Rabu, 26 Disember 2012

DOA ISTIKHARAH

Assalamualaikum..sedikit perkongsian
Baru-baru ni,Ana terkesan dengan pengisian oleh seorang adik di surau mawar tentang kelebihan solat istikharah..
tips istiqomah, lakukan setiap kali selepas solat dhuha..
petunjuk tak semestinya melalui mimpi, 
selalunya melalui fatwa hati yang ALLAH gerakkan..
insha ALLAH hendaklah yakin dengan ALLAH
yang MENTAQDIRKAN segala sesuatu
Suddently....i had a dream
Rentetan mimpi ana malam tadi,..
macam-macam bermain di fikiran.
mimpi pertama (mlm sebelumnya):
membuat ana menolak sesuatu yg dah lama ana keliru
mimpi kedua :
mimpi yg indah namun dalam kesamaran, masih tertanya-tanya...apakah?
Ya mimpi mainan tidur..namun kadang kala mengusik jiwa juga kan...

untuk mendapatkan kepastian inshaa ALLAH kita sama-sama cube untuk istiqomah dengan istikharah...kerana hanya ALLAH tau apa yang terbaik buat kita..

Bagi ana , sebelum solat istikharah itu amat penting untuk tidak meletakkan sesuatu yang dingini sebagai tujuan solat.
contohlakan si A ni berkenan pada si B, ketika solat dalam hati si A berharap si B la jawapannya, sedangkan sepatutnya si A  berserah  pada ALLAH dan redha atas segala jawapan yang akan diterima..
wALLAHualam

Doa Solat Istikharah



Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya in baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu.

5 ulasan:

4feet8 berkata...

setiap perkara, mak pesan suruh buat istikharah.. moga gerak hati yg ditunjukkan adalah jalan yg betul..

nuraziela humaira berkata...

Inshaa ALLAH ..istikharah sebenarnya menguji tahap kebergantungan kite dgn ALLAH kan :)

0091 berkata...

Wahai penulis blog .Boleh tak saya nak mintak nasihat . Kalau dah putus cinta tapi suatu ari nanti bila dah sedia( sudah habis blajar,ada kerja,mampu ) saya mahu kembali kepada dia.Terus kahwin.Apa pndapat kamu? Kamu rasa dia boleh trima saya? Atau kalau dia dah kahwin dgn orang lain?

nuraziela humaira berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nuraziela humaira berkata...

ok..ni pendapat ana la..
maaf kalau x dapat menjawab persoalan kamu sangat..

bagi ana doa dan istikharah sangat penting..kalau kamu dah yakin why not risik dia kembali apabila kamu telah bersedia..

soal terima/nikah dgn org lain itu perancangan ALLAH.
Kamu perlu bersedia dgn segala kemungkinan k.

Ana yakin..andai sudah tertulis dia jodoh kamu berpisah macam mana pun suatu hari nanti pasti akan bersatu jua dgn takdir ALLAH..

perjalanan hidup ni, rahsia ALLAH yg di dalamnya terselit hikmahnya yg tersendiri ..Namun tujuan kita semua tetap sama...untuk melakukan ketaatan padaNYA...dan kembali padaNYA dgn REDHA dan CINTANYA
inshaa ALLAH ana menasihati diri ana sendiri juga.


"Seseorg yg berusaha kearah kebaikan pastinya jodohnya sedemikian juga..inshaa ALLAH ALLAH maha mengetahui..."


love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye