Sabtu, 17 September 2011

Fasa membiasakan diri

Alhamdulillah dah seminggu memulakan kehidupan di uitm shah alam..alhamdulillah ya ALLAH kerana mempermudahkan segala urusanku, menempatkanku bersama roomate yang baik hati farah, atie dan syida..jua tidak lupa kepada ex-roomate yang dikasihi lia dan sha yang bilik dorunk kat sebelah je.. course yang sama pula tu..tak sangke…Cuma matlamat kedua masih belum tercapai untuk aktif dalam  aktiviti bepersatuan..kak na dah ingatkan supaya cari pengisian ilmiah kat sana melalui kak fiza…insyaALLAH…saya akan cuba yang terbaik…

Kehidupan di uitm shah alam jauh berbeza berbanding ketika berada di jengka, mana taknya suasana kekampungan ke suasana kebandaran..Senior3 sendiri  pernah cakap di uitm shah alam amat social , perlu pandai jaga hati dan iman..tahu tujuan dan matlamat asal…hurm…insyaALLAH…saya harap dapat rapat dengan seseorang yang mengajak untuk menyertai program ilmu ..sebab saya tahu banyak yang masih perlu saya pelajari dalam meniti usia mematangkan diri..

Sebagai pemangkin kejayaan..seandainya saya Berjaya mencapai dekan, insyaALLAH abah akan hadiahkan myvi..saya akan cuba sedaya sedaya upaya untuk ANC (Anugerah Naib Canselor) ,tiada apa yang mustahil, setelah berusaha,,,kerana saya yakin demi kekuasaan ALLAH yang menciptakan segalanya..tiada yang mustahil bagi ALLAH..ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubahnya sendiri.ALLAH adalah punca segala kebaikan sama ada rezeki, jodoh dan sebagainya jua punca segala keburukan seperti penderitaan kesedihan atau sebagainya,,,, Setiap keburukan dan kebaikan yang didatangkan ada hikmah dan manfaatnya yang tersendiri.Tak perlu kita bersedih hati, kerana kehidupan ini hanya sementara, hanya pinjaman yang pasti akan kita pulangkan kepada PEMILKNYA suatu masa nanti..Saya menasihati diri saya sendiri, saya akui..setiap yang kita utarakan atau sampaikan  pasti akan diuji olehNYA,,untuk menguji sejauh mana tahap keimanan  serta kekuatan kita…Saya hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari melakukan dosa saban hari..Namun begitu ALLAH itu maha pengampun lagi maha mengasihani…Masih memberikanku peluang untuk bertaubat..

Atas kesedaran itu, saya ingin melakukan yang terbaik dalam hidup saya…kalau boleh saya tak nak sia-siakan peluang yang ALLAH berikan ini…mengejar ilmu dunia dan akhirat…Dengan harapan apabila tiba saat nikmat nyawa ini ALLAH minta pulangkan, saya sudah cukup bersedia menghadap ALLAH dengan hati yang bersih…tapi siapalah saya, hamba yang hina ini mengaharapkan  sejuta kebaikan andai diri ini tidak berusaha kearah itu, masih terasa diri dalam fasa kebudak-budakan? Ada hikmah mengapa ALLAH ciptakan hambaNYA sedemikian rupa…kerana ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita…wALLAHualam..ya ALLAH matikanlah kami dengan pengakhiran yang baik… Husnul Khatimah..Amin ya rAbbal A’lamin…



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Subhanallah.. Gambar depan fakulti ana.. (^^)

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye