Jumaat, 11 November 2011

mood : i think i have lost something :(


Sungguh tak mudah mendorong diri..
kalau dibiarkan ku khuatiri terus alpa dan leka..
kesempatan telah diberi
namun ada saja halangan yang mendatang..
mana pergi kekuatan diri
yang dulunya kukuh dengan cita-cita dan matlamat
mana pergi "sesungguhnya solatku, ibadahku..hidup matiku kerana ALLAH "
mana pergi "perubahan" yang ingin dilakukan semata-mata keranaNYA?
tak kan mudah terhapus, bagai debu yang ditiup angin..

ya ALLAH
sesungguhnya hambaMU ini lemah...
seringkali alpa akan tuntutanMU..
ya ALLAH
jangan biarkan diriku tersesat arah 
setelah ENGKAU memberikan petunjukMU
maafkanlah kami atas dosa dan kesalahan kami.
ya ALLAH 
kurniakanlah kami ilmu yang bermanfaat 
untuk menjadi pendinding diri..
ya ALLAH 
sesungguhnya dariMU kami hadir, 
kepadaMU jua tempat kami kembali




Fudail bin Iyad berkata:

إذا لم تقدر على قيام الليل وصيام النهار فاعلم أنك مكبول كبلتك معصيتك


“ Apabila kamu tidak mampu untuk bangun tahajud waktu malam dan tidak mampu puasa sunat pada waktu siang maka ketahuilah kamu sudah dibelenggu oleh maksiatmu.”

Tiada ulasan:

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye