assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ...
mintak maaf pembaca-pembaca sekalian kerana sudah lama saya tidak mengupdates blog ni,
alhamdulillah hari ini,saya terbuka hati lagi untuk mengepos hehe...
baru-baru ini saya berkesempatan untuk bercuti di rumah aishah di shah alam, Pada mulanya saya agak pening memikirkan adakah keluarga akan memberikan kebenaran, kerana selama ini saya belum pernah lagi bermalam di rumah orang tanpa mereka, apatah lagi ke rumah sahabat...tapi Alhamdulillah,mereka membenarkan, mungkin mereka merasakan anak gadis mereka ini sudah semakin besar dan boleh membawa diri hehehe...thanx abah and mama, may ALLAH bless u...
hurm..."cantikk!!" itulah first impression apabila pertama kali menjejakkan kaki di rumahnya...kawasan yang tenang,bersih dan yang paling penting dikelilingi taman permainan...tapi pada masa yang sama,hati ini tidak dapat membendung kerinduan terhadap family..ada kalanya termenung mengenangkan mereka termasuk yang berada jauh di perantauan...
malam itu,kami menjamu selera di kedai mamak..hurm kalau mama tau ni, mesti tak bagi makan kat situ, saya order ais krim g0reng dan meggi g0reng, dan cube sedaya meyakinkan diri tukang masakknya memang betul3 ISLAM...hehe...tenang je suasana malam tu...teringat lagi detik bersembang dengan lia, aishah dan adik Faris..begitu rancak kami berbual..
Keesokan harinya, kami berehat-rehat di rumah sambil menonton televisyen, membantu melipat gift, mengupas bawang, sayur-sayur untuk persiapan pertunangan kakak Aishah, kak Wani pada kees0kan harinya....
sedang melipat gift |
hantaran pihak lelaki |
berhampiran taman permainan |
kami sedang menonton televisyen |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan