Isnin, 28 Februari 2011

inna maal usri yusra



Perjalanan hidup yang penuh ranjau….
Wahai diri yang lemah..tatkala dirimu diuji, hadapkanlah dirimu kepadaNYA..
Pencipta sekalian alam…
Ya...sungguh sakit apabila sang derita menyerang…
Namun ingatlah bahawa diri ini sebenarnya milik ALLAH..
yang mencipta kamu..
Redha dan sabar ats ujianNYA..
sesungguhnya telah dijanjikan  keatasmu…“inna maal usri yusra”,

 "Sesungguhnya beruntunglah mereka yang beriman. (Yaitu) mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang berpaling dari (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna. Dan mereka yang mengeluarkan zakat. Dan mereka yang menjaga kehormatannya. Kecuali terhadap isterinya atau hamba sahayanya, maka mereka tidak tercela. Barangsiapa mencari diluar daripada itu (zina dsb), adalah mereka yang melampaui batas. Dan (sungguh beruntung) mereka yang memelihara amanah dan menepati janjinya. Dan mereka yang memelihara solatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Yakni yang akan mewarisi Syurga Firdaus, mereka kekal didalamnya."

(Surah Al Mukminun: 1-11)

Rabu, 2 Februari 2011

Ibnu Majah Akhlak mulia


Akhlak yang paling mulia adalah menyapa mereka yang memutus silaturahim, memberi kepada yang kikir terhadapmu, dan memaafkan mereka yang menyalahimu.

(HR Ibnu Majah)

100 cedera protes di MESIR



Pertempuran telah berlaku diantara protestant pro-dan anti-kerajaan di Kaherah ibu negara Mesir.
Penunjuk perasaan dari kedua-dua belah pihak melemparkan batu antara satu sama lain di Tahrir Square, pusat demonstrasi berlansungnya penentangan terhadap Presiden Hosni Mubarak. 
Al-Jazeera , melaporkan dari tempat kejadian, mengatakan bahawa lebih dari 100 orang cedera dalam pertengkaran tersebut .


pertempuran di Tahrir Square
more information:
from aljazeera.net


Clashes have broken out between pro- and anti-government demonstrators in the Egyptian capital Cairo.

Protesters from both sides threw stones at each other in Tahrir Square, the epicentre of ongoing opposition demonstrations against President Hosni Mubarak.

Al Jazeera correspondents, reporting from the scene, said that more than a 100 people were injured in the clashes and in a stampede that started when trouble broke out.
Earlier, witnesses said thousands of pro-Mubarak supporters had entered the square. Opposition groups said Mubarak had sent in thugs to suppress the protest.

Also in Cairo, Al Jazeera's Jane Dutton, said that "hundreds of anti-government supporters were running from the square, including many women and children".

Another Al Jazeera correspondent said men on horseback and camels ran into the crowds, as army personnel stood by. The correspondent added that more horses and camels are arriving into the square.

Al Jazeera's online producer in Cairo said rocks were continously being thrown from both sides.

He also said that tens of thousands of people from Mubarak's supporters are coming up to Tahrir square.

File 4812
"The army had barricades to block them off but they got through them and the army let them through.
"The people on horses are pro-Mubarak supporters, they are a very angry crowd looking for anyone working for Al Jazeera and for Americans. They are trying to get on the other side of the army tanks to get to the anti-Mubarak supporters. More and more pro-Mubarak supporters are coming in and for now the army is acting as a buffer."
Violence

Jane Dutton also said that security guards have also been seen amongst the pro-Mubarak supporters, and it may be a precursor to the feared riot police arriving on the scene.

Dutton added that a journalist with the Al-Arabiya channel was stabbed during the clashes.

Fighting took place around army tanks deployed around the square, with stones bouncing off the armoured vehicles. Soldiers did not intervene.

Several groups were involved in fist fights, and some were using clubs.  The opposition also said many among the pro-Mubarak crowd were policemen in plainclothes.
"Members of security forces dressed in plain clothes and a number of thugs have stormed Tahrir Square," three opposition groups said in a statement.

Selasa, 1 Februari 2011

hubungan hosni mubarak dengan israel



Israel hantar senjata untuk bantu Hosni

KAHERAH: Israel dilapor menghantar senjata untuk menyuraikan tunjuk perasaan untuk digunakan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, terhadap beribu-ribu penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan 30 tahunnya.

Menurut Rangkaian Hak Asasi dan Pembangunan Antarabangsa, pesawat Israel mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Mina Sabtu lalu dengan membawa kelengkapan itu. Ia melaporkan, pasukan keselamatan Mesir menerima kargo di atas pesawat Israel, termasuk gas untuk menyuraikan penunjuk perasaan yang dilarang oleh pertubuhan antarabangsa.

Sementara itu, parti pembangkang utama Mesir, Ikhwanul Muslimin semalam bersetuju untuk menyokong pemimpin pembangkang liberal, Mohamed ElBaradei sebagai jurucakap utama kumpulan pembangkang dalam rundingan reformasi.

Ikhwan mengumumkan keputusannya semalam ketika perarakan bantahan ‘sejuta orang’ berterusan di Kaherah.

Mohamed, 68, adalah bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa - AP

GEJALA PENGKID DI MALAYSIA

ilustrasi hubungan sejenis semata-mata

Apa tu pengkid ye? kenape wujud orang sebegini?  pengkid ni  berpakaian seperti lelaki .Kebiasaanya golongan pengkid gemar memakai baju  kemeja lengan pendek belang yang satu saiz lagi besar dari badan diorang,beserta seluar slack baggy. Then kalau nak  duduk atas kerusi tu, mesti duduk terkangkang* i mean tiru gaya lelaki duduk. Pengkid ni juga mempunyai teman wanita, yang pastinya cun dan cantik-cantik belaka..pelik kan?

Tapi kenapa ada diantara wanita ni sanggup berteman dengan pengkid? Adakah:


  1. mereka keluar sebagai kawan? Sebagai kekasih?
  2. pengkid mengayat power punya? Ya la, mereka mesti tahu macamana nak ayat PEREMPUAN sebab diorang pun PEREMPUAN sebenarnya.
  3. mereka pun lesbian juga?
  4. mereka dah nyampah dengan lelaki?
  5. mereka suka akan perhatian orang lain?
  6. gemar hidup secara bahaya (living dangerously)?
hari ni, di harian metro kecoh seorang wanita sanggup meninggalkan anak-anak dan si suami demi mengikut kekasih hati seorang pengkid.PENGKID? Cik starzz tertanya-tanya apa yang membuatkan ramai wanita yang cantik-cantik ni terpikat dengan dorang.Maklumlah sepanjang cik starzz duk kat UITM..penah juge terserempak dengan pasangan kapel dengan PENGKID ni..ish3..

LAPOR...Julia menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

KUALA LUMPUR: “Hubungan intim dengan pasangan sejenis menyebabkan saya sanggup mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak kami,” luah pengarah sebuah syarikat berusia 30-an yang hanya mahu dikenali sebagai Julia.
Selain melakukan hubungan terlarang, Julia menghabiskan wang ringgit dan harta benda lebih RM500,000 kepada seorang ‘pengkid’ sedangkan dia masih isteri orang dan mempunyai tiga anak kecil. 

Julia mendakwa layanan pengkid dikenali sebagai Az, 40-an, berasal dari utara tanah air itu membuatkan dia leka dan merasa disayangi lebih daripada kasih sayang dicurahkan suaminya. 
“Hubungan kami ibarat suami isteri apabila menghabiskan masa setiap hari sejak lima tahun lalu hingga saya mengabaikan tanggungjawab kepada keluarga.


“Disebabkan kealpaan menjalani kehidupan bersama Az yang bekerja sendiri, rumah tangga saya yang dibina bersama suami atas dasar cinta selama tujuh tahun lalu musnah,” katanya ketika di temui di Bangsar, semalam.
Menurutnya, hatinya terpaut dengan pengkid terbabit kerana memahami jiwanya dan pandai mengambil hati selain belaian romantik yang tidak diberi bekas suami. 

“Sejak mengenali pengkid terbabit, hidup saya berubah 100 peratus dan sanggup memberinya sebuah rumah bernilai lebih RM300,000 serta pelbagai barangan mewah lain sedangkan saya tidak pernah berbuat demikian pada anak-anak. “Kami mendiami kondominium di kawasan elit dan sentiasa bersama termasuk bertemu pelanggan, makan dan tidursekatil. Bagi saya, saat bersamanya ketika itu detik yang paling bahagia dan bermakna menyebabkan saya tidak mahu berpisah dengannya walaupun sedetik. 



“Saya juga tidak berpeluang menjenguk suami dan anak-anak kerana akan berasa ‘panas’ apabila berada di rumah sendiri dan mengikut segala kehendaknya,” katanya yang terpaksa menyerahkan hak jagaan tiga anak kepada ibunya. Katanya, semua perkara yang mahu dilakukan perlu mendapat kelulusan Az termasuk bertemu pelanggan lelaki dan jika ‘kekasihnya’ itu nampak dia bersama lelaki lain, dia akan diugut menyebabkan perniagaan dibinanya ada kalanya berdepan masalah. 

“Semua benda yang dilakukan perlu dirujuk kepada pengkid itu terlebih dahulu. Jika saya ingkar, dia akan memukul dan menendang saya sedangkan bekas suami tidak pernah melakukan perbuatan itu. “Saya juga wajib memberi wang saku kepadanya RM10,000 setiap bulan selain menaja kos pelancongan luar negara dan membeli barangan berjenama lain. Pendek kata, pengkid itu hanya memesan dan saya akan membayarnya,” katanya. 

Katanya, sejak menjalin hubungan, semua wangnya dipegang pengkid terbabit termasuk kad kredit dan kad bank. “Az juga marah jika saya mahu memberi wang kepada ibu di kampung kerana beranggapan hanya dia layak menerima wang saraan setiap bulan. “Sebelum ini saya pernah terfikir untuk menjauhkan diri daripadanya, tapi tak berjaya kerana berasa kasihan kepadanya dan kembali semula selepas sehari berpisah. 

“Saya tersedar sepenuhnya Julai tahun lalu selepas berubat dengan beberapa ustaz dan cuba menjauhkan diri daripadanya hingga menyebabkan dia tidak puas hati dan membuat pelbagai ugutan termasuk cubaan menjatuhkan perniagaan serta maruah saya,” katanya. 



Sejak meninggalkan pengkid itu, Julia berkata Az berusaha memusnahkan hidupnya hingga menimbulkan ketakutan menyebabkan dia membuat laporan polis tiga kali di ibu kota. “Saya harap dia tidak akan mengganggu hidup saya lagi kerana saya mahu kembali hidup normal. Cukup saya menghambakan diri kepadanya sehingga tersasar daripada landasan agama. “Apa yang saya tahu, Az kini sudah menemui cinta baru dengan seorang wanita kaya untuk dijadikan mangsa. Dia dan rakan-rakannya sanggup mengikis harta wanita kaya untuk kepentingan diri,” katanya.




HOSNI MUBARAK TIDAK AKAN BERUNDUR




Mubarak tidak akan  mencalonkan diri untuk pilihanraya yang akan datang. 
Presiden Mesir tersebut berucap dalam pidato yang beliau akan mengundurkan diri pada pemilihan berikutnya, tetapi akan tetap tinggal dipejabat sampai saat itu.
Modifikasi terakhir: 1 Feb 2011 21:13 GMT

 
Pengumuman Mubarak muncul setelah lapan hari  berlakunya protes nasional [GALLO / Getty]
Hosni Mubarak, Presiden Mesir, mengatakan dalam ucapan televisyen bahawa beliau tidak akan terlibat dengani pilihanraya seterusnya tapi akan tetap tinggal di pejabat sampai saat itu.

Pemilihan presiden berikutnya dijadualkan untuk September.



anda juga mungkin meminati:
/protes-rakyat-mesir-hanya-propaganda.

Hasan Al-Bashri dosa


Janganlah Anda merasa aman dari bahaya dosa-dosa yang Anda lakukan, karena sesungguhnya Anda tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa Anda tersebut atau tidak.

(Hasan Al Bashri)

protes rakyat MESIR hanya propaganda israel US

HOSNI MUBARAK AND OBAMA
BENARKAH???








Salam,
Inilah pendapat saya sebagai seorang anak muda..
jika tersinggung atau tidak dapat menerima apa yang saya tulis, harap ia dapat di maafkan..

Apa yang berlaku di mesir, bukan la satu kebetulan, malah ia sudah di rancang dengan begitu rapi sekali tanpa disedari oleh sesiapa pun kecuali mereka - mereka yang berkerja di belakang 'pintu'.

Mubarak sememangnya adalah sekutu rapat US dan beliau adalah kawan rapat dengan Israel. Kebangkitan rakyat mesir, adalah bukan terjadi dengan tiba - tiba, tapi ia sudah lama terpendam di dalam hati. US tahu/Israel tahu.

Ibarat, tayar yang lama, di tukarkan ke tayar yang baru. Itulah apa yang terjadi di mesir. US/Israel mahukan sesuatu yang segar di dalam cabang - cabang mereka, jadi sudah tiba masanya proses penukaran di lakukan.

Perkataan 'revolusi' 'kebebasan' dan 'harapan' adalah batu yang besar untuk menutup akan 'muslihat' dan 'tujuan' sebenar mereka - mereka yang berpengaruh dalam ruang kebangkitan rakyat mesir. Seperti peristiwa -peristiwa revolusi yang lepas, perkataan sebegini rancak digunakan untuk menaikkan harapan rakyat demi untuk menumbangkan sesuatu yang di impikan. Apa yang boleh saya katakan, jika mubarak undur, maka yang akan naik adalah 'daging yang segar' tetapi berkerja dengan tujuan yang sama seperti mana mubarak lakukan.

HOSNI MUBARAK AND ISRAELI

Dan rakyat mesir akan terus tertipu dengan diberikan 'perubahan' dan 'harapan' yang berkesan hanya buat seketika.


Ingat la, detik pemindahan kuasa dari 1 pihak ke 1 pihak sedang berjalan, hanya masa sahaja yang akan menentukan.

Revolusi, permainan media untuk menutup akan penipuan, laungan semangat - harapan semuanya hanya la dusta.

Selepas sahaja mubarak undur dan digantikan muka yang baru yang berkerja dengan tujuan yang sama, akan timbul 1 kenyataan di mesir, yang konon nya berbaur 'Anti Israel/kebencian pada Yahudi' Akan terjadi.

Dan dengan itu, Israel akan lebih menguatkan pertahanannya, dan bakal mengambil alih kuasa besar dunia secara 'pelahan - lahan'.

Tidak percaya? Tunggu dan lihat, itu sahaja saya mampu berkata.

egyptian PROTESTANT SOLAT on TAHRIR SQUARE images

Egyptian anti-government protesters pray at Tahrir Square in downtown Cairo January 31, 2011. Protesters intensified their campaign on Monday to force Egypt’s President Hosni Mubarak to quit as world leaders struggled to find a solution to a crisis that has torn up the Middle East political map







PERHIMPUNAN 1 JUTA RAKYAT MESIR

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Al-Jazeera.net/saluran astro 513


umum tidak mengetahui bilakah akan berakhirnya protes menggesa presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.Apa-apa pun sama-sama kita nantikan kemuncak perhimpunan 1 juta rakyat Mesir pada hari selasa ini.

Himpunan jutaan rakyat Mesir Hari Ini

KAHERAH 31 Jan. – Penunjuk perasaan Mesir hari ini menyeru supaya rakyat negara ini melancarkan mogok dan mengadakan perhimpunan berjuta-juta orang di Kaherah esok (1 Febuari)bagi meningkatkan gesaan menuntut perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.
Seorang penunjuk perasaan yang juga penganjur, Eid Mohammed berkata, mereka memutuskan untuk melancarkan mogok umum dan perhimpunan seramai berjuta-juta orang esok.
Pelancaran mogok itu buat pertama kalinya diseru oleh pekerja di bandar Suez lewat semalam.
“Kami akan menyertai pekerja Suez dan memulakan mogok umum sehingga permintaan kami ditunaikan,” kata seorang lagi penganjur protes, Mohammed Waked.
Di Dataran Tahrir, Kaherah, beratus-ratus penunjuk perasaan berkampung sepanjang malam tadi dalam usaha untuk mengekalkan momentum demonstrasi besar-besaran di negara ini dalam tempoh tiga dekad.
Mereka bertegas untuk tidak berganjak sehingga Mubarak meletak jawatan.
Sementara itu, Mohamed ElBaradei lewat semalam memberitahu sejumlah besar penunjuk perasaan di Dataran Tahrir bahawa mereka kini sedang menuju ke era baru.
“Kita adalah di pihak yang benar, kekuatan kita ialah pada jumlah yang menyertai protes ini. Saya minta anda bersabar kerana perubahan akan tiba.

“Kita perlu berkorban jiwa dan darah untuk negara,” kata beliau sambil disambut oleh penunjuk perasaan dengan berteriak ‘Rakyat mahu gulingkan Presiden’. - AFP

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye