Khamis, 18 Ogos 2011

persiapan membina baitul muslim



*Melakukan persiapan bukan bermakna kita mahu mendirikan rumah tangga 1/2 tahun dari sekarang...tapi bersiap sedia memperbaiki segala kelemahan diri..belajar tentang tanggungjawab, agar apabila tiba masanya nanti, kita mampu membina rumah tangga yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah"

Kami berusrah di Sakinatul Wafa' setiap hari, setiap kali waktu makan, alhamdulillah. "Achik, Baitul Muslim tu apa? Kat Jordan ada tak Baitul Muslim? Kat Mesir ada kan?" 'Aainaa memulakan bicara sambil kami mengambil nasi, menyenduk lauk, dan menuang air.
"Err, soalan apa tu?" sengaja saya menyoal semula. Masing-masing pun mula memberi pandangan mereka, dan mengapa mereka membangkitkan persoalan itu. Saya sekadar memasang telinga, sekali-sekala mengangguk setuju, mengeleng kepada tanda keliru, yang penting perut kenyangkan dahulu sambil bibir mengukir senyuman.
"Nak dengar jawapan achik pulak?" saya cuba mencari ruang untuk kembali menjadi penerang.
"Baitul Muslim ada je kat mana-mana," saya membuat kenyataan sendiri.
Baitul Muslim, saya mendengar kalimah itu sejak di sekolah menengah. Apabila disebut sahaja Baitul Muslim, ramai yang akan tersenyum simpul. Masing-masing membayangkan Baitul Muslim itu sebegini :

  • Istikharah : sebenarnya istikharah bukan untuk isu jodoh semata-mata, tujuan sebenar istikharah adalah untuk memohon bimbingan Allah dalam setiap tindakan kita, dari sekecil-kecil hal, hinggalah yang sebesar perkara, dengan harapan, ada rasa kebersamaan Allah dalam setiap keputusan.Mencari jodoh : ini hanya salah satu peranan, bukan tujuan utama.
  • Ciri-ciri pasangan yang ideal : bercerita soal ciri-ciri tidak akan pernah habis, persiapkan diri ke arah ciri-ciri yang diimpikan.
  • Cara-cara memilih pasangan yang baik :
 "Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.(HR Tarmidzi dan Ahmad)
  • Bercinta dengan cara Islam : cinta itu fitrah, tidak membenarkan cinta bererti membunuh kualiti sebenar seorang Muslim, namun ada caranya.
Hakikat sebenar, Baitul Muslim bukan sekadar itu, bahkan lebih dari itu. Baitul Muslim merupakan tangga kedua selepas individu Muslim. Selepas Baitul Muslim, barulah mujtama' Muslim, daulah Islamiyyah, khilafah Islamiyyah, dan akhirnya membentuk istazi'atul 'alam.
Jika Baitul Muslim itu sekadar membincangkan perkara-perkara yang sedemikian, mustahillah untuk membentuk mujtama' Muslim yang diimpikan. Hatta, semakin lambat pula istazi'atul alam itu terbentuk.
Baitul Muslim itu sendiri membawa maksud, rumah orang Islam. Orang Islam yang bagaimana? Orang Islam yang mengamalkan dan mempraktikkan Islam dalam kehidupan serta menjadikan Islam sebagai pakaian rasmi untuk rohani dan jasmani.
Baitul Muslim jugalah yang akan melahirkan lebih ramai lagi para pendakwah dan mujahid-mujahid Islam. Baitul Muslim adalah peringkat penting dalam usaha untuk kembali melihat Islam tertegak sebagai sistem yang memerintah dunia.
Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai Allah, keperluan mencari isteri atau suami yang diredhai Allah, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan Allah, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat, juga bersama-sama redha Allah. Inilah Baitul Muslim, ke arah mardhatillah.
"Jangan fikir apabila kita sebut tentang Baitul Muslim ni, maknanya sudah menggatal sangat nak kahwin, Baitul Muslim bermula dengan diri sendiri," panjang lebar saya bercerita. Shahira tersenyum simpul.
Itulah signifikan Baitul Muslim berada di tangga kedua selepas membentuk individu Muslim. Sebatikan diri kita dengan kehidupan Islam terlebih dahulu. Disiplin, akhlak mulia, kebersihan, kecekapan, menuntut ilmu, bertanggungjawab, tarbiyyah diri. Islahkan diri, tingkatkan kualiti supaya kelak, mudah memacu keluarga yang mawaddah dan rahmahnya abadi. Suami dan isteri saling melengkapi, menjadi murabbi dalam keluarga.
Baitul Muslim, bermula dengan diri sendiri. Baitul Muslim ialah konsep untuk membina ummah berkualiti. Seriuslah dalam mempersiapkan diri, bersungguhlah dalam menggerakkan peribadi. Bermula dari hari dan saat ini.
"Setuju!" serentak Sofia, 'Aainaa, dan Shahira memberi respon. Alhamdulillah.




Tiada ulasan:

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye