Ahad, 21 Mac 2010

5 wasiat RASULULLAH S.A.W. ketika diisrak

Assalamualaikum w.b.t..........
Rasulullah s.a.w sentiasa memberi wasiat kepada umatnya kerana dikhuatirii mereka lupa termasuk diri saya sendiri dalam menikmati kehidupan yang sementara ini. Antara wasiat yang ALLAH berikan kepada nabi Muhammad S.a.w ketika peristiwa israk dan mikraj untuk umatnya ialah:


Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya ALLAH s.w.t tidak menjadikan dunia ini untuk mu. Lalu kepada siapa tuhan jadikan dunia ini? Maka dijelaskan dunia ini hanya untuk mereka yang ingin mendapatkan kelazatan dunia semata-mata tanpa mempercayai Allah swt sebagai tuhannya.



Jadikan cintamu hanya kepadaku kerana tempat kembalimu hanya kepadaku. Cinta ini terlalu banyak untuk dibahagikan kepada isteri, anak-anak, keluarga, harta dan sebagainya. Tetapi ingatlah cinta yang selayaknya kita dambakan ialah cinta kepada Ilahi semata-mata. Cintaku kepada ALLAH maka ku cinta isteriku, cintaku kepada ALLAH maka ku cinta keluarga ku, begitulah seterusnya cintaku.

Bersungguh-sungguhlah mencari syurgaku. Bagaimana ingin mencari syurga di alam yang fana ini, ini hanyalah satu kiasan bahasa Rasulullah saw. Yang diinginkan ialah mencari taman-tamannya syurganya. Dimana pula ingin kita mencari taman-tamannya pula, maka sahabatnya berkata masjid-masjid, majlis ilmu adalah taman-tamannya.


Putuskan harapan mu kepada makhluk sesungguhnya mereka sedikitpun tidak ada mempunyai kuasa. Makhluk ini tidak memberi kesan kepada makhluk walau makhluk itu merasakan berkuasa dan mampu memlakukannya, Kerana ALLAH berkuasa atas segala-galanya.


Rajinlah bertahajud di tengah malam kerana pertolongan ALLAH di malam qiamullail. Orang yang ingin mencari damai di dunia dan akhirat, maka carilah ia di malam hari menghadapkan diri dengan bertahajjud dengannya. P0honlah dengannya apa jua yang terlintas di benak hati.

Rasulullah s.a.w berwasiat demi cintanya kepada umatnya. Betapa kasihnya Rasulullah saw sehingga inginkan umatnya kesemuanya masuk ke dalam syurga dan terlepas dari azab api neraka. Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas Rasulullah s.a.w sebagai tanda kasih kita kepadanya!!!!!

diambil dari:

5 WASIAT RASULULLAH
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya : -
1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Tiada ulasan:

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye