Isnin, 22 Mac 2010

GAMBARAN SYURGA

Assalamualaikum…w.b.t


Hari ini saya ingin k0ngsikan bersama anda catatan yang dipetik dari buku karya misbah em majidy yang bertajuk kisah cinta di dalam al quran mengenai gambaran syurga agar kita dapat bersama-sama menyemai rasa cinta terhadap kehidupan di akhirat yang kekal abadi.Buku ingin sangat menarik untuk dibaca memandangkan ia menceritakan kelebihan cinta kepada makluk dan yang paling utama cinta kita kepada ALLAH s.w.t. Sem0ga kita termasuk dalam kalangan hambanya yang beruntung insyaALLAH…….


( SETIAP MANUSIA PASTI AKAN MENGHADAPI SAAT KEMATIAN!!!)

Gambaran syurga


Dalam sebuah riwayat diceritakan : Tingkat paling rendah daripada syuga ALLAH yang dipersiap untuk umat nabi Muhamad s.a.w adalah sepert istana nabi Sulaiman a.s. itupun seratus kali jauh lebih megah dan lebih indah dibangdingkan istana nabi Sulaiman a.s, Kerana syurga adalah kampung kenikmatan abadi.Kenikmatan di dalamnya adalah kekal abadi, dalam syurga tidak ada matahari, tidak ada udara dingin, tidak ada awan dan petir , tidak ada rasa letih mahupun bosan,tidak ada kerja mahupun kekeruhan hidup. Berdasarkan Firman ALLAH dalam surah az-zukhuf, ayat 70-73:

“(Mereka diberi sebaik-baik balasan dengan dikatakan kepada mereka): "Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama-sama isteri-isteri kamu (yang beriman), dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan".
Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari emas; dan di dalam Syurga itu pula disediakan segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan (dikatakan kepada mereka): "Kamu adalah tetap kekal di dalamnya".
Dan (dikatakan lagi kepada mereka): "Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan".
"Kamu beroleh di dalamnya berbagai jenis buah-buahan, untuk kamu makan daripadanya"



( kehidupan dunia adalah sementara, semuanya bakal lenyap menjelangnya KIAMAT)

Dalam firmannya yang lain dinyatakan dalam surah al-waqiah ayat 12-40 yang bermaksud :

Berada dalam syurga kenikmatan .Segolongan besar dari 0rang-0rang terdahulu dan seg0l0ngan kecil dari 0rang-0rang terkemudian.Mereka berada di atas dipan yang bertatahkan emas dan permata , seraya bertelekan diatasnya berhadap-hadapan.Mereka dikelilingi anak muda yang tetap muda , denagn membawa gelas, cerek dan gelas berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir , mereka tidak pening kerananya dan tidak pula mabuk, dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung daripada apa yang mereka inginkaN .Dan (Didalam syurga itu ada bidadari yang bermata cerah , laksana mutiara yang tersimpan baik.Sebagai balasan bagi apa yang telah mereka kerjakan .Mereka tidak mendenagr di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbi]ulkan d0sa , akan tetapi mereka mendengar ucapan salam. Dan g0l0ngan kanan , alangkah bahagianya g0l0ngan kanan ini.Berada diantara p0h0n bidara yang idak berduri , dahan p0h0n pisang yang bersusun-susun ( buahnya), dan naunagn yang terbentang luas, dan air yang tercurah , Dan buah-buahan yang banyak , yang tidak berhenti (buahnya) dan tidak terlarang mengambilnya, dan bantal-bantal yang tebal lagi empuk . sesungguhnya Kami ciptakan mereka (bidadari-bidadari )secara lansung , dan kami jadikan mereka gadis-gadis perawan , penuh cinta lagi sebaya umurnya, Kami ciptakan mereka untuk g0l0ngan kanan , iaitu seg0l0nagn besar dari 0rang-0rang terdahulu , dan seg0l0ngana besar pula dari 0rang-0rang yang kemudian . “


Dikatakan di dalam syurga para nabi menjadi ketua syurga . Kesedihan di dalamnya dihapuskan .Tetamu syurga akan dimuliakan dengan pengh0rmatan terbaik .Kenikmatannya abadi . Keperluan di dalamnya disediakan .Para bidadari sangat cantik menawan .Para pelayan di dalamnya sangat patuh dan sangat berdedikasi dalam memberikan layanan .Istana- istana di dalamnya megah .MASYAALLAH nikmatnya..

Maka Untuk siapakan syurga itu????

Nikmat syurga diberikan kepada mereka yang tidak menyekutukan ALLAH dengan sesuatu selain diriNYA.Oleh yang demikan kita hendaklah ikhlas dalam menyembah ALLAH S.W.T . Jika tergelincir melakukan kemaksiatan kita hendaklah segera bertaubat , mem0h0n keampunanNYA tidak mengharapkan keinginan kepada sesuatu selain diriNYA. Mereka itulah sebenarnya para kekasih ALLAH dan akan ditempatkan di syurga FirdausNYA.Hebat bukan??????????dan yang paling hebat sekali di syurga Firdaus itu terdapat 4 sungai:

1.sungai daripada air yang tidak berubah rasa dan baunya
2.sungai daripada air susu yang tidak berubah rasa dan baunya
3.sungai daripada khamar ( arak) yang tidak berubah rasa dan baunya
4.sungai daripada madu yang disaring.


(NIKMAT DI DUNIA HANYALAH FATAM0RGANA)

Saya menasihati diri saya sendiri agar sentiasa ingat bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementarA.... Kita ada tanggungjawab yang mesti dilaksanakan …Ingatlah kehidupan akhirat kekal abadi..Sanggupkah kita terjemus ke lembah NERAKA YANG PENUH AZAB SIKSAAN PEDIH bertahun-tahun lamanya atau selamanya lantaran kes0mb0ngan kita terhadap pencipta kita ALLAH S.W.T…REnung-renungkanlah… ^__^

Ahad, 21 Mac 2010

22 MARCH

Assalamualaikum w.b.t…..

Pagi ni, tah mengapa terlalu awal ku bangun, tidak seperti hari-hari biasa….mata ni terlalu sukar untuk lelap, ALLAH je tau sebabnyew, n hati ni rase sayu sangat3…da lame tak diluahkan menerusi bl0g ni…hehe…ya ALLAH adalah aku terlalu pentingkan diri sendiri??? Ya ALLAH kenapa hatiku lebih mengingati hambamu , sepatutnya aku muarakan cintaku lebih untukmu… ya ALLAH ampunkan aku…sepatutnye kerinduanku hanya terhadapmu …

Semalam aku menjenguk bilik sahabatku yang b0leh dikatakan muslimah, sayu hatiku melihat mereka menghabiskan masa berzikir untukmu…ya ALLAH….mereka juga mencintaimu…. Ya ALLAH aku terlalu cemburu…. Aku sepatutnya meNyerahkan diriku padaMU… I NEED U….berikanlah aku kekuatan ya ALLAH menahan diri ini dari g0daan duniawi~~~jadikan matiku untuk membantu agamaMU..meskipun aku yakin aku tidak layak lagi….AKU TAHU terlalu tinggi harapan yang ku sandarkan bagaikan bintang-bintang di langit yang sukar untuk digapai….. Aku hambamu yang belum cukup amalan s0lehah..… ya ALLAH ajarkanlah kami hikmah …..selamatkanlah kami…huhu.. O_o

5 wasiat RASULULLAH S.A.W. ketika diisrak

Assalamualaikum w.b.t..........
Rasulullah s.a.w sentiasa memberi wasiat kepada umatnya kerana dikhuatirii mereka lupa termasuk diri saya sendiri dalam menikmati kehidupan yang sementara ini. Antara wasiat yang ALLAH berikan kepada nabi Muhammad S.a.w ketika peristiwa israk dan mikraj untuk umatnya ialah:


Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya ALLAH s.w.t tidak menjadikan dunia ini untuk mu. Lalu kepada siapa tuhan jadikan dunia ini? Maka dijelaskan dunia ini hanya untuk mereka yang ingin mendapatkan kelazatan dunia semata-mata tanpa mempercayai Allah swt sebagai tuhannya.



Jadikan cintamu hanya kepadaku kerana tempat kembalimu hanya kepadaku. Cinta ini terlalu banyak untuk dibahagikan kepada isteri, anak-anak, keluarga, harta dan sebagainya. Tetapi ingatlah cinta yang selayaknya kita dambakan ialah cinta kepada Ilahi semata-mata. Cintaku kepada ALLAH maka ku cinta isteriku, cintaku kepada ALLAH maka ku cinta keluarga ku, begitulah seterusnya cintaku.

Bersungguh-sungguhlah mencari syurgaku. Bagaimana ingin mencari syurga di alam yang fana ini, ini hanyalah satu kiasan bahasa Rasulullah saw. Yang diinginkan ialah mencari taman-tamannya syurganya. Dimana pula ingin kita mencari taman-tamannya pula, maka sahabatnya berkata masjid-masjid, majlis ilmu adalah taman-tamannya.


Putuskan harapan mu kepada makhluk sesungguhnya mereka sedikitpun tidak ada mempunyai kuasa. Makhluk ini tidak memberi kesan kepada makhluk walau makhluk itu merasakan berkuasa dan mampu memlakukannya, Kerana ALLAH berkuasa atas segala-galanya.


Rajinlah bertahajud di tengah malam kerana pertolongan ALLAH di malam qiamullail. Orang yang ingin mencari damai di dunia dan akhirat, maka carilah ia di malam hari menghadapkan diri dengan bertahajjud dengannya. P0honlah dengannya apa jua yang terlintas di benak hati.

Rasulullah s.a.w berwasiat demi cintanya kepada umatnya. Betapa kasihnya Rasulullah saw sehingga inginkan umatnya kesemuanya masuk ke dalam syurga dan terlepas dari azab api neraka. Marilah kita bersama-sama berselawat ke atas Rasulullah s.a.w sebagai tanda kasih kita kepadanya!!!!!

diambil dari:

5 WASIAT RASULULLAH
Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya : -
1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.
2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.
5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.

Jumaat, 19 Mac 2010

Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W




luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.." Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.." Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)

Isnin, 8 Mac 2010

inteam pesona dunia



Indah dunia yang mempesona
Bagai dian terang menyala
Sehingga terlupakan padam akhirnya

Dunia ini hanya pinjaman
Untuk menguji keimanan
Akhirat nanti yang menentukan
Balasan syurga ataupun neraka

Mengapakah dunia yang dikejari
Sedangkan ia kan ditinggal pergi
Apalah gunanya harta di sisi
Tika jasad terkubur terkaku mati

Bayangkanlah jika di dunia ini
Bekalan terhenti mudah dicari
Bagaimana pula di sana nanti
Tanpa bekal pahala kita yang rugi

Bersyukurlah sentiasa
Dengan apa yang ada
Adakala harta dunia
Belum tentu membantu kita
Menjadi bebanan dan menyusahkan...

bila waktu telah berakhir



Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sedari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

Selasa, 2 Mac 2010

HADIS DAN AYAT AL-QURAN PILIHAN


Saya kongsikan bersama ANDA beberapa hadith mengenai Al-Quran.


Rasulullah SAW bersabda, “ Bacalah al-Quran kerana Allah akan memberi ganjaran ke atas setiap huruf daripada bacaanmu dengan 10 kebaikan. Aku tidak mengatakan kepadamu Alif, Lam, Mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

Rasulullah SAW pernah bersabda maksudnya: " Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya
besi."

Lalu sahabat-sahabat bertanya, " Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkanya?"

Jawab Rasulullah: " Membaca al-Quran dan mengingati mati."

Sabda Rasulullah lagi bermaksud: "Tiadalah antara yang memberi syafaat yang lebih utama kedudukannya pada Allah daripada al-Quran. Tidak nabi, tiada malaikat dan tidak lainnya."

Baginda bersabda lagi: "Yang terbaik daripada kamu ialah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya".





Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.(Surah Ali Imran, Ayat 190-191)



“Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian, dan boleh jadi (pula) kalian menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah mengetahui, sedang kalian tidak mengetahui.” ( Surah Al Baqarah Ayat 216 )



Dan Dia lah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.( Surah Ar-R'ad Ayat 3)



dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
[3]
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. ( Surah At Talaq Ayat 2-3 )




“Tidakkah kamu melihat bahawasanya Allah menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengannya hujan itu buah-buahan yang beranika macam jenisnya. Dan di antara gunung-ganang itu ada garis-garis putih dan merah yang bereneka macam warnanya(dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya, hanyalah ulama. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Penyayang”.( Surah Al Fathir Ayat 27 dan 28 )




Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.
[13]
Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu. ( Surah Al Nahl Ayat 12-13 )



Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. ( Surah Al Israa' Ayat 9 )




Dan Kami jadikan malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan kami), maka Kami hapuskan tanda malam itu (sehingga menjadi gelap-gelita), dan Kami jadikan tanda siang itu terang-benderang supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan hari); dan (ingatlah) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk dunia dan ugama kamu), Kami telah menerangkannya satu persatu (dalam Al-Quran) dengan sejelas-jelasnya.
[13]
Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya).
[14]
(Lalu Kami perintahkan kepadanya): “Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang segala yang telah engkau lakukan)”.
( Surah Al Israa' Ayat 12-14)



Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. ( Surah An Nur Ayat 35 )




Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
[4]
Kemudian ulangilah pandangan (mu) berkali-kali, nescaya pandanganmu itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia).
[5]
Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang.
[6]
Dan bagi orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhan mereka, disediakan azab neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali. ( Surah Al Mulk Ayat 3-6 )




Allah jua yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi; sesungguhnya Allah Dia lah jua yang Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
[27]
Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana ( Surah Luqman Ayat 26-27)



Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan; dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat). ( Surah Muhammad Ayat 19 )




Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( Surah Muzammil Ayat 20 )




Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) - berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Ia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dia lah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
[82]
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.
[83]
Oleh itu akuilah kesucian Allah (dengan mengucap: Subhaanallah!) - Tuhan yang memiliki dan menguasai tiap-tiap sesuatu, dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.
( Surah Yasin Ayat 81-83 )



“ Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan yang berpesan-pesan kepada kebenaran, dan berpesan-pesan kepada kesabaran”
( Surah Al Asr Ayat 1-3 )




Dan Dia lah Allah (yang disembah dan diakui kekuasaanNya) di langit dan di bumi; Ia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan, dan Ia juga mengetahui apa yang kamu usahakan.
( Surah Al An'am Ayat 3 )



Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu (Surah Adz Dzariyat, Ayat 56)



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).( Surah Luqman Ayat 14 )



Wahai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu, dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan Syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. ( Surah Luqman 33 )





Rasulullah S.A.W. bersabda,

“ Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, jika kamu berpegang teguh dengan keduanya, nescaya kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan sunnah Rasul ALLAH”

Seorang ulama’ ada berkata,

“ Hidup yang sebenar-benar kehidupan itu, adalah hidup yang bersambung jiwanya dengan ALLAH SWT”

Isnin, 1 Mac 2010

PENYAKIT UMAT ISLAM DAHULU BERJANGKIT PADA GENERASI SEKARANG


Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu berkata: "Aku pernah mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu. Sahabat bertanya, “ Apakah penyakit-penyakit umat–umat terdahulu itu? Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam menjawab : “Penyakit-penyakit itu adalah terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi antara satu sama lain”. ( Hadith riwayat al-Hakim )

Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam di dalam hadith tersebut bukanlah satu perkara yang baru kerana telah banyak kita lihat berlaku di kalangan kaum Muslimin pada hari ini. Bahangnya telah mula dirasai sejak zaman dahulu lagi. Ini jelas kita dapati, di sana sini penyakit ini sudah mula merebak dan menjalar dalam masyarakat Islam dengan begitu parah sekali. Inilah antara kelebihan dan keistimewaan yang dikurniakan Allah kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam yang dapat mengetahui peristiwa yang akan berlaku pada masa akan datang ke atas umatnya. Apabila manusia menolak sistem hidup yang disyariatkan dalam Islam, lantas mengambil dan memilih sistem cara hidup rekaan manusia maka inilah padahnya.

Dunia umat Islam pada hari ini terus-menerus dilanda krisis demi krisis sama ada dalam semua segi baik dari aspek politik, ekonomi, pendidikan, sosial kemasyarakatan yang sangat kritikal dan meruncing. Umat Islam diserang dari semua segi. Dengan kata lain, penyakit yang berlaku di kalangan umat Islam pada hari ini diibaratkan seperti sejenis penyakit barah yang tidak mampu dirawat oleh doktor pakar. Semua penyakit kronik yang berlaku kepada umat Islam pada hari ini hanya dapat dipulihkan dengan satu kaedah rawatan sahaja ternyata dapat memberi jaminan sebagai penawar yang mujarab kepada penyakit-penyakit tersebut iaitu penyelesaian dengan hanya tidak dapat tidak mesti kembali mengambil Islam sebagai satu cara hidup yang sempurna dan menyeluruh.

Umat Islam pada hari ini tidak ada pilihan lain melainkan dengan hanya kembali mengambil Islam sebagai satu cara hidup yang syamil dan kamil. Ini kerana umat Islam yang ada pada hari ini hanya ada Islam pada nama sahaja. Mereka mengambil Islam hanya dengan membasahi bibir mengucap dua kalimah syahadah, berzikir, beribadat di atas tikar sejadah di dalam masjid, berpuasa pada bulan Ramadhan dan pergi menunaikan haji sahaja. Bagi mereka sudah memadai Islam yang mereka fahami dengan hanya melakukan ibadat-ibadat tersebut. Di dalam kamus pemikiran mereka tidak ada istilah untuk beribadah kepada Allah setelah melangkah keluar dari masjid, setelah bulan Ramadhan berlalu dan setelah pulang dari mengerjakan ibadah haji.

Malang, begitu sempitnya fahaman mereka mengenai cara hidup Islam yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam yang sudah lama disarankan kepada kita. Ini kerana sikap merendah diri, bersyukur kepada Allah yang semakin terhakis dalam diri manusia semakin menjadi-jadi. Tidak kurang juga sifat ego manusia pada hari ini mengatasi segala-galanya. Inilah natijahnya apabila menolak apa yang disyariatkan oleh Allah dan berbangga dengan sistem rekaan manusia. Justeru tidak hairanlah fenomena yang Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam gambarkan kepada kita telah banyak berlaku seperti manusia yang terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah-mewahan, berlumba-lumba menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia, sikap saling memarahi, umpat-mengumpat, hasut menghasut sudah menjadi amalan sehingga sikap zalim menzalimi antara satu sama lain dan amalan rasuah, pecah amanah sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan mereka”.

Sepatutnya bagi mereka yang faham Islam sebagai satu cara hidup hendaklah kembali untuk mengambil Islam dalam setiap aspek kehidupannya bukan hanya di tempat-tempat atau pada masa-masa tertentu. Kita hendaklah mengamalkan cara hidup Islam yang disarankan oleh Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam dalam setiap aspek kehidupan iaitu melakukan sesuatu niat ikhlas kerana Allah semata-mata dan hendaklah kita menghubungkan diri kepada Allah di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa sahaja, sama ada ketika duduk, berdiri dan sebagainya. Dengan erti kata lain, setiap amalan dan perbuatan kita hanya dikira sebagai satu ibadah sekiranya niat kita ikhlas kerana Allah. Sebenarnya dalam Islam setiap perbuatan dan amalan kita seperti makan minum, tidur, sebagainya semuanya adalah merupakan satu ibadah kepada Allah.

Kita perlu berhati-hati dengan musuh-musuh Islam yang tidak jemu-jemu berusaha untuk menghancurkan umat Islam. Sejarah telah merakamkan, mereka sudah lama merancang untuk menghapuskan umat Islam dengan cara mengasingkan Islam dalam kehidupan umat Islam, memisahkan Islam dengan politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Ia juga berpunca dari salah faham di kalangan orang Islam terhadap Islam sendiri dan meluapnya sentimen politik yang saling bertentangan. Selain itu, rasa tidak puas hati ini mengheret sebilangan kaum yang bertelingkah ke dalam kancah pertikaian dan prasangka yang akhirnya membawa kepada perselisihan pendapat umat Islam.

Bagi kita yang kasih dan sayang kepada Nabi Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh mengamalkan apa yang disarankan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Di tengah–tengah kebangkitan semula Islam pada abad yang ke-20 ini umat Islam terus diuji dengan pelbagai cubaan dan perbuatan yang menggugat kesucian Islam. Gejala ini muncul akibat dari ketidaksefahaman umat Islam sendiri dalam fahaman tentang Islam serta momokan idea dari musuh Islam yang sentiasa mencari peluang untuk menghancurkan Islam. Justeru menjadi kewajipan kita mempertahankan kesucian Islam daripada dicerobohi oleh musuh-musuh Islam.


Susunan : Ustaz Mohd Khusyairie Marzuki
Sarjana Muda Kepujian Usuludin (Al Quran & Hadith)
Universiti Malaya.

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye