Selasa, 5 April 2011

indahnya cinta kepada ALLAH

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "ثلاث من ُ كن فيه وجد حلاوة الإيمان : أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواه ما. وأن يحب المرء لا يحبه إلا لله . وأن يكره أن يعود في الكفر - بعد إذ أنقذه الله منه - كما يكره أن يلقى في النار"

Maksudnya: "Tiga perkara, jika seseorang memilikinya, maka dia akan mengecapi kelazatan iman. Pertama, dia mencintai Allah s.w.t. dan RasulNya melebihi selain daripada keduanya. Kedua, dia tidak mencintai seseorang melainkan kerana Allah s.w.t.. Ketiga, dia benci untuk kembali kepada kekufuran (setelah Allah s.w.t. selamatkannya daripada kekufuran tersebut), sebagaimana dia benci untuk dilempar ke dalam api neraka" (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari)


Saidatina Rabi'atul Adawiyah r.a. berkata dalam mengungkapkan cintanya kepada Allah s.w.t.:

أحبك حبين حب الهوى             وحبًا لأنك أهل لذاكا
فأما الذي هو حب الهوى           فشغلي بذكرك عمن سواكا
وأما الذي أنت أهل له          فكشفك لي الحجب حتى أراكا
فلا الحمد في ذا ولا ذاك لي        ولكن لك الحمد في ذا وذاكا

Aku mencintaiMu dengan dua cinta iaitu cinta kerana keinginan
Dan cinta kerana Engkau layak untuk dicintai

Adapun yang merupakan cinta kerana keinginan,
Maka kesibukanku dengan mengingatiMu daripada mengingati selainMu.

Adapun cinta kerana Engkaulah yan layak untuknya,
Maka Engkau menyingkap untukku tabir sehingga aku melihatMu.

Tiada pujian dalam kecintaan ini mahupun kecintaan itu bagiku,
Tetapi hanyalah bagimu segala pujian pada kedua-dua cinta itu.


 Ini adalah suatu tahap cinta kerana zat Allah s.w.t. itu sendiri, tanpa sebarang kemaslahatan dan kepentingan diri. Inilah setulus-tulus cinta, iaitu sebuah cerminan daripada cinta Allah s.w.t. kepada para hambaNya: 279)". (­Nilai cinta inilah seperti yang disebutkan oleh Imam Yahya bin Muaz r.a.: "

Inilah yang dikatakan oleh para pencinta, cinta itu membutakan. Segalanya sempurna di mata sang pencinta. Dia juga tidak merasa terbeban dengan syariat, lalu melakukan ketaatan dengan penuh rasa kecintaan kepada Allah s.w.t.. Ibadah bukan lagi suatu bebanan, tetapi suatu anugerah cinta dari Allah s.w.t. kepadanya.

Saidina Yahya bin Mu'az  r.a. berkata:

مثقال خردلة من الحب أحب إلي من عبادة سبعين سنة بلا حب.
 Maksudnya:

Oleh yang demikian, dia dapat mencintai Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. terlebih dahulu mencintaiNya sejak azali, lalu terbit rasa syukur di hatinya, kepada Tuhan Sang Pencinta, yang tidak terungkap dengan kata-kata, di atas nikmat dapat mencintaiNya dengan setulusnya.Pada ketika itu, dia mula menghayati bahawa, cintanya kepada Allah s.w.t. pada hakikatnya merupakan natijah daripada cintaNya kepadanya sejak azali, kerana sifat Allah s.w.t. itu



Tiada ulasan:

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye