ALHAMDULILLAH...keajaiban telah berlaku...bila mana hati keluh kesah memikirkan jalan penyelesaian..DIA punya cara tersendiri menjawab segala persoalan yang bermain di fikiran...bersangka baiklah kepada ALLAH...sungguh perancanganNYA maha hebat!
doa sebagai senjata! perjalanan masih panjang menuju redha dan cintaNYA!
masa adalah amanah....semoga tiap langkah kakiku menuju redha dan cintaNYA!
ALLAHu akbar!
Rabu, 17 Julai 2013
Jumaat, 31 Mei 2013
DOA KALBU
Best lagu ni...:)
Dimalam penuh bintang
di atas sajadah yang kubentang
sedu sedan sendiri
mengaduh pada Yang Maha Kuasa
betapa naif diriku ini hidup tanpa ingat pada-Mu
urat nadi pun tahu aku hampa..
di malam penuh bintang
di bawah sinar bulan purnama
kupasrahkan semua
keluh kesah yang aku rasa
sesak dadaku
menangis pilu
saat ku urai dosa-dosaku..
dihadapan-MU ku tiada artinya............
doa kalbu tak bisa aku bendung
deras bak hujan di gunung sahara
hatiku yang gersang........
terasa oleh tenteram...
hanya Engkau yang tahu siapa aku
tetapkanlah seperti malam ini
sucikan diriku selama-lamanya.......
DOA KALBUKU......
Selasa, 21 Mei 2013
Menuju kasih illahi 2
“Assalamualaikum Irah.. Ika dah pergi”
suara kak Hana kedengaran bergetar menahan sebak.
”Kenapa kak?” Tanya Irah dengan agak cemas.”Ika kemalangan, arwah bersama tiga orang sahabatnya meninggal di tempat kejadian”.Sambung kak Hana. Tak semena-mena telefon bimbit di tangan jatuh terhempas ke lantai..

“Ya ALLAH ujian apakah ini”hatinya pedih menahan
sebak ……
“Irah.. Irah…bangun, jom tahajud’ …kedengaran
suara Ika memecah hening pagi yang mendamaikan.Terkebil-kebil Irah memandang
Ika. “Beruntung ada sahabat sepertinya, susah senang bersama dan yang paling
bermakna berkongsi satu matlamat yang sama” getus hatinya .Irah teringat kembali pada detik pertemuan kali pertamanya dengan Ika. Waktu itu merupakan hari pertama mendaftar sebagai pelajar diploma. Nurul A’tiqah Sakinah, pendiam orangnya. Pada mulanya disangkakan
sombong.
Namun dengan taqdir ALLAH, sangkaan itu jauh meleset apabila semakin mengenali hati budinya.Ika penyantun orangnya, pandai masak dan lemah lembut. Disebalik sifat pendiamnya, ternyata dia seorang yang hebat..Hatinya penuh cinta kepada pencipta. Di kala ujian perit menyapa kehidupan, dialah yang pertama menghulurkan tangan.Sunggguh sahabat itu anugerah ALLAH yang tak ternilai.

Dalam hubungan persahabatan bukanlah bermakna tidak
pernah sekalipun tersilap kata dan terguris hati. Namun ukhwah yang terjalin kerana cinta kepada
ALLAH , membawa makna yang jauh lebih berharga. Bersahabat untuk sama-sama
menuju redha dan cintaNYA..Cukup indah adabila hidup sentiasa diselubungi
sahabat yang saling ingat mengingati tentang ALLAH, RASULULLAH, serta kehidupan
akhirat. Kadang kala timbul kekhuatiran di dalam hati, adakah diri ini terus
mampu menjadi sahabat yang baik buat sahabatnya.Sejujurnya sahabat merupakan
amanah ALLAH, dan hak-hak sebagai sahabat perlu dijaga dengan sebaik mungkin.
“Irah..Irah…apa termenung lagi tu dah pukul 4.30 ni, cepatlah sahabatku sayang” suara Ika memecah lamunannya sebentar tadi. Ika yang ketika itu sedang khusyuk mentadabbur Al-Quran ternyata perasan akan riak wajahnya..”Irah ni,suka benar temenung sendirian” ucapnya lagi.”Yela , Irah bangun ni”. Akhirnya Irah bangun untuk mengambil wudhuk.
Malam itu dan malam-malam berikutnya mereka
berdua sentiasa melazimi qiamulail. Hari ini Ika kejutkan Irah, esok lusa Irah
kejutkan Ika. Begitulah hari hari mereka berlalu sehinggalah masing-masing
tamat pengajian dan membawa hala tuju yang berbeza..Dengan taqdirnya Ika
berpeluang menyambung pelajaran ke Jordan dalam bidang perubatan , manakala
Irah menyambung Ijazah di universiti tempatan.Meskipun jarak memisahkan mereka,
namun jalinan ukhuwah mereka tetap utuh bagaikan tali yang tersimpul mati. Pada
perbualan terakhir mereka bulan lepas, Ika sempat menuturkan bait-bait kata nasihat buat Irah …
“Setiap amal perbuatan kita,
Bakal dipersembahkan kepada sang PENCIPTA,
Saat itu bakal menentukan segalanya,
Sama ada ke syurgaNYA atau nerakaNYA”
Petang itu, Irah bersama kak Hana bergerak menuju ke rumah arwah Ika. Ternyata ramai yang hadir di majlis
pengebumiannya.Sungguh tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati..”Hari ni
ALLAH menjemputmu pulang Ika, esok lusa giliran Irah pula” getus hatinya..Sungguh
perit kehilangan sahabat tercinta, namun itulah hakikat sebuah kehidupan. Irdina Shahirah tidak tertahan menahan kesedihan lalu dirangkulnya tubuh Kak Hana dengan erat sambil menangis ...
”Sabarlah Irah, yang hidup pasti akan mati , apa yang pasti hidup mesti diteruskan hingga saat tiba giliran kita dijemput pulang” Kak Hana cuba meredakan kesedihan Irah .. Irdina Shahirah hanya mampu mengangguk....Jauh di sudut hatinya dia mengakui kebenaran kata-kata kak Hana.. "

Bersambung….
(Tiada kena mengena dgn yang hidup mahupun sudah
meninggal dunia)
Created by:Nuraziela Humaira
Rabu, 17 April 2013
TERKINI Mahasiswa UiTM Sayang Malaysia - MUSMA
APA ITU MUSMA ?
Mahasiswa UiTM Sayang Malaysia (MUSMA) merupakan pertubuhan baru mahasiswa UiTM dalam mana mendepani isu-isu mahasiswa, politik dan negara.
Ayuh sahabat like page ini...
Mahasiswa UiTM Sayang Malaysia (MUSMA) merupakan pertubuhan baru mahasiswa UiTM dalam mana mendepani isu-isu mahasiswa, politik dan negara.
Ayuh sahabat like page ini...
hidup bukan sekadar pergi kelas, balik kelas, dan buat design semata-mata.
kita adalah matlamat yang jauh lebih besar dari sekadar memikirkan tentang kejayaan diri sendiri.
jadilah mahasiswa yang cakna isu semasa...
jom jadi mahasiswa uitm sayang Malaysia...
sy sayang Malaysia dan mahukan yg terbaik, anda
bagaimana?
Page ini khas untuk mahasiswa hebat, cakna akan isu-isu semasa
ANDA SAYANG UITM? KLIK SINIhttps://www.facebook.com/pages/Mahasiswa-UiTM-Sayang-Malaysia-MUSMA/430347100390298?fref=ts
Langgan:
Catatan (Atom)