Ahad, 27 Januari 2013

Istimewa telaga zam zam buat umat ISLAM



Telaga zamzam adalah sebagaimana telaga biasa, tetapi mempunyai riwayat yang tersendiri. Sejarahnya adalah berhubung kait dengan sejarah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim ) yang datang ke Makkah. Mengikut asal mula riwayat telaga ini adalah seperti berikut; Nabi Ibrahim a.s. mempunyai dua orang isteri; Siti Sarah dan Siti Hajar (ibu Nabi Ismail).

Pada satu ketika terjadi pertelingkahan antara kedua isteri tersebut sehingga Siti Sarah bersumpah tidak akan tinggal bersama-sama ibu Ismail dalam satu negeri. Kemudian turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim supaya baginda bersama-sama anak dan isterinya (Ismail dan Hajar) pergi ke Makkah. Di waktu itu Makkah belum didiami manusia, hanya merupakan lembah pasir dan bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air.

Apabila mereka tiba di Makkah, mereka tinggal di bawah sepohon pokok yang kering. Di tempat inilah bangunan Kaabah yang ada sekarang. Tidak berapa lama, kemudian Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dengan dibekalkan sekantong kurma dan sekibah air.
Siti Hajar memerhatikan sikap suaminya yang menghairankan itu lalu bertanya ;

"Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?"
"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini ? ".
Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata jua pun.
Siti Hajar bertanya lagi;
"Adakah ini memang perintah dari ALLAH ?"
Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".

Mendengar jawapan suaminya yang ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. 
Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.
Selang beberapa hari, air yang dibekalkan Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit sofa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (kali terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. 

Alangkah terkejutnya, bahawa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air zam-zam. maka ALLAH mengeluarkan air dari bumi yang terpukul-pukul oleh kaki Ismail. Melihat itu, Siti Hajar segera minum dan kemudian menyusui bayinya  Ismail. 
Di sini Siti Hajar bertemu dengan Malaikat Jibril dan Jibril mengatakan kepadanya, " Jangan khuatir, di sini Baitullah ( rumah ALLAH ) dan anak ini (Ismail ) serta ayahnya akan mendirikan rumah itu nanti. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya".

Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, 
" Dari Ibnu Abbas r.a. katanya,Rasulullah s.a.w bersabda: 
"sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". 
Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.

Telaga zam-zam digali semula oleh Abdul Mutalib (datuk RASULULLAH S.A.W)

 Telaga Zam-zam adalah telaga pusaka Nabi Ismail as. Malangnya ia telah tertimbus sejak kaum Arab Jurhum berpindah keluar dari mekah. Perkara itu berlaku terlalu lama hingga tiada sesiapa yang tahu dimana lokasi telaga itu berada.
Pada satu hari ketika Abdul Muttalib hanya mempunyai seorang anak lelaki iaitu al_harith, bermimpi didatangi satu suara memanggil-manggil beliau. dan memberi perintah kepada beliau.
“Wahai Shiekh yang besar galilah telaga Zam-zam.”
Abdul Muttalib bermimpi hingga beberapa kali dengan mimpi yang sama kecuali dengan sebutan nama telaga Zam-zam yang berbeza iaitu Barrah, dan Madnunah.
Sedikit info : Pendapat Ahli bahasa mengatakan Zam-zam bermaksud kenyang tapi menurut ahli sejarah pula perkataan Zam-zam itu bermaksud kepungan. Ini kerana ketika peristiwa Siti Hajar datang kepada Nabi Ismail yang sedang menhentak-hentak kaki dimana keluarnya mata air memancar-mancar dari tanah di bawah kaki nabi Ismail itu, Siti Hajar ada berkata Zam-zam berulang-ulang kali yang bermaksud kepung air itu. Boleh jadi kedua-duanya betul.

Gambar Telaga Zam-zam 

Setelah beberapa kali Abdul Muttalib didatangi mimpi yang menyuruhnya menggali telaga itu. Akhirnya mimpi terakhirnya memberitahu lokasi telaga itu. Dengan tidak membuang masa Abdul Muttalib pun pergi ke lokasi yang disebut dalam mimpinya itu bersama-sama anaknya al-Harith. Sesampainya mereka berdua di situ iaitu diantara berhala Isaf dan Nailah (berhala yang disembah oleh arab jahiliyyah) , kedengaran lagi suara yang sama dalam mimpi Abdul Muttalib itu menyuruh beliau mula menggali di atas tanah antara dua berhala itu.


Maka mulalah mereka berdua menggali , tiada sesiapa pun dari masyarakat disitu yang datang menolong kerana bagi mereka usaha Abdul Muttalib dan anaknya itu hanyalah usaha yang sia-sia.
Setelah bertungkus lumus menggali, Abdul Muttalib pun ternampak pintalan emas dan bilah-bilah pedang kepunyaan Mudhadh bin Amru al-Jumhumi. Amat gembiralah Abdul Muttalib atas kurniaan Allah itu Dengan adanya telaga itu tugas untuk menyediakan air untuk para jemaah haji akan menjadi lebih mudah.



Keanehan Air Zam-Zam 
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum




Gambaran Kedudukan Paras Air



Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.


Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.


Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.


Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).


Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.


Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.


Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.


Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.


Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.


Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.


Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya. 




Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:

“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.


Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.


Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar. 

Air Zamzam Mengandungi Zat Anti Kuman 

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.


Oleh kerana itu bila dikaji, jamaah haji tidak dijangikiti atau menghidapi penyakit yang kronik walaupun mereka berkumpul dan berhimpit-himpit dengan berjuta-juta manusia dari beratus-ratus buah negara di dunia. Ketika penularan penyakit H1N1, AIDS, Selsema Burung dan berbagai jenis penyakit yang merbahaya lain, jamaah haji tidak menghidapinyanya.

Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.


Nabi S.A.W. menambahkan: 
“Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. 
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.


  1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
  2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
  3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. 
  4. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
  5. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.


Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.


SUMBER :
http://www.al-azim.com/haji/Telaga_ZamZam.html
http://ustaznaim.blogspot.com/2012/11/telaga-zamzam.html
ENSIKLOPEDIA MUSLIM
http://muhdhazrie.com/tag/penggalian-telaga-zam-zam-oleh-abdul-muttalib/

Apa itu KEIHKLASAN ? bagaimana untuk IKHLAS ?

Rasulullah SAW. bersabda,"
"Sesungguhnya ALLAH tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah."
(HR Abu Daud dan An-Nasa'i)

Ikhlas, Lillahi taala, hanya untuk ALLAH.

I


Ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan menharapkan keredhaannya tanpa mengharap faedah, nama, gelaran, pangkat, sanjungan, kedudukan duniawi.

Ikhlas ialah apabila seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH dan takut kepada kemurkaan-Nya.

Ikhlas adalah niat semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung perintahNya, kerana mengharap redhaNya, kerana mengikuti arahanNya, kerana mentaatiNya dan kerana patuh padaNya. KeranaNya yang satu. Tujuannya hanya satu dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain ALLAH. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.


Ikhlas sukar untuk dinilai. Ini adalah kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia ALLAH yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita. 

Tetapi walaupun ia rahsia, namun ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk kita mengukur hati kita dan berusaha agar benar-benar ikhlas.

Caranya ialah apabila orang puji atau keji pada kita, kita rasa sama sahaja. 
Pujian tidak membanggakan dan kejian tidak mengecewakan kita. Itulah antara tanda ikhlas. 
Bagi orang yang beramal dan melakukan kebaikan, tidak mengharapkan pujian dan tidak berkesan segala kejian itulah ikhlas. 
Bagi orang yang ikhlas, mereka tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan ALLAH. 



Pernah suatu ketika di dalam peperangan, Sayidina Ali k.w.j diludahi mukanya oleh seorang musuh, terus dilepaskan peluang untuk membunuh musuh tersebut. Bila ditanya kenapa dia melepaskan musuh tersebut sedangkan musuh itu telah meludah mukanya. Maka dijawab oleh Sayidina Ali, “Aku takut kalau-kalau pukulanku sesudah ludahnya itu adalah kerana aku marah dan bukan kerana ALLAH.” Demikian contoh orang yang ikhlas yang sanggup mengenepikan kepentingan diri dalam usaha mencari keredhaan ALLAH.

Inna solaa ti wa nu suki wamah yaa ya wa mamaa ti lillahi rob bil 'a lamin


Firman Allah, 
"Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. 
(Al-An'am: 162) 


SUMBER :
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2011/12/ikhlas.html

Sabtu, 26 Januari 2013

Doa memohon cinta ALLAH



‎"Ya ALLAH, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu
dan cinta orang yg mencintai-Mu serta cinta yg
dapat mendekatkan aku kepada cinta-Mu.

Ya ALLAH, apa saja yg Engkau anugerahkan
kepadaku daripada apa yang aku cintai, maka
jadikan ia kekuatan untukku mencintai apa yg
Engkau cintai. Dan apa saja yg Engkau
singkirkan daripada apa yg aku cintai, maka
jadikan ia keredaan untukku dalam mencintai
apa yang Engkau cintai.

Ya ALLAH, jadikan cinta-Mu sesuatu yang paling
kucintai daripada cintaku kepada keluargaku,
hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya ALLAH, jadikan aku mencintai-Mu, mencintai
malaikat-Mu, rasul-Mu dan hamba-Mu yang
soleh.

Ya ALLAH, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu
dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yg
Engkau cintai.

Ya ALLAH, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan
segenap cintaku dan seluruh usahaku demi
keredhoan-Mu".♥♥♥

[Hadith At-Tirmizi dlm Jami' al- Sahih,
Rasulullah s.a.w bersabda: Inilah doa yg biasa
dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s]
 

Isnin, 7 Januari 2013

jom kongsi amalan yang mengantarkan kita kearah redha ALLAH

Assalamualaikum duhai pembaca sekalian ^__^


  • Dari kak ira yang saya kasihi

    Wahai hamba ALLAH,bila engkau meminta kepada ALLAH disaat dekat dengan-Nya,mintalah agar Dia memperbaiki semua yang ada pada dirimu.Berdoalah,"Ya Allah,perbaiki semua keadaanku!"Mintalah kepada Allah agar Dia memperbaiki keadaanmu disertai perasaan redha terhadap semua ketetapan-Nya.Yakni dengan kepasrahan dan sikap rela terhadap Qada' dan Qadar-Nya~Ibni Atha'ilah al-Sakandari



    • mulakan hari dengan bismillah
      niatkan ingin buat kebaikan
      solat dhuha dan istikharah kalau boleh jangan tinggal
      istikharah memandu kita ke arah redha ALLAH
      andai kita tersadung atau gagal moga ianya dalam redha ALLAH
      antara surah kegemaran akak surah alfath
      sebolehnya akak baca tiap2 hari
      agar Allah memudahkan urusan dan memberikan kekuatan dan kemenangan 
      try dengar ceramah dr.muhaya
      kita akan melihat dunia ini dengan lebih indah
      biarpun ianya terasa sangat sukar
      "one hour leave"
      andaikan satu jam je kita tinggal
      pasti kita cuba wat terbaik untuk jam terakhir tu
      anggaplah waktu yg kita ada
      adalah jam terakhir kita
      ingatan untuk akak jugak
      kita cuba yg terbaik
      insyaALLAH selagi ada masa


      Perkongsian kak shu yang dihormati,

      amalkan solat dhuha dan istikharah setiap hari
      kalau boleh tahajjud jangan tinggal
      amalkan surah al-waqiah
      jangan lupa besedekah...bila mana ke masjid atau ke surau cari tabung dulu untuk bersedekah walapun 10sen je ada ketika itu, 
      juga kerana peminta sedekah dan orang yang memerlukan.
      sebab rezeki yang kita ada ni ALLAH yang bagi, jadi jangan kedekut



      perkongsian nabilah yang disayangi,

      amalkan ayat terakhir surah at-taubah,
       7 kali pagi dan 7 kali petang, 
      agar dipermudahkan segala urusan
      amalkan mathurat setiap hari


      inshaa ALLAH sesiapa ada nak share bolehlah tinggalkan komen anda disini :)

    Sabtu, 5 Januari 2013

    pembaziran ilmu Ibnu al-Qayum al-Jauziah


    Ibnu al-Qayum al-Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:



    1. Pembaziran ilmu pengetahuan - 
    iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.



    2. Pembaziran amalan - 
    iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

    3. Pembaziran kekayaan - 
    iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah SWT.

    4. Pembaziran hati -
     iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah SWT.

    5. Pembaziran tubuh badan -
     iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT.

    6. Pembaziran cinta - 
    iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

    7. Pembaziran masa - 
    iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

    8. Pembaziran akal -
     iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

    9. Pembaziran zikir -
     iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

    #Semoga nasihat ini memberi manfaat kepada kita semua.

    tiadalah diharapkan........

    ALLAH....maafkan ana.....ana tau ana salah......
    demi masa yang telah ENGKAU tetapkan buatku di dunia ini.....
    ana nak lakukan yang terbaik.....
    kelak ana akan kembali kepadaMU ALLAH yang amat kurindui dan cintai...
    ana takut sangat....ana khuatir akan PERTEMUANKU...DENGANMU...
    tiadalah ana harapkan selain ini...
    walaupun ana sentiasa tergelincir menurut rasa hati yang membinasakan..,.
    Namun ana tetap ingin merinduiMU dan mencintaiMU..
    di setiap degupan jantung dan hela nafasku.............
    jauhkan ana pada cinta dunia yang tiada berkekalan hingga menggelisahkan hati ana........
    ALLAH....
    sandaran hati, ya WADUD, 
    ya AR-HAMAR RAHIMIN, 
    jangan biarkan kami sepi tanpa cintaMU :(

    AMALAN WANITA SOLEHAH

    6 PESANAN UNTUK WANITA.

    1. Jaga solat pada awal waktu.

    2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
    Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
    Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
    yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

    3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
    mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
    Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
    tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

    4. Mendidik anak secara Islam.
    Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
    Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
    makan dan sebagainya.

    5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
    Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
    syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
    masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
    kepada Allah swt atas wanita tersebut.

    6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
    Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
    di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
    solat dia sendiri.


    Mudahan-mudahan ulasan ringkas ini bermanfaat. Muzakarahlah
    bersama teman wanita lain supaya hakikat amalan ini masuk
    dalam hati kita dan mudah nak amalkan.

    ♥ Bagi yang ingin mendapatkan petua atau tips dalam kehidupan berumahtangga atau keluarga dan anak-anak, anda boleh klik LIKE ( Keharmoniaan Rumahtangga Dan Keluarga Muslim ) Syukran ♥

    Selasa, 1 Januari 2013

    deactivate FB


    Akhirnya ana deactivate FB..... 
    focus study, inshaa ALLAH bitaufiq wa najah..
    Nuraziela humaira....kamu mesti belajar jadi serius ....
    .kurangkan gurauan /manja n banyak main!
    impossible is nothing
    T__T
    u can do it!!
    terima kasih ALLAH atas teguran
    i love u ALLAH so3 mmuch
    lagi satu ana nak jaga hati ana
    yang tak berapa nak tenang sekarang ni
    ana pun pelik kenapa ana rasa macam ni
    ALLAH..kenapa dengan ana sebenarnya?
    debaran demi debaran
    dan ana dah cuba sedaya upaya untuk mengawalnya
    susah nak mendidik hati
    sebab tu ana WAJIB tarbiyyah diri ana
    tegas dengan diri sendiri
    kelemahan ana paling ketara, ana tak tegas n tak pandai nak marah-marah orang
    kalau ana marah , ana prefer nangis je..
    then baru ana ok
    ana perlukan sangat3 sahabat2 yang tegas dengan ana..
    kerana bagi ana , ketegasan adalah  tanda kasih sayang


    MENUJU WAWASAN

    Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
    Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat
    Kuat usaha jujur dan amanah
    Sentiasa mengharapkan keredhoan ALLAH

    umat islam harus cemerlang hari
    ini mesti lebih baik dari semalam

    Jangan buang masa
    siapa kata kita tidak boleh
    kita ada Allah maha kuasa
    kita punya kuasa tenaga
    doa sebagai senjata
    umat islam sentiasa boleh

    umat islam zaman lampau
    taat perintah Rasulullah
    bersama berusaha bersatu tujuan wawasan
    wawasan dunia dan akhirat

    aqidah ibadah harus sempurna
    ibadah tanpa aqidah wawasan syaitan
    ulama' warisan ambiya'
    pegangan mereka harus diikuti
    ajaran sesat wajib hindari

    umat islam harus cemerlang hari ini
    umat islam sentiasa boleh

    akhirnya islam cemerlang seluruh dunia


    LILLAHI TAALA....
    teguran ALLAH itu membuktikan betapa sayangnya ALLAH buat hamba-hambaNYA 
    ^__^

    love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye