Jumaat, 1 April 2011

penghijrahan


Jauh di sudut hatinya dia amat merindukan zaman itu..Zaman ketika di bangku sekolah..Pertama kali hati terbuka untuk berubah..rindukan usrah yang mendidik jiwa agar lebih dekat dan mengenal ALLAH.selalu sahaja terdetik di benak hati, adakah usrah hanya untuk muslimah yang bertudung labuh sahaja? Atau pun hanya terhad pada tempat di mana ilmu agama diajarkan?.



Dia merasakan amat ketandusan ilmu.Dia sedar dirinya belum cukup baik.Selalu sahaja tergelincir di lembah kemaksiatan.Dirinya berusaha untuk berubah hari demi hari.Suatu hari ALLAH memberi kekuatan kepadanya melabuhkan tudungnya yang agak singkat sedikit, dengan harapan agar ALLAH memberi kekuatan padanya untuk istiqomah.Sungguh dirinya tidak begitu kuat untuk melakukan penghijrahan dalam suasana sebegini.Kearah istiqomah amatlah payah, ada sahaja yang menghalang.

Kata-kata seorang sahabat selalu sahaja terngiang-ngiang di dalam hati “kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih” yang dirasakan begitu terkesan.Kadang kala “cemburu” itu wujud apabila bertembung dengan muslimah yang memakai tudung labuh.”subhanALLAH cantiknya, bertudung labuh kerana ALLAH.


Dia seorang  wanita yang suka membaca dan ingin berkongsi apa yang difahaminya, kerana baginya segala apa yang ada padanya adalah milik ALLAH.Ilmu yang diperolehinya adalah datangnya dari ALLAH, apa haknya tidak berkongsi kebaikan dengan sahabat yang lain.Sudah lumrahnya kehidupan, ada sahaja yang tidak berpuas hati, tidak mengapa , biar dia menjadi dirinya sendiri.Islam itu nasihat.harapannya agar suatu masa nanti dia ditempatkan bersama para muslimah yang berilmu agar dapat memperbaiki diri agar menjadi lebih baik.Ilmu itu milik ALLAH.Ilmu ada dimana-mana…pasti ada jalan insyaALLAH..


Ingatannya buat sahabat-sahabat yang dikasihi di mana sahaja mereka berada tidak penah padam..
bersyukurlah diberi peluang hidup di muka bumi ALLAH ini..
tanpa rahmat dan kasih sayang ALLAH, kita tidak akan mungkin wujud .
bersyukurlah atas segala kesempatan..
matlamat utama hidup kita adalah beribadah kepada ALLAH s.w.t..
di sepanjang perjalanan hidup menuju KEJAYAAN..di dunia dan akhirat..

Tiada ulasan:

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye