Jumaat, 28 Oktober 2011

mama abah dan bunga

Alhamdulillah walaupun banyak dugaan yang dilalui mama dan abah sebelum tiba di uitm untuk menghadiri sesi konvokesyen saya...akhirnye mereka sampai juga...Alhamdulillah saya diberikan sejambak bunga..juga sempat bergambar kenang-kenangan bersama mereka di studio fotografi..Namun ada sesuatu yang menyedihkan saya, adik kesayangan saya, Nur Aleeya Humaira enggan melepaskan saya..mengamuk suruh saya naik kereta, mengikutinya balik kampung..Kata mama Aleeya tak berhenti-henti menangis suruh pusing balik agak lama hingga  ke karak..Dasyat juga tu...tapi takpe..6 november ni saya akan pulang beraya haji kerana saya bercuti selama seminggu..hope dapat mengubati kerinduan 
Aleeya Humaira..

bunga yang diberi masih segar di atas meja saya...Rasa sayang dan hargai sangat3....tak mahu melihat ia layu..Namun sudah lumrah..tidaka ada yang kekal di dunia ini...semua adalah milk PENCIPTA kita..Saya juga kembali bersemangat untuk meneruskan study..kerana insyaALLAH saya ingin mengejar..graduan KELAS PERTAMA....i noe i can do it!!

Rabu, 26 Oktober 2011

cinta membangkitakan semangat !

" Rumahku Adalah Surgaku "
Itulah harapan sebuah pernikahan.Memang,tidak mudah untuk mewujudkan harapan tersebut, boleh juga rumahku menjadi nerakaku.Memerlukan kerjasama yang harmoni diantara suami dan isteri ketika mengharungi bahtera pernikahan.Selain itu,memerlukan pemahaman mengenai cara memelihara pernikahan agar tetap harmoni dan tahan terhadap badai ujian....

Cinta kerana ALLAH bukan mengajar kita lemah,tetapi membangkitkan kekuatan.Cinta kerana ALLAH bukan mengajar kata menghinakan diri tapi menghembuskan kegagahan.Cinta kerana ALLAH bukan melemahkan semangat,tetapi membangkitkan semangat..Cinta kerana ALLAH itu, menguji kekuatan diri, maka yakinlah ALLAH sebaik-baik sandaran hati

ketahuilah, ku cintakan kekuatan dan semangat yang ada pada dirimu, wahai bakal pendampingku kelak ;))


esok konvokesyen uitm


PENAT..penat..penat.... yang tidak tergambar dengan kata-kata..dari pagi hingga petang tak berhenti berjalan kesana-kesini.. alhamdulillah tadi berkesempatan bersua muka dengan sahabat sekelas dari diploma sains uitm jengka di plaza alam sentral shah alam...kami pulang agak lewat hingga 8 malam kemudian terus bergegas menyertai program tayangan "laskar pelangi anjuran kelab GPMS UiTM shah alam..tak terkejar saya dibuatnya kerana saya sepatutnya bertugas menjaga koperasi kolej tepat pukul 8 malam...nasib baik saya dikecualikan atas sebab-sebab tertentu..Tamat sahaja program, saya dikehendaki hadir meeting biro tugas-tugas khas kelab usahawan...Malangnya saya tidak dapat hadir juga kerana masa tidak menyebelahi saya....sungguh penat berkejar kesana kemari....walaupun penat..saya rasa amat bahagia...Sebab matlamat saya adalah untuk aktif dalam aktiviti berpersatuan..namun saya harus sentiasa ingat agar dapat menyeimbangkan antara  akademik dan persatuan...

Alhamdulillah akhirnya abah dan mama nak datang konvokasyen saya pada esok hari...akhirnya saya rasa bersemangat...berpakaian serba ungu...kena dengan tema UiTM dihatiku hehe..insyaALLAH...semoga segalanya berjalan dengan lancar ^___^

Selasa, 25 Oktober 2011

berjalan kaki UiTM ke ICT

Assalamualaikum.....


Kat shah alam ni ICT amat familiar dengan student UiTM...tempat yang penuh dengan lampu3..tempat strategik untuk pasangan bercouple nak dating3 ish3..(cinta tu boleh , tapi ALLAH melarang lelaki dan wanita bukan mahram saling berdua-duaan ) ..saya pun dating jugak tapi dengan nur amalia hehe...my best frend.Masa mula-mula datang tu, tempat ni takde la menarik sangat juz banyak lampu-lampu je..Then bile kali kedua datang siap ade games ala-ala funfair..Saya dan nur Amalia siap naik perahu besar yang macam kat sunway lagoon tuh, sampai lia terjerit-jerit..saya cool je..memang selalu kalau men permainan camni sya cool..hehe..tak tau la nape sebab memang tak thrill lansung kowt...Saya sangat suka cabaran.......pasni aim nak pegi sunway lagoon lak..cube roller coster ..tengok kecut perut ke tidak..haha...adehh..asik berjalan jee...Nak dijadikan cerita..balik dari ICT kami berjalan kaki ke kolej melati :))



perhimpunan sejuta umat dan konvokasyen 2011

 Malam ni  mata tak terasa  nak tidur..bukan ape... tadi dan-dan telan 2 cawan kopi...akibat da give up..saya merancang untuk update blog...baru-baru ni saya berkesempatan menyertai perhimpunan sejuta umat di shah alam.. bermacam-macam tafsiran dibuat mengenai perhimpunan ini lebih-lebih lagi dikhuatiri ada kepentingan politik..wALLAHulam...apa yang saya nak komen disini...saya tak berapa nak dengan ucapan yang dibentangkan memandangkan keaadaan di stadium shah alam agak bergema..Apa-apa pun tahniah buat pihak penganjur kerana berjaya menyatukan umat islam untuk bekerjasama memikirkan apa sebenarnya   tanggungjawab setiap individu  muslim untuk membendung gejala murtad yang kian parah di Malaysia.

hari rabu ini, 27 october 2011 adalah hari yang amat bersejarah bagi saya sebab saya KONVO!! hehe..tapi mama dan abah tak dapat hadirkan diri sebab ade hal lain yang lebih utama..terpaksalah saya konvo sorang3 huhu... (jeles tengok kawan3 dapat bunga n bear dari insan tercinta) tapi takpela saya redha..mungkin KONVO tyme degree t merupakan kenangan yang terindah buat saya,,, insyaALLAH :))



Jumaat, 21 Oktober 2011

imam muda asyraf

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Alhamdulillah baru kini berkesempatan  mencoretkan sesuatu di blog kesayanganku.tempat ku “mereleaskan tension”  hehe.. semalam saya berkesempatan menghadiri sesi ceramah bersama imam muda asyraf., yang bertajuk semakin hari semakin cantik.alhamdulillah pengisian yang amat menarik..terutamanya mengenai :

7 golongan yang mendapat naungan ALLAH di akhirat kelak..

a) Pemerintah yang adil
b) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya
c) Orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid
d) Dua orang yang berkasih sayang kerana ALLAH, di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan ALLAH
e) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada ALLAH!"
f) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya
g) Orang yang menyebut atau mengingati ALLAH dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal ALLAH.


Selain itu juga turut diselitkan persoalan cinta…
Mampukah seorang adam dan hawa memendam rasa cinta?


Imam muda asyraf menjawab :


Cinta itu fitrah dan mencintai itu tidak salah, cinta boleh jadi salah apabila kita mencintai seseorang sehingga lupa dan lalai terhadap ALLAH s.w.t serta melakukan perkara yang dimurkainya (seperti berdua-duaan). Yang menjadi masalahnya sekarang ialah naluri seorang wanita itu tidak tergamak. ( pujuk rayuan dan sebagainya) .manakala lelaki tidak..Sebab itu seorang wanita kena kuat mempertahankan maruahnya.Dalam soal jodoh kita boleh sentiasa meminta supaya ALLAH percepatkan.Soal jodoh bukan hanya tunggu dan lihat, Tapi kita kena cari jodoh itu..Mana mungkin jika kita tidak kenal seseorang itu akan terbit rasa cinta dan sayang.. Rasa cinta itu boleh dikurangkan dengan menyibukkan diri dengan aktiviti berpersatuan dan sebagainya (lebih kurang melaui catatan yang dibuat kalau salah sila betulkan saya).




wALLAHulam…tak sangka degree sungguh memenatkan…I have lost 4kg daripada berat masa diploma..lama-lama tinggal tulang kalau berterusan sebegini T__T

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye