Rabu, 17 Ogos 2011

wanita solehah bidadari syurga






MULIALAH wanita solehah. Di dunia, ia akan menjadi cahaya bagi keluarganya dan berperanan melahirkan generasi dambaan. Jika ia wafat, ALLAH  akan menjadikannya bidadari di syurga. Kemuliaan wanita solehah digambarkan 

Rasulullah Saw. dalam sabdanya, 
"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah"
(HR. Muslim).

Dalam hidup ini mesti ada matlamat tertentu yang ingin kita capai, kemuliaan terbesar bagi wanita adalah mencapai darjat "wanita solehah" , "wanita solehah" bukan dilihat dari sudut luaran semata-mata..tapi ia turut mencakupi aspek dalaman, akhlak serta kerohanian yang perlu kita perbaiki dari masa-ke masa.Oleh yang demikian, ilmu itu perlu dituntut.agar hidup kita selari dengan apa yang digariskan oeh ALLAH s.w.t..semoga kita semua  sentiasa mendapat keredhaanNYA di dunia dan diakhirat


Perubahan??? tiada yang mustahil...ALLAH itu maha bijaksana...masing-masing telah dikurniakan akal untuk berfikir yang mana baik yang mana buruk..Oleh yang demikian wajarkah kita menunggu saat  apabila sudah semakin tua atau sudah berumah tangga baru nak mengikut syariat Islam??Apabila ditanya, kebanyakan mereka menjawab "tunggulah saya dapat hidayah nanti....lepas kahwin baru saya pakai tudung" mengapa perlu ditetapkan masa untuk melaksanakan perintah ALLAH?
Apabila telah ada kesedaran maka perlulah bersegera melaksanakannya, bukan menyombongkan diri dengan mengabaikannya! 

"Sehelai rambut perempuan yang dilihat oleh bukan mahramnya..akan menyebabkan dia berada dalam neraka selama 70 tahun....
1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun dunia.
Jadi (jumlah helai rambut X 70 X 1000 tahun = .......tahun di neraka??"


Sedarkah kalian setiap detik malaikat mencatat amalan dosa-dosa kalian, dan seandainya ditakdirkan kalian "meninggal"kan dunia tanpa belum sempat bertaubat, sesungguhnya kalian termasuk dari kalangan orang-orang yang rugi..Nauzubillahi min zalik..saya juga menasihati diri saya sendiri yang lemah dan hina ini, seringkali sahaja tersungkur dalam kegelapan..Dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH jua yang memeberikan hidayah kepada hambaNYA..

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? 3.  Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." 
QS. Al-Shaff: 2-3

 ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah...dan sesuatu amalan itu perlulah bersih dari sebarang "penyakit hati" seperti riak..ujub..dan takkabbur..maka barulah sesuatu amalan itu diterima ALLAH s.w.t,,
wALLAHualam..






1 ulasan:

Zul fattah berkata...

cantik wanita dunia ... lebih mulia dari bidadari syurga

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye