ASSALAMUALAIKUM....
KALAU LAH RASULULLAH BERSAMA KITA WALAU SESAAT....
hurm...pernah bayngkn tak kalau baginda berade bersme ngn kite..dlm menghadapi alaf 21 ni yang penuh cabaran ni??..cuba kte lihat bagaimana keadaan umat baginda yang baginda sebut- sebutkn sebelum pergi menghadap ALLAH S.W.T..umat baginda yg terakhir sebelum terjadinya kiamat..
apakah perasaan baginda kalau baginda melihat keadaan kite di dunia ini??
HAPPY?SEDIH?MARAH?GEMBIRA?BERSYUKUR?KECEWA?
cuba kte bayangkan ntah3 skng ni baginda sedang melihat kite dari atas..wALLAHuallam..kemudian bayangkn seandainya baginda berada di sisi kte walaupun hnya untk seketika..wajahnya membwa NUR..yg mmpu menerangi hati-hati yg gelap gelita..RASULULLAH sesungguhnya, engkau bagai mentari yg menyinari bumi..
Bayangkan Rasulullah s.a.w berada di samping kita. Di kala kita kebuntuan, baginda sendiri datang kepada kita memberikan kata-kata semangat. Di kala kita sedih dan duka, baginda datang memujuk kita dengan senyuman manisnya. Di kala kita seronok dan gembira, baginda sendiri bersama-sama meraikannya dengan penuh kerendahan diri dan tawadhuk. Kerana itulah sifat baginda. YA ALLAH! AIR MATAKU SEDANG MENGALIR!!
Bayangkan Rasulullah s.a.w duduk bersama kita membincangkan masalah ummah. Baginda sentiasa mencetuskan idea dan pengalaman baginda berpandukan wahyu. Subhanallah! Bayangkan kita berada di samping beliau ketika wahyu diturunkan. Ya Rasulullah! Aku! Aku! Aku ingin membenarkanmu seperti mana kekasihmu Abu bakar membenarkanmu. YA ALLAH! PERKENANKAN AKU!!
Bayangkan Rasulullah s.a.w berdakwah bersama kita. Bagindalah pencetus semangat kita. Bagindalah pembakar jiwa kita untuk membawa manusia kembali mengabdikan diri kepada yang Esa. Bayangkan kita dapat lihat berapa ramai manusia yang mengucapkan syahadatain di hadapannya. Seterusnya mereka bersama-sama menyampaikan dakwah dengan penuh dedikasi dan tanpa banyak alasan. YA ALLAH! AKU RINDU PADANYA!!
Jika di waktu lapang, bayangkan kita bersama-sama makan dengan baginda serta tidak lari dari membincangkan masalah ummat. Sambil itu, kita bergurau senda dengan baginda. Kita dapat lihat dari wajahnya terpancar nur yang dapat menyejukkan hati bahkan api yang sedang membara. Kita juga dapat lihat senyumannya yang sungguh menghiburkan hati. Kata-katanya yang penuh lembut dan terkesan di jiwa. Apabila tiba waktu solat, kita berada di belakangnya, mendengar bacaan wahyu yang baginda perolehi dengan penuh khusyuk. Subhanallah! Subhanallah! Subhanallah!
(kata3 dipetik dari http://perjalananmusafeer.blogspot.com/2009/03/bayangkan-rasulullah-s.html)
'ALLAHumma salli `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama sallayta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid, ALLAHumma barik `ala muhammadin wa'ali muhammad, kama barakta `ala ali ibrahim, innaka hamidun majid..'
0leh yang demikian, mari kte renung3kan sejenak apa perasaan baginda apabila kte wt x tau je melihat kemungkaran ATAU KITA SENDIRI YANG MELAKUKAN KEMUNGKARAN??apakah agaknya perasaan baginda bler lihat kte lalai dalm melakukn suruhan ALLAH???oppps..bayangkan, saudaraku sekalian,( sudah pasti RASULULLAH akan berasa sedih dan kecewa melihat keadaan umatnya yang semakin lalai, sedangkan RASULULLAH sendiri sentiasa mend0akan keampunan bagi umatnya).......
TAPI kn3 cuba anda fikir apa hak dan tanggungjawab kita di dunia ini???..
Cube kite tngk sekeliling kita -sape yang pling dkat ngn kte??pkwe?mkwe?mak ayah??cikgu??kawn?? adakah kita mampu mencegah kemungkaran yang ada disekeliling kita??salah satu dari ciri3 0rang beriman ialah, BENCI kepada kemungkaran dan kemaksiatan...
hurm lagi satu,..bg aq..syaitan n malaikat ni umpama api dan cahaya. Nabi Muhammad mengingatkan kita, syaitan dan malaikat berbisik kepada hati manusia bersilih ganti bagaikan siang dan malam. Bisikan malaikat membawa kebaikan dan kebenaran tentang janji Allah. Sebaliknya, bisikan syaitan adalah keburukan dan pendustaan kepada janji Allah. “Syaitan itu menjanjikan kefakiran dan memerintahkan manusia melakukan perbuatan yang mungkar.” (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Hibban)
Tiada terlepas kita dari godaan yang amat dasyat , baik dari harta dunia , mahupun lelaki dan wanita .Semua perhiasan duniawi akan kelihatan amat menakjubkan ,menggamit dan melambai lambai bagaikan alunan layang layang yang berterbangan . Andai kita memegang talinya mampukah sekadar pada talinya sahaja, sedangkan angin makin bergoyang pohun makin membuai pasti jua akan dilepaskan tali bagi mengikut kehendak angin yang sentiasa memujuk .Begitulah kita pada perhiasan dunia . Iblis dan syaitan tidak akan melepaskan peluang dibisik pada telinga, disentuhnya pada hati dibuainya pada perasaan andai kita mengikut rentaknya akan tumbuh subur sifat syaitan dalam tubuh menular bagai akar tunjang .
JALAN MANA YANG KITA AKAN TEMPUH?? KESESATAN YANG DIBAWA OLEH SYAITAN ATAU NUR DARI ALLAH S.W.T???
ATAU LEBIH TEPAT LAGI SIROTUMUSTOQIM AU AD-DOOLLIN???
saya menasihati diri saya sendiri yang selalu LEKA dan LALAI ni..
DAN YANG PALING PENTING INGATLAH KUASA MEMILIH TERLETAK DI TANGAN KITA...
SALAM MAULIDUR RASUL,
ap2 pun selamat beramal...^__^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan