Merenung jauh ke dasar hati..sungguh perit ujian itu….luka
di hati tak siapa yang tahu..kekalutan
di jiwa Zinnirah cuba disembunyikan dengan senyuman dan gelak tawa yang
ternyata dibuat-buat….
Arggghhh…
Dalam keresahan dia mengeluh…Agak perit ujian kali ini….
“inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” kalimah yang sentiasa
bermain difikiran…sungguh dia tahu ujian keperitan itu lumrah kehidupan yang
sementara.Sungguh dari ALLAH kami datang kepadanya jua kami akan kembali
“ujian tanda ALLAH sayang, beruntunglah bagi mereka yang
sabar ” kata-kata kak Laila bermain difikiran..” sungguh kita hanya hamba layak
diuji” sambungnya lagi..
Kata-kata semangat itu sengaja diulang ulang ke dalam minda
untuk menenangkan kembali fikiran yang tadinya kusut..”Ya aku insan terpilih
hari ini..ALLAH sayang padaku, inshaa ALLAH”..
Demi sesungguhnya, kamu akan diuji
pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari
orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang
yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam
pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian
itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).
surah al imran ayat 186
Jiwanya kembali tenang, lantas bergegas menyiapkan segala
tugasan yang telah diamanahkan.Sem ini
agak berat baginya.Masakan tidak, agak “busy” dengan “Final Year
Project” tambahan pula dengan tugasan luar yang agak mencabar serta memerlukan
komitmen yang agak tinggi..”ALLAH…tiada kekuatan melainkan dariMU semata” getus
hatinya..Dengan keazaman yang ada untuk mencapai cita-cita langkah itu mesti
diteruskan jua..
Pernah ditanya apakah matlamatnya dalam hidup ..dengan
tenang dia menjawab…untuk bertemu ALLAH dengan jiwa yang bersih mengharap redha
dan cintaNYA…ya, matlamat itu bukan semudah yang diperkatakan…pelbagai onak
duri dan ranjau berliku perlu ditempuh sebagai tapisan dari ALLAH..
Tapisan itu berjalan setiap hari….maka untuk meraih redhaNYA
perlulah berusaha mentaati segala perintahNYA dan meninggalkan segala
laranganNYA….Walaupun kadang-kala ujian itu menyebabkan jiwa hamba tergelincir
ke lembah dosa..selagi ada masa, masih sempat untuk perbetulkan segala
kesilapan..”Ya..masa masih ada…hargailah masa anda!” ..Hatinya menjerit
bagaikan mahu melepaskan sesuatu dari cengkaman kekalutan jiwa..
Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi….matanya masih
segar..inilah masa yang terbaik untuk muhasabah diri…sungguh dia malu..dia malu
apabila memikirkan detik pertemuannya dengan ALLAH kelak ….Pencipta yang amat
dia rindukan….entah mengapa dia begitu khuatir yang ujian kali ini mungkin akan
membuatkannya jauh dari redha ALLAH….astagfirullahalazim!.... ALLAH maha
pengampun!!…..
Selangkah demi selangkah…begitu hikmah ALLAH mentarbiah
dirinya..Dia sedar tanpa ALLAH siapalah dia…hanya insan hina yang tak punya apa-apa..malah
sejak dari bangku sekolah lagi dia seringkali jadi bahan ejekan..Kini suasana
ternyata berbeza…benarlah firmanNYA “setiap dari kesusahan itu ada kemudahan”..Dia
sendiri tak pernah menyangka akan berada di kemuncak ini..Namun di tahap mana pun
dia berada, semuanya hanyalah ujian belaka…kesusahan suatu ujian..kesenangan
juga suatu ujian..
Dia teringat pada kisah nabi Ayyub alihissalam..pada awalnya
baginda diuji dengan kesenangan harta serta anak-anak…Namun baginda tetap
mengingati ALLAH serta mengerjakan solat..Kemudian Iblis laknatullah telah
memohon kepada ALLAH untuk menguji baginda dengan penderitaan sehingga
diceritakan, segala harta benda telah binasa, dipulaukan oleh kaum kerabat,
kesemua anaknya mati serta dihinggapi penyakit misteri yang menyebabkan baginda
hanya mampu terlantar di pembaringan..ALLAH…Namun baginda tetap utuh mengingati
ALLAH siang dan malam….betapa hebatnya tahap kesabaran baginda…subhanALLAH..
“HAH” sergah Farhana, teman sekuliahnya “Jauh termenung,
sedang memikirkan buah hati kah?” guraunya lagi. “Ish Hana ni, bukan Hana tak
kenal Irah, takda maknanya”..Jawab
Zinnirah ringkas. “Bukan apa, jauh irah termenung….macam ada sesuatu yang tak
kena ja”..tanya Farhana lagi “Takda apa-apa kak Hana ku sayang..Irah hanya memikirkan masa depan “ jawab Irah
sambil tersenyum..
Sejujurnya dia amat mengagumi kak Hana, seniornya di universiti
ini yang banyak memberi tunjuk ajar
serta pengalaman yang berguna dalam
menjalani hari sebagai seorang pelajar.Kak Hana seorang yang hebat dalam
berkata-kata.Hebatnya dia setiap kali dia bersuara , kata-katanya bukan sahaja seolah-olah menusuk ke dalam kalbu, malah ada
diantara pendengar yang tak semena-mena mengalirkan air mata..
Bersambung.......
tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia
< created by NURAZIELA HUMAIRA>