Jumaat, 16 November 2012

ANDA INSAN TERPILIH




ALLAH pencipta kami….kami amat merinduiMU…

ALHAMDULILLAH hari ini, kita semua masih lagi diberi peluang menjalani hari-hari yang penuh suka duka di bumi ciptaanNYA…syukran ya ALLAH….teringat ana pada kata-kata seorang sahabat “suatu masa dahulu, kita adalah nutfah (air mani yang mengandungi berbillion-billion sperma) dan diantara berbillion sperma-sperma yang ada bersaing untuk mendapatkan ovum , kita telah dipilih ALLAH untuk berjaya memasuki ovum tersebut lalu disenyawakan…ketahuilah , betapa bertuahnya kita kerana melalui tapisanNYA itu hari ini,kita berada disini, di bumiNYA yang cukup indah..Betapa dalam hidup ini kita sentiasa dalam tapisan-tapisan ALLAH..hanya hambaNYA yang taat dan patuh pada PERINTAHNYA kelak akan berjaya ditapis untuk ke SYURGANYA..manakala hamba-hambaNYA yang INGKAR akan dihumban ke dalam api nerekaNYA..subhanALLAH..

KETAHUILAH sahabat-sahabat, betapa ALLAH itu  dekat , penuh kasih sayang….DIAlah yang sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaNYA…DIAlah yang mencukupkan segala keperluan, yang mentaqdirkan segala-galanya…setiap kesenangan dan kesusahan yang diberikannya pasti terangkum hikmah yang tersembunyi.....ALLAH yang kami rindui…jangan tinggalkan kami sepi tanpa cintaMU… 

ALLAH…bagaimanakah pandanganMU terhadap kami, 
kami khuatir seandainya kelak kami menemuiMU dalam kemurkaanMU…
kerana sesungguhnya kami amat mengharapkan pandangan rahmatMU di akhirat kelak..
ampunilah salah dan khilaf kami selama ini…..
ALLAH..Apabila tiba masanya kelak kita pasti akan kembali kepadaNYA..
tuhan PENCIPTA kita..
Duhai diri yg hina.
Apakah persiapanmu sblm tibanya ajal yg tiada gunanya lagi sesalannya.
Hari ini peluang masih lagi terbuka untuk kita bertaubat. 
Namun tiada siapa yg tahu apa yg bkl terjadi di kemudian hari

Andai esok hari terakhirku


Adakah aku termasuk dlm golongan yg diredhaiNYA?

Ana tertarik dengan kata-kata yang pada ana cukup bermakna:




"Dunia ini ibarat sebuah pentas lakonan dimana manusia itulah, pelakon utamanya.
Al-Qur’an dan Sunnah pula adalah skripnya 
dan Malaikat itulah juru kameranya. 
Islam jalan ceritanya 
dan Kiamat itu kesudahannya. 
Pengembaraannya berkumpul di padang mashyar adalah tempat menerima penganugerahan. 
Rasulullah pelakon terbaiknya, 
ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala adalah juri-Nya 
manakala Syurga atau Neraka adalah trofinya."





Apa yang ana dapat simpulkan hari ini, dunia ini hanyalah sementara,gunakanlah segala peluang yang ada pada hari ini untuk mengumpul bekalan apabila bertemu PENCIPTA kita kelak, andai REDHA ALLAH yang dicari maka berusahalah untuk mendapatkannya…Berusahalah untuk mempertahankan nikmat ISLAM yang kita ada pada hari ini..DO OUR BEST untuk ALLAH!!! Our CREATOR!!!
Jihad Masharawi weeps while he holds the body of his 11-month old son
GAZA, PALASTINE

semoga ALLAH merahmati saudara seISLAM kita di palestin, syria dan rohingya......semoga mereka terus tabah berjuang demi REDHA dan CINTANYA...
perkongsian muhasabah diri ana yang mudah leka...lets pray for THEM ..

Tiada ulasan:

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye