Jumaat, 19 Ogos 2011

hakikat bahagia itu

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki



Khamis, 18 Ogos 2011

UJIAN MENURUT AL-QURAN




Inilah jawapan ALLAH tehadap persoalan yang kadangkala timbul dalam hidup kita.
Kenapa semua ini terjadi padaku?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah : 216)
Kenapa terlalu berat ujian ini?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan Kesanggupannya." (Al-Baqarah : 286)
Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi bagiku. Mengapa?
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)
"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)
Bagaimana harus ku hadapi semua ini?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk." (Al-Baqarah : 45)
Apa yang akan kudapat daripada semua ini?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.." (At-Taubah : 111)
Kepada siapa harus aku berharap?
"Cukuplah ! Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (At-Taubah : 129)
Berimankah aku?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta?" (Al-Ankabut : 2-3)
Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.

persiapan membina baitul muslim



*Melakukan persiapan bukan bermakna kita mahu mendirikan rumah tangga 1/2 tahun dari sekarang...tapi bersiap sedia memperbaiki segala kelemahan diri..belajar tentang tanggungjawab, agar apabila tiba masanya nanti, kita mampu membina rumah tangga yang penuh dengan sakinah, mawaddah dan rahmah"

Kami berusrah di Sakinatul Wafa' setiap hari, setiap kali waktu makan, alhamdulillah. "Achik, Baitul Muslim tu apa? Kat Jordan ada tak Baitul Muslim? Kat Mesir ada kan?" 'Aainaa memulakan bicara sambil kami mengambil nasi, menyenduk lauk, dan menuang air.
"Err, soalan apa tu?" sengaja saya menyoal semula. Masing-masing pun mula memberi pandangan mereka, dan mengapa mereka membangkitkan persoalan itu. Saya sekadar memasang telinga, sekali-sekala mengangguk setuju, mengeleng kepada tanda keliru, yang penting perut kenyangkan dahulu sambil bibir mengukir senyuman.
"Nak dengar jawapan achik pulak?" saya cuba mencari ruang untuk kembali menjadi penerang.
"Baitul Muslim ada je kat mana-mana," saya membuat kenyataan sendiri.
Baitul Muslim, saya mendengar kalimah itu sejak di sekolah menengah. Apabila disebut sahaja Baitul Muslim, ramai yang akan tersenyum simpul. Masing-masing membayangkan Baitul Muslim itu sebegini :

  • Istikharah : sebenarnya istikharah bukan untuk isu jodoh semata-mata, tujuan sebenar istikharah adalah untuk memohon bimbingan Allah dalam setiap tindakan kita, dari sekecil-kecil hal, hinggalah yang sebesar perkara, dengan harapan, ada rasa kebersamaan Allah dalam setiap keputusan.Mencari jodoh : ini hanya salah satu peranan, bukan tujuan utama.
  • Ciri-ciri pasangan yang ideal : bercerita soal ciri-ciri tidak akan pernah habis, persiapkan diri ke arah ciri-ciri yang diimpikan.
  • Cara-cara memilih pasangan yang baik :
 "Apabila datang kepadamu seorang laki-laki datang untuk meminang yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi.(HR Tarmidzi dan Ahmad)
  • Bercinta dengan cara Islam : cinta itu fitrah, tidak membenarkan cinta bererti membunuh kualiti sebenar seorang Muslim, namun ada caranya.
Hakikat sebenar, Baitul Muslim bukan sekadar itu, bahkan lebih dari itu. Baitul Muslim merupakan tangga kedua selepas individu Muslim. Selepas Baitul Muslim, barulah mujtama' Muslim, daulah Islamiyyah, khilafah Islamiyyah, dan akhirnya membentuk istazi'atul 'alam.
Jika Baitul Muslim itu sekadar membincangkan perkara-perkara yang sedemikian, mustahillah untuk membentuk mujtama' Muslim yang diimpikan. Hatta, semakin lambat pula istazi'atul alam itu terbentuk.
Baitul Muslim itu sendiri membawa maksud, rumah orang Islam. Orang Islam yang bagaimana? Orang Islam yang mengamalkan dan mempraktikkan Islam dalam kehidupan serta menjadikan Islam sebagai pakaian rasmi untuk rohani dan jasmani.
Baitul Muslim jugalah yang akan melahirkan lebih ramai lagi para pendakwah dan mujahid-mujahid Islam. Baitul Muslim adalah peringkat penting dalam usaha untuk kembali melihat Islam tertegak sebagai sistem yang memerintah dunia.
Baitul Muslim adalah satu konsep untuk kita nampak keperluan wujudnya keluarga yang diredhai Allah, keperluan mencari isteri atau suami yang diredhai Allah, keperluan mentarbiyah anak agar membesar dalam keredhaan Allah, seterusnya menjadikan keluarga kita keluarga contoh kepada masyarakat, juga bersama-sama redha Allah. Inilah Baitul Muslim, ke arah mardhatillah.
"Jangan fikir apabila kita sebut tentang Baitul Muslim ni, maknanya sudah menggatal sangat nak kahwin, Baitul Muslim bermula dengan diri sendiri," panjang lebar saya bercerita. Shahira tersenyum simpul.
Itulah signifikan Baitul Muslim berada di tangga kedua selepas membentuk individu Muslim. Sebatikan diri kita dengan kehidupan Islam terlebih dahulu. Disiplin, akhlak mulia, kebersihan, kecekapan, menuntut ilmu, bertanggungjawab, tarbiyyah diri. Islahkan diri, tingkatkan kualiti supaya kelak, mudah memacu keluarga yang mawaddah dan rahmahnya abadi. Suami dan isteri saling melengkapi, menjadi murabbi dalam keluarga.
Baitul Muslim, bermula dengan diri sendiri. Baitul Muslim ialah konsep untuk membina ummah berkualiti. Seriuslah dalam mempersiapkan diri, bersungguhlah dalam menggerakkan peribadi. Bermula dari hari dan saat ini.
"Setuju!" serentak Sofia, 'Aainaa, dan Shahira memberi respon. Alhamdulillah.




sahabat terbaik

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan ALLAH, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’ ::

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi ALLAH  ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (H.R al-Hakim) 

*teman yang kurindui dan ingati...satu dalam jutaan, memberi kekuatan di saat kedukaan dan putus asa...penawar hati..menceriakan suasana,bersabar atas kelemahanku... may ALLAH bless her abadan abada~*





Rabu, 17 Ogos 2011

wanita solehah bidadari syurga






MULIALAH wanita solehah. Di dunia, ia akan menjadi cahaya bagi keluarganya dan berperanan melahirkan generasi dambaan. Jika ia wafat, ALLAH  akan menjadikannya bidadari di syurga. Kemuliaan wanita solehah digambarkan 

Rasulullah Saw. dalam sabdanya, 
"Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita shalihah"
(HR. Muslim).

Dalam hidup ini mesti ada matlamat tertentu yang ingin kita capai, kemuliaan terbesar bagi wanita adalah mencapai darjat "wanita solehah" , "wanita solehah" bukan dilihat dari sudut luaran semata-mata..tapi ia turut mencakupi aspek dalaman, akhlak serta kerohanian yang perlu kita perbaiki dari masa-ke masa.Oleh yang demikian, ilmu itu perlu dituntut.agar hidup kita selari dengan apa yang digariskan oeh ALLAH s.w.t..semoga kita semua  sentiasa mendapat keredhaanNYA di dunia dan diakhirat


Perubahan??? tiada yang mustahil...ALLAH itu maha bijaksana...masing-masing telah dikurniakan akal untuk berfikir yang mana baik yang mana buruk..Oleh yang demikian wajarkah kita menunggu saat  apabila sudah semakin tua atau sudah berumah tangga baru nak mengikut syariat Islam??Apabila ditanya, kebanyakan mereka menjawab "tunggulah saya dapat hidayah nanti....lepas kahwin baru saya pakai tudung" mengapa perlu ditetapkan masa untuk melaksanakan perintah ALLAH?
Apabila telah ada kesedaran maka perlulah bersegera melaksanakannya, bukan menyombongkan diri dengan mengabaikannya! 

"Sehelai rambut perempuan yang dilihat oleh bukan mahramnya..akan menyebabkan dia berada dalam neraka selama 70 tahun....
1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun dunia.
Jadi (jumlah helai rambut X 70 X 1000 tahun = .......tahun di neraka??"


Sedarkah kalian setiap detik malaikat mencatat amalan dosa-dosa kalian, dan seandainya ditakdirkan kalian "meninggal"kan dunia tanpa belum sempat bertaubat, sesungguhnya kalian termasuk dari kalangan orang-orang yang rugi..Nauzubillahi min zalik..saya juga menasihati diri saya sendiri yang lemah dan hina ini, seringkali sahaja tersungkur dalam kegelapan..Dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH jua yang memeberikan hidayah kepada hambaNYA..

"Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? 3.  Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." 
QS. Al-Shaff: 2-3

 ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah...dan sesuatu amalan itu perlulah bersih dari sebarang "penyakit hati" seperti riak..ujub..dan takkabbur..maka barulah sesuatu amalan itu diterima ALLAH s.w.t,,
wALLAHualam..






Ahad, 14 Ogos 2011

INGATLAH ALLAH PADA SETIAP CIPTAANNYA


Andai rasa sedih,pandanglah langit, ingatlah ALLAH masih ada..
Andai rasa resah, renunglah dasar hati, yakinlah ALLAH mencipta hati..
Andai rasa putus asa,
lihatlah sungai yang tetap mengalir walaupun dihalang bebatu keras..
Andai rasa kecewa, lihatlah hakikat alam semesta,
percayalah ALLAH maha berkuasa..
Andai rasa tersisih, lihatlah purnama dimalam sepi,
yakinlah ALLAH takkan biarkan kita sendiri..
Kalau semuanya tak pasti, serahkan pada Maha Mengetahui yang tersirat dan tersurat



Jika sendiri janganlah merasa sepi,ada ALLAH yang sedang mengawasi. 
Jika sedih janganlah dipendam di hati, ada ALLAH tempat berbagi. 
Jika susah janganlah merasa pilu, ada ALLAH tempat mengadu. 
Jika gagal jangan berputus asa, ada ALLAH tempat meminta. 
Jika bahagia janganlah menjadi lupa, ada ALLAH tempat memuja. 
Ingatlah ALLAH selalu,Serta ukirlah NamaNYA dihatimu'





semangat meneruskan pengajian


uitm shah alam
Alhamdulillah dah dekat 4 bulan bercuti..diberi kesempatan kerja untuk sebulan..dan 3 bulan bersama family tercinta .Tak sanggup nak tinggalkan family...aleeya..mama..abah., asyraf n afiq..(ceh macam nak pegi jauh n tak balik-balik dah") hehe...Walau ape pun...tyme degree adalah masa yang akan saya gunakan untuk membuktikan yang saya BOLEH!... i wanna be the best, insyaALLAH...walaupun agak takut3 memikirkan "dugaan" yang hebat di uitm Shah Alam....tapi saya mesti kekalkan kekuatan diri saya, tanggungjawab yang saya bawa sangat besar, matlamat asal saya..


.

kolej melati
Teringat zaman diploma, lecturer kesayangan ,en. shaari menyarankan agar siswi carik calon tyme degree.sebab semakin lama siswi semakin tak laku, siswa takpe umur 39 pun still ok... waALLAHualam...kan "kapel diharamkan".. semoga ALLAH lindungi kami dari terjebak....ish3..ape nak pening fikir pasal tu...mama siap pesan..janganlah tak bergaul lansung dengan siswa...belajar berkawan tapi juz berhubungan kalau ada hal penting je..seperti pelajaran...kalau berminat suruh masuk meminang, bertunang..tak perlu kapel3 (ni mesti kes risau sebab mama tau saya ni jenis camne)..hurm, entahla..semua tu tak penting lagi kan3..rasenye kalau saya tak bersedia seperti biasa saya tolak dulu...yang penting doa pastu tawakal..tahun depan dah masuk 22 huhuhu.. da semakin tua saye ni T__T 




suasana dalam kolej

agak3 dalam 3 tahun, baru grade, so dalam 24 baru habis. Ikut perancangan nak terus sambung master..insyaALLAH...walau hebat mana pun kita merancang,,ALLAH jua tahu apa yang terbaik...so..perasaan saya ketika ini excited bercampur sedih...nasib baik dekat je..hehehe ^__^



Jumaat, 12 Ogos 2011

safi mentimun





Sangat suka pakai produk ni sekarang...
maybe sangat sesuai dengan kulit saya..
kekadang orang tanye ...pakai ape..
ni haa (safi mentimun pencuci muke n krim safi lidah buaya)
selain tu,bagi saya, pengambilan vitamin c 
dan air kosong yang banyak sangat penting
ingat pasni nak cari vitamin e kat watson
(actually sejak berkeje baru berjinak-jinak dgn vitamin hehehe..)
(lgpn baru start beberapa bulan yang lalu setelah disarankan)
tak caya kamu boleh cuba...
tapi kena konsisten la
dulu suka tukar3....tapi alih3 guna safi jugak...
yang penting harga berpatutan n berkesan


Khamis, 11 Ogos 2011

muslimah teguhkan hatimu



Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada ALLAH.

Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.


wahai diriku dan kaumku... jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia dan akan berbahagia diAkhirat sana...

Dan Bersabarlah atas segala yg menimpa dirinya
Adalah orang" yg menempuh jalan yg telah digariskan oleh-Nya
Kalau kita benar Beriman ALLAH adalah SANDARAN
Tempat mengadu dan memohon pertolongan
tempat menentramkan kekhawatiran akan masa depan
kerana , ALLAH Dia adlah Dzat Maha tahu
Pengetahuannya tidak dibatasi oleh Ruang dan Waktu
ALLAH akan mengabulkan doa manusia
Bila manusia mau berdoa pada-Nya & memenuhi perintah-Nya.
Ya ALLAH .Doa di dalam sujud dan ruku ini unTuk meraih Redha Ilahi Ampunan-Mu







"Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

Selasa, 9 Ogos 2011

Analogi seorang hawa






Analogy seorang hawa : 

"Diam  tak bermakna kalah,
 lembut tak  bermakna lemah, 
menangis tak bermakna tewas 
malah ia permulaan baru bagi satu kekuatan"






Jumaat, 5 Ogos 2011

CIRI-CIRI MUSLIMAH SOLEHAH



"A righteous wife to help you with your worldly and religious affairs is the best treasure anyone could have."
(Reported by al-Bayhaqi. Sahih al-Jaami’, 4285)

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada ALLAH dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

from   'mutiara hati'
" I am not single~ and I am not taken too. I'm simply on Reserve~ for the one who really deserves to have my heart, "

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye