Jumaat, 21 Oktober 2011

imam muda asyraf

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Alhamdulillah baru kini berkesempatan  mencoretkan sesuatu di blog kesayanganku.tempat ku “mereleaskan tension”  hehe.. semalam saya berkesempatan menghadiri sesi ceramah bersama imam muda asyraf., yang bertajuk semakin hari semakin cantik.alhamdulillah pengisian yang amat menarik..terutamanya mengenai :

7 golongan yang mendapat naungan ALLAH di akhirat kelak..

a) Pemerintah yang adil
b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya
c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
d) Dua orang yang berkasih sayang kerana ALLAH, di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan ALLAH
e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada ALLAH!"
f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
g) Orang yang menyebut atau mengingati ALLAH dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal ALLAH.


Selain itu juga turut diselitkan persoalan cinta…
Mampukah seorang adam dan hawa memendam rasa cinta?


Imam muda asyraf menjawab :


Cinta itu fitrah dan mencintai itu tidak salah, cinta boleh jadi salah apabila kita mencintai seseorang sehingga lupa dan lalai terhadap ALLAH s.w.t serta melakukan perkara yang dimurkainya (seperti berdua-duaan). Yang menjadi masalahnya sekarang ialah naluri seorang wanita itu tidak tergamak. ( pujuk rayuan dan sebagainya) .manakala lelaki tidak..Sebab itu seorang wanita kena kuat mempertahankan maruahnya.Dalam soal jodoh kita boleh sentiasa meminta supaya ALLAH percepatkan.Soal jodoh bukan hanya tunggu dan lihat, Tapi kita kena cari jodoh itu..Mana mungkin jika kita tidak kenal seseorang itu akan terbit rasa cinta dan sayang.. Rasa cinta itu boleh dikurangkan dengan menyibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan dan sebagainya (lebih kurang melaui catatan yang dibuat kalau salah sila betulkan saya).




wALLAHulam…tak sangka degree sungguh memenatkan…I have lost 4kg daripada berat masa diploma..lama-lama tinggal tulang kalau berterusan sebegini T__T

2 ulasan:

cikzsmile berkata...

salam.
lost 4 kg? alhamdulillah bestnya. hehe
degree penat eh? xpe,InsyaAllah boleh :)

nur humaira berkata...

hehe...tapi sy maintain huhu... asik berjalan je..insyaALLAH doakan saya yg terbaik ^__^

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye