Sabtu, 23 April 2011

inspirasiku


persoalan : 
saya kurang ilmu...tidak seperti kamu .Adakah saya layak berkongsi ilmu yang saya miliki?


jawapan: 
Adakalanya kata2 dari org yg cetek ilmu itu lebih berhemah bicaranya.. Kerana dia berkata bahawa dia kurang ilmu.. Sedangkan sebenarnya dia memiliki segudang ilmu yg tidak disedarinya.. Namun jika dia terus berkongsi dengan orang lain, hasilnya adalah seperti pohon yg berbuah.. Dan setiap buah itu menghasilkan beribu-ribu benih lain lagi yg akan menjadi pohon seperti dia jua..


Ertinya: Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya pada setiap musim dengan seizin Rabbnya.Allah membuat perumpamaan-perumpamaan itu untuk manusia supaya mereka selalu ingat. (QS. Ibrahim:24-25)

Rabu, 20 April 2011

ku tunggu pinanganmu







Akhi....
...Jangan engkau puja puji kami bila pujianmu hanyalah janji-janji yang tak menentu. Hanya membuatku terlena dan terbuai hingga kami lupa bahwa kita sedang bermaksiat. Kau puji diriku,tapi kau hanya ingin membuatku tersenyum dan makin terbuai rayuanmu. Tidak.. tidak akhi,kami ingin kau puji setelah kau halal bagiku. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Akhi.....
Tak akan kami langgar iffah ku dengan ajakan khalwat dari mu.
Engkaupun sebenarnya tau,hal itu hanya akan menimbulkan badai kelabu yang membuat kita tak berdaya kerana pihak ketiga yang tak lain syaitan yang ada di dekat kita. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Akhi.....
Jagalah sikapmu pada kami,maka akan kami jaga sikapku padamu,kami lemah akan sanjunganmu. Kecintaan ini ingin kami persembahkan kelak untuk suami,cinta nan kasih ini yang akan kami tuai untuk mencari keredhaan suami kelak. Jadi bagaimana mungkin kami mencinta pada hal yang tidak halal bagi kami, tentu Allah tak akan pernah redha pada kami. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Akhi.....
Jilbabku untuk melindungi kehormatan kami,santun kami untuk menjaga iffah . Jangan kau lenakan kami agar kami lepas kehormatan di hadapanmu sebelum engkau halal bagi kami. kami ingin engkau ikut menjaga kehormatan kami dengan menjaga kami,bukan malah membawa pada kenistaan. Agar kau mampu menjaga kami secara utuh,Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Akhi....
kami memang tak sesempurna Aisyah dalam kecerdasan nya ataupun Fatimah dengan kelembutannya. Tapi kami akan berusaha cerdas layaknya Aisyah dalam naunganmu dan kami akan berusaha selembut Fatimah dalam menenangkanmu.Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Akhi....
Kau memang tak sehebat Ali ataupun sekuat Umar,tapi kau akan menjadi hebat layaknya Ali ketika kau menjaga kami dalam kelemahan kami dan kau akan sekuat Umar agar kami tidak selalu menjadi tulang yang bengkok. Kami perlukan imam yang boleh menjaga keimanan,bukan yang membawa kami pada jurang maksiat. Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

Sungguh,kami memang tidak mampu menahan kala kami jatuh hati,tapi kami tak akan menodai pesona kami hanya kerana cinta yang menuntut nafsu pada keramahan syaitan pada kami. Bukanlah jatuh cinta bila kau ajak kami pada kemaksiatan. Bila kau memang jatuh cinta pada kami,jangan kau bebankan deritamu pada hati yang akan memuntutmu untuk berbuat nista. Izinkan kami menjaga hatimu,agar kita mampu menjelang bersama Jannah Nya.Maka datangilah waliku akhi..ku tunggu pinanganmu..

“Wahai jika engkau memiliki cinta
Dan telah terdorong dengan kerinduan
Maka anggaplah jarak perjalanan itu dekat
Kerana kecintaan dan kerelaanmu pada penyeru
Ketika mereka menyeru..!!
Maka katakanlah,kami penuhi panggilanmu.
Seribu kali dengan sempurna
Janganlah kau berpaling
Hanya kerana melihat gerimis
Jika engkau melihatnya 
“( Fii Zilalil Mahabbah )”

Isnin, 18 April 2011

saat lafaz sakinah berrmula


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
semalam ku bersama teman-temanku membincangkan hal berkenaan ciri-ciri kaum adam idaman pilihan hati..
ternyata kebanyakan dari kami mula merasakan  sudah bersedia ..
namun tidak bagi diriku..terasa belum cukup matang untuk menempuh alam pernikahan..hehe..
banyak yang harus dipelajari..Agak kelakar juga dirasakan..
namun hakikatnya mama dan abah sudah memberikan green light untukku mencari calon idaman hati..siapa agaknya ya..hurm....masih terlalu awal :))

Heningnya
Sunyi suasana
Lafaz sakinah bermula

Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah tangis ibunda

Adalah aku wali puteriku
Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Chorus
Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku

Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu

Selasa, 5 April 2011

indahnya cinta kepada ALLAH

Nabi s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "ثلاث من ُ كن فيه وجد حلاوة الإيمان : أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواه ما. وأن يحب المرء لا يحبه إلا لله . وأن يكره أن يعود في الكفر - بعد إذ أنقذه الله منه - كما يكره أن يلقى في النار"

Maksudnya: "Tiga perkara, jika seseorang memilikinya, maka dia akan mengecapi kelazatan iman. Pertama, dia mencintai Allah s.w.t. dan RasulNya melebihi selain daripada keduanya. Kedua, dia tidak mencintai seseorang melainkan kerana Allah s.w.t.. Ketiga, dia benci untuk kembali kepada kekufuran (setelah Allah s.w.t. selamatkannya daripada kekufuran tersebut), sebagaimana dia benci untuk dilempar ke dalam api neraka" (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari)


Saidatina Rabi'atul Adawiyah r.a. berkata dalam mengungkapkan cintanya kepada Allah s.w.t.:

أحبك حبين حب الهوى             وحبًا لأنك أهل لذاكا
فأما الذي هو حب الهوى           فشغلي بذكرك عمن سواكا
وأما الذي أنت أهل له          فكشفك لي الحجب حتى أراكا
فلا الحمد في ذا ولا ذاك لي        ولكن لك الحمد في ذا وذاكا

Aku mencintaiMu dengan dua cinta iaitu cinta kerana keinginan
Dan cinta kerana Engkau layak untuk dicintai

Adapun yang merupakan cinta kerana keinginan,
Maka kesibukanku dengan mengingatiMu daripada mengingati selainMu.

Adapun cinta kerana Engkaulah yan layak untuknya,
Maka Engkau menyingkap untukku tabir sehingga aku melihatMu.

Tiada pujian dalam kecintaan ini mahupun kecintaan itu bagiku,
Tetapi hanyalah bagimu segala pujian pada kedua-dua cinta itu.


 Ini adalah suatu tahap cinta kerana zat Allah s.w.t. itu sendiri, tanpa sebarang kemaslahatan dan kepentingan diri. Inilah setulus-tulus cinta, iaitu sebuah cerminan daripada cinta Allah s.w.t. kepada para hambaNya: 279)". (­Nilai cinta inilah seperti yang disebutkan oleh Imam Yahya bin Muaz r.a.: "

Inilah yang dikatakan oleh para pencinta, cinta itu membutakan. Segalanya sempurna di mata sang pencinta. Dia juga tidak merasa terbeban dengan syariat, lalu melakukan ketaatan dengan penuh rasa kecintaan kepada Allah s.w.t.. Ibadah bukan lagi suatu bebanan, tetapi suatu anugerah cinta dari Allah s.w.t. kepadanya.

Saidina Yahya bin Mu'az  r.a. berkata:

مثقال خردلة من الحب أحب إلي من عبادة سبعين سنة بلا حب.
 Maksudnya:

Oleh yang demikian, dia dapat mencintai Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. terlebih dahulu mencintaiNya sejak azali, lalu terbit rasa syukur di hatinya, kepada Tuhan Sang Pencinta, yang tidak terungkap dengan kata-kata, di atas nikmat dapat mencintaiNya dengan setulusnya.Pada ketika itu, dia mula menghayati bahawa, cintanya kepada Allah s.w.t. pada hakikatnya merupakan natijah daripada cintaNya kepadanya sejak azali, kerana sifat Allah s.w.t. itu



tiga perkara mencapai kelazatan iman


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم "ثلاث من ُ كن فيه وجد حلاوة الإيمان : أن يكون الله ورسوله أحب إليه مما سواه ما. وأن يحب المرء لا يحبه إلا لله . وأن يكره أن يعود في الكفر - بعد إذ أنقذه الله منه - كما يكره أن يلقى في النار"

Maksudnya: "Tiga perkara, jika seseorang memilikinya, maka dia akan mengecapi kelazatan iman. Pertama, dia mencintai Allah s.w.t. dan RasulNya melebihi selain daripada keduanya. Kedua, dia tidak mencintai seseorang melainkan kerana Allah s.w.t.. Ketiga, dia benci untuk kembali kepada kekufuran (setelah Allah s.w.t. selamatkannya daripada kekufuran tersebut), sebagaimana dia benci untuk dilempar ke dalam api neraka" (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari)

Sabtu, 2 April 2011

ketenangan yang dicari

ilustrasi semata-mata

Tepat 3.21 pagi…sungguh tenang malam itu di bilik study bersama teman seperjuangan yang dikasihi, nur farhana serta naili salwa.Sungguh tekun mereka, sedangkan aku sempat lagi lelap sebentar memandangkan badan terasa agak penat.

Sejak akhir-akhir ini, perasaan tidak sedap hati muncul, semoga ALLAH permudahkan..terasa cepat benar masa berlalu..18 hari lagi, aku bakal menghadapi final exam biology untuk semester akhirku..

menuntut ilmu kerana ALLAH…bukan bersaing untuk lebih dari teman-teman yang lain..kerana apa? Kerana ilmu itu datangnya dari ALLAH..sama-sama kita berusaha mencarinya tanpa wujud perasaan hasad dengki…*aku dapati dari buku keperibadian seorang muslim*.

Hidup ini penuh kejutan, ada masa kita tertawa bahagia, dan ada kalanya kita menangis kesedihan..itulah warna-warni kehidupan….Ada ketika kita diuji dengan kebencian, ada ketika kita dikelilingi dengan kasih sayang….Apa yang dapat dipelajari ialah..jadilah se0rang yang  penyabar dan pemaaf..insyaALLAH kita akan bahagia di dunia dan diakhirat..aku menasihati diriku sendiri yang serba lemah ini...

Jumaat, 1 April 2011

penghijrahan


Jauh di sudut hatinya dia amat merindukan zaman itu..Zaman ketika di bangku sekolah..Pertama kali hati terbuka untuk berubah..rindukan usrah yang mendidik jiwa agar lebih dekat dan mengenal ALLAH.selalu sahaja terdetik di benak hati, adakah usrah hanya untuk muslimah yang bertudung labuh sahaja? Atau pun hanya terhad pada tempat di mana ilmu agama diajarkan?.



Dia merasakan amat ketandusan ilmu.Dia sedar dirinya belum cukup baik.Selalu sahaja tergelincir di lembah kemaksiatan.Dirinya berusaha untuk berubah hari demi hari.Suatu hari ALLAH memberi kekuatan kepadanya melabuhkan tudungnya yang agak singkat sedikit, dengan harapan agar ALLAH memberi kekuatan padanya untuk istiqomah.Sungguh dirinya tidak begitu kuat untuk melakukan penghijrahan dalam suasana sebegini.Kearah istiqomah amatlah payah, ada sahaja yang menghalang.

Kata-kata seorang sahabat selalu sahaja terngiang-ngiang di dalam hati “kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih” yang dirasakan begitu terkesan.Kadang kala “cemburu” itu wujud apabila bertembung dengan muslimah yang memakai tudung labuh.”subhanALLAH cantiknya, bertudung labuh kerana ALLAH.


Dia seorang  wanita yang suka membaca dan ingin berkongsi apa yang difahaminya, kerana baginya segala apa yang ada padanya adalah milik ALLAH.Ilmu yang diperolehinya adalah datangnya dari ALLAH, apa haknya tidak berkongsi kebaikan dengan sahabat yang lain.Sudah lumrahnya kehidupan, ada sahaja yang tidak berpuas hati, tidak mengapa , biar dia menjadi dirinya sendiri.Islam itu nasihat.harapannya agar suatu masa nanti dia ditempatkan bersama para muslimah yang berilmu agar dapat memperbaiki diri agar menjadi lebih baik.Ilmu itu milik ALLAH.Ilmu ada dimana-mana…pasti ada jalan insyaALLAH..


Ingatannya buat sahabat-sahabat yang dikasihi di mana sahaja mereka berada tidak penah padam..
bersyukurlah diberi peluang hidup di muka bumi ALLAH ini..
tanpa rahmat dan kasih sayang ALLAH, kita tidak akan mungkin wujud .
bersyukurlah atas segala kesempatan..
matlamat utama hidup kita adalah beribadah kepada ALLAH s.w.t..
di sepanjang perjalanan hidup menuju KEJAYAAN..di dunia dan akhirat..

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye