Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Persoalan : kenapa kamu ISLAM?
Macam-macam jawapan yang diberikan, namun jawapan yang
paling common yang rata-rata memilih untuk menjawab “aku Islam sebab mak
ayah…sebab keturunan dan sebagainya”. ..ustaz
badrul amin (kuliah subuh masjid ubudiah kampung tasik tambahan, 9 /11/ 2012)..”kita kena ingat kita Islam pada hari ini sebab kita :-
“Aku telah rela ALLAH sebagai Tuhanku,
dan dengan ISLAM sebagai AGAMAku, dan dengan MUHAMMAD sebagai nabi dan rasulku.”
Inilah masalahnya, apabila kita hanya mengganggap Islam ini
hanya atas dasar faktor keturunan, maka segala apa yang kita lakukan hanyalah
semata-mata kerana kerana budaya ikut-ikutan…sebagai contohlah
kan..orang puasa kita pun puasa…tapi
dalam masa yang sama kita tinggalkan solat..see????kenapa agaknya perkara
sebegini banyak berlaku diseliling kita?
sebab itulah PENGHAYATAN itu amat penting dalam melaksanakan sesuatu
amalan.
Kenapa kita solat?
Solat merupakan amalan fardu yang dituntut oleh setiap individu MUSLIM, wajib dilakukan sebanyak lima waktu sehari semalam didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu .Para sahabat dan salafussoleh
menganggap ibadah solat adalah jambatan penghubung dan perantara antara hamba dengan
PENCIPTANYA (dalam erti kata lain berkomunikasi/tanda pertalian terus diantara seorang hamba dengan PENCIPTA).Solat adalah tanda penghambaan seorang hamba terhadap PENCIPTANYA . Ia meletakkan manusia dalam situasi yang istimewa di hadapan
PENCIPTA tanpa dibatasi sebarang tabir (Abdullah: 2012).
TAHUKAH ANDA? Semua makhluk di langit dan dibumi turut sama BERTASBIH pada ALLAH, tuhan PENCIPTA sekalian alam….
surah al- isra ayat 44
" Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi ALLAH dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbIh mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha PengampuN"
siapakah PENCIPTA itu?
Sedarkah kita? Kita banyak melakukan apa yang ALLAH tidak suka. Tetapi, ALLAH berterusan memberi kita oksigen untuk kita terus hidup, berterusan memberi kita nikmat makanan, kesihatan,dan sebagainya…..

Untuk mengenal ALLAH, ana sarankan kita semua hendaklah sentiasa BERUSAHA mendalami ilmu ALLAH, dengan menghadiri majlis-majlis ilmu terutama di masjid-masjid dan di surau-surau..Bukan itu sahaja, kita juga hendaklah sentiasa menjadikan AL-QURAN sebagai panduan harian.maksud ana dengan membaca serta memahami MAKSUDNYA sekali..kerana AL-QURAN merupakan kalamullah (kata-kata dari ALLAH).
Sedarkah kita? Kita banyak melakukan apa yang ALLAH tidak suka. Tetapi, ALLAH berterusan memberi kita oksigen untuk kita terus hidup, berterusan memberi kita nikmat makanan, kesihatan,dan sebagainya…..
DIAlah ALLAH yang menciptakan diri kamu dari diri yang satu
dan kemudiannya kamu berkembang biak…
DIAlah yang mencukupkan segala keperluanmu…
makan
dan minummu..DIAlah yang menurunkan hujan…
dan daripada hujan tersebut tumbuhnya
tumbuh-tumbuhan yang beraneka warna dan rasanya…
DIAlah yang menciptakan
haiwan-haiwan ternakan(lembu, unta , ayam, itik dsbgnya) yang kamu beroleh
pelbagai manfaat daripadanya..
Dan DIA telah menghamparkan bumi bagimu sebagai
tempat tinggal … SAHABATKU,kalau ada diantara kita meninggalkan perintah solat maka ketahuilah anda sebenarnya tergolong dari kalangan hambaNYA yang tidak BERSYUKUR, SOMBONG dan INGKAR...DAN NERAKA LAYAK BAGINYA..
Maka kenapa kita senantiasa
menjadi hamba yang tidak bersyukur?
Tidak cukup lagikah segala nikmat
yang diberikannya? Menjadi hambanya terpilih sebagai khalifah menjalani hidup
dibumi ciptaanNYA ini adalah salah satu nikmat yang cukup besar..Cuba bayangkan
kalau ALLAH tak ciptakan kita…mana mungkin kita berada disini pada saat ini..
Maka tugas kita sebagai umat
Islam, kita sentiasa perlu saling ingat mengingatkan. Ingat tujuan hidup kita di muka bumi tidak lain dan tidak bukan
adalah untuk menghambakan diri kepadaNYA..
Jadi….
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”
(Surah Ar-Rahman :16)
Ayat ini, ALLAH sebut berulang kali dalam Surah Ar-Rahman.
Jadi….
“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”
(Surah Ar-Rahman :16)
Ayat ini, ALLAH sebut berulang kali dalam Surah Ar-Rahman.
Oke...Buka surah Adz-Dzaariyat ayat 56. Allah
berfirman yang bermaksud:-
“Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka
beribadah kepada-KU”
wALLAHualam..sekadar perkongsian…peringatan buat diri sendiri dan
para pembaca ^__^
*CONTENT AKN DIUPDATE dari masa-ke masa (masih dalam penyusunan)
*CONTENT AKN DIUPDATE dari masa-ke masa (masih dalam penyusunan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan