupai mereka di dalam hal itu?

untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut sila klik link di bawah nie

doa Sufyan bin 'Uyainah


Janganlah kalian meninggalkan doa! Dan jangan sampai perbuatan dosa yang kalian lakukan, menghalangi kalian untuk berdoa kepada Allah, karena sesungguhnya Allah telah mengabulkan permohonan Iblis, padahal ia adalah makhluk yang paling buruk. (Lihat surat al-Hijr ayat 36 dan 37) 

(Sufyan bin 'Uyainah)

Khamis, 23 Disember 2010

kalimah ALLAH di langit BUKIT UHUD

Assalamualaikum w.b.t
baru-baru ni, saya berkesempatan untuk melihat video kalimah ALLAH betul-betul di atas langit BUKIT UHUD pada 12 Disember 2010
subhanALLAH..
kalau anda nak tengok video oleh ayah sahabat saya 
yang telah merakam kejadian tersebut , sila klik link bawah nie

berbuat baik pada ibu


Diceritakan bahwa pernah suatu hari, Ibnu 'Aun al-Muzani dipanggil oleh ibunya, maka ia pun menjawabnya dengan suara yang lebih keras dari suara ibunya agar dapat didengar oleh sang ibu. Tak beberapa lama kemudian, Ibnu 'Aun tersadar atas apa yang baru saja ia lakukan. Ia pun menyesalinya dan segera memerdekakan dua orang budak yang ia miliki.

post nie sekadar pengumpulan hujah penulis..

kenapa orang Islam tidak boleh disamakan dengan orang kafir?
“Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.” Surah Al Baqarah : Ayat 10

kenapa orang kafir dikatakan ada hasad dengki terhadap orang Islam?
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu. Surah Al Baqarah : 120

Rabu, 22 Disember 2010

ILMU Ibnu 'Aqil


Barang siapa mengetahui bahwa dunia ini adalah negeri tempat berlomba untuk meraih dan mengumpulkan amal shalih, dan ia pun mengetahui bahwa semakin tinggi kedudukan seseorang dalam ilmu dan amal maka makin tinggi pula kedudukannya di surga kelak, maka ia tidak akan menyia-nyiakan waktu sedikitpun dan akan berusaha memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya, dan ia tidak akan melewatkan kesempatan sekecil apapun untuk berbuat baik.

(Ibnu 'Aqil)

Selasa, 21 Disember 2010

persoalan syurga dan neraka



kal0 sume 0wg nak syurga.sape nak neraka??


Diriwayatkan, tatkala Allah selesai mencipta syurga, maka Allah memanggil malaikat untuk
menyaksikan kehebatannya. 
Malaikat yang melihatnya telah terpesona dengan

kecantikan syurga lalu berkata "Nescaya semua orang akan mahukannya"
Lalu Allah melindungkan syurga itu dengan kemiskinan, kesusahan dan ujian
Makaberkata pula malaikat, "Nescaya, tiada yang akan berjaya".




Kemudian Allah menciptakan neraka dan sekali lagi memanggil malaikat untuk
melihat betapa azabnya siksaan yang ada di dalamnya. 
Malaikat yang melihatnya berasa gerun dengan penderitaan yang terkandung di dalamnya

seraya berkata "Nescaya, tidak akan ada orang yang akan mahukannya". 
Tetapi kemudian Allah lindungkan ianya dengan emas, kekayaan dan kesenangan,

berkatalah mereka "Nescaya tidak akan ada yang akan terlepas".

mutiara islam hari ni


Apabila Anda berharap agar Allah senantiasa menganugerahkan kepada Anda apa-apa yang Anda cintai dan sukai maka hendaklah Anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah.

(Salah seorang ahli hikmah)

koleksi status FB




Isnin, 20 Disember 2010

wahai diri yang lemah!!!


Wahai diri... engkau faqir dan ALLAH itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepada-Nya?
cukuplah dosa-dosa yang telah engkau lakukan selama ini, lantaran kesombongan engkau pada ALLAH
dan jaganlah disebabkan engkau manusia lain  terjerumus dalam kemaksiatan.
tunaikanlah hak-hak ALLAH
itu lebih baik buat dirimu berbanding segala apa yang ada di dunia yang sementara ini..
Engkau tahu matlamat tidak menghalalkan cara 
lantas apa yang perlu engkau lakukan?

Mukmin sejati


Mukmin sejati bukanlah mukmin yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah. Akan tetapi, mukmin sejati adalah mukmin yang apabila bermaksiat kepada Allah maka ia bersegera untuk kembali dan bertaubat kepada-Nya.

(Sebagian Ahli Hikmah)

Ahad, 19 Disember 2010

mutiara Islam Wahab bin Munabbih


Sesungguhnya orang yang paling dermawan di dunia ini adalah orang yang menunaikan hak-hak Allah walaupun orang lain melihatnya sebagai orang yang kikir dalam hal lain. Dan sesungguhnya orang yang paling kikir di dunia ini adalah orang yang kikir untuk menunaikan hak-hak Allah walaupun orang lain melihatnya sebagai orang yang dermawan dalam hal lain.

(Wahab bin Munabbih)

Sabtu, 18 Disember 2010

Sirri AS- saqthi hati manusia


Hati manusia itu ada tiga macam : (1) Hati laksana gunung yang tidak bisa disingkirkan oleh apa pun; (2) Hati laksana pohon kurma yang memiliki batang pohon yang kokoh tetapi angin membuatnya melambai-lambai; dan (3) Hati laksana laksana bulu yang condong bersama angin ke kanan dan ke kiri.

(Sirri as-Saqthi)

Jumaat, 17 Disember 2010

Mutiara Islam Yunus bin Ubaid


Aku belum pernah melihat orang yang paling lama bersedih daripada al-Hasan. Ia berkata, kita tertawa, sementara boleh jadi Allah yang telah melihat amal-amal yang telah kita lakukan lalu berfirman, 'Aku tidak mau menerima amal-amal kalian sedikitpun.'

(Yunus bin 'Ubaid)

Khamis, 16 Disember 2010

mutiara islam Mahfudh bin Mahmud


Barangsiapa melihat kebaikan-kebaikan dirinya sendiri, maka ia akan diuji dengan melihat keburukan-keburukan orang lain. Dan Barangsiapa melihat keburukan-keburukan dirinya sendiri, maka ia akan selamat dari melihat keburukan-keburukan orang lain. Dan barangsiapa menyangka bahwa seorang saudaranya muslim sedang ditimpa fitnah, maka sesungguhnya dirinya sendirilah yang sedang ditimpa fitnah.

(Mahfudh bin Mahmud)

Rabu, 15 Disember 2010

Kontest Blog Terkemas


Assalamualaikum..kali ni cik starzz nak join kontest blog terkemas..
meh la ramai-ramai memeriahkan contest nie..
c0z 3 pemenang akan dipilih
due date 1 FeBRUARY 2010
nak join?? klik  sini

hurm nak tag spe ye..
1.aliya Qistina Danisha
2.Cheqppjoy
3.Aishah Sha

mutiara islam Abul Aliyah



Ilmu tidak akan diperoleh oleh orang yang pemalu dan orang yang sombong.

(Abul Aliyah)

Selasa, 14 Disember 2010

mutiara islam Sufyan ats-Tsauri


Apa pendapat Anda bila ada seseorang yang pakaiannya terkena air kencing, lalu ia hendak mensucikannya dengan air kencing pula? Mungkinkah air kencing itu dapat mensucikannya? Tentu saja tidak! Kotoran tidak dapat disucikan kecuali dengan sesuatu yang suci. Begitu pula halnya keburukan yang pernah kita lakukan, tidak akan dapat terhapus kecuali dengan memperbanyak melakukan kebaikan.

(Sufyan ats-Tsauri)

mutiara islam Abu Mu'awiyah al-Aswad


Seluruh manusia, yang baik maupun yang jahat, berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang lebih rendah (nilainya di sisi Allah) daripada sayap lalat, yaitu Dunia

(Abu Mu'awiyah al-Aswad)

Ahad, 12 Disember 2010

mutiara islam HR Imam al-Bukhari dan Imam Muslim



Shaum (puasa) itu adalah perisai.

(HR Imam al-Bukhari dan Imam Muslim)

apabila sakit


Dugaan...dah dua hari tak sihat..tyme typing ni..nak angkat tangan pun cam tak mampu je..
kaki apatah lagi..hope cepat-cepat sembuh...insyaALLAH..bile tyme sakit camni 
baru kte akan terpikir akan dose-dose kte kan..
baru kte teringat kat ALLAH yang bagi nikmat tubuh badan yang sihat kat kite..
tyme kite sihat..kite selalu lupekan ALLAH...bile sakit baru rase bersyukur 
atas nikmat...huhu..kesian mama, akak tak dapat tolong sangat hari ni...
maafkan akak kal0 selame ni akak selalu menyusahkan mama..bile akak sakit mama yang paling risau...akak tak mau mama risau..hurm paling penting hari nie nak cek result same-same ngn amir...
huhu..siyesly berdebar sangat-sangat..
hope sume ok...akak da cbe yang terbaik..kal0 ade slack mane2 tu...huhu.. wALLAHualam..

Sabtu, 11 Disember 2010

mutiara islam Sufyan ats-Tsauri



Berpuasalah, karena puasa boleh menutup pintu maksiat dan membukakan pintu ketaatan untukmu!

(Sufyan ats-Tsauri)

mutiara islam Badil al-'Uqaili




Shaum (puasa) adalah benteng pertahanan para ahli ibadah (dari serangan syaitan)

(Badil al-'Uqaili)

Rabu, 8 Disember 2010

mutiara islam al-'Utaibi


solat tiang agama

Ayahku pernah mengatakan bahwa apabila 'Ali bin al-Husain selesai berwudhu dan telah bersiap untuk shalat, tubuhnya akan gemetar dan menggigil. Pernah ada seorang lelaki yang bertanya kepadanya tentang hal itu, maka 'Ali bin al-Husain menjawab, 'Celakalah Engkau! Tidakkah kau tahu, kepada siapa aku akan menghadap? Dan kepada siapa aku akan bermunajat?'

(al-'Utaibi)

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye