Selasa, 21 Mei 2013

Menuju kasih illahi 2



“Assalamualaikum Irah.. Ika dah pergi” suara kak Hana kedengaran bergetar menahan sebak.
”Kenapa kak?” Tanya Irah dengan agak cemas.”Ika kemalangan, arwah bersama tiga orang sahabatnya meninggal di tempat kejadian”.Sambung kak Hana.  Tak semena-mena telefon bimbit di tangan jatuh terhempas ke lantai..

“Ya ALLAH ujian apakah ini”hatinya pedih menahan sebak ……


“Irah.. Irah…bangun, jom tahajud’ …kedengaran suara Ika memecah hening pagi yang mendamaikan.Terkebil-kebil Irah memandang Ika. “Beruntung ada sahabat sepertinya, susah senang bersama dan yang paling bermakna berkongsi satu matlamat yang sama” getus hatinya .Irah teringat  kembali pada detik  pertemuan  kali pertamanya dengan Ika. Waktu itu merupakan hari pertama mendaftar sebagai pelajar diploma. Nurul A’tiqah Sakinah, pendiam orangnya. Pada mulanya disangkakan sombong. 

Namun dengan taqdir ALLAH, sangkaan itu jauh meleset apabila semakin mengenali hati budinya.Ika penyantun orangnya, pandai masak dan  lemah lembut. Disebalik sifat pendiamnya, ternyata dia seorang yang hebat..Hatinya penuh cinta kepada pencipta. Di kala ujian perit menyapa kehidupan, dialah yang pertama menghulurkan tangan.Sunggguh sahabat itu anugerah ALLAH yang tak ternilai.

Dalam hubungan persahabatan bukanlah bermakna tidak pernah sekalipun tersilap kata dan terguris hati. Namun ukhwah yang terjalin kerana cinta kepada ALLAH , membawa makna yang jauh lebih berharga. Bersahabat untuk sama-sama menuju redha dan cintaNYA..Cukup indah adabila hidup sentiasa diselubungi sahabat yang saling ingat mengingati tentang ALLAH, RASULULLAH, serta kehidupan akhirat. Kadang kala timbul kekhuatiran di dalam hati, adakah diri ini terus mampu menjadi sahabat yang baik buat sahabatnya.Sejujurnya sahabat merupakan amanah ALLAH, dan hak-hak sebagai sahabat perlu dijaga dengan sebaik mungkin.


“Irah..Irah…apa termenung lagi tu dah pukul 4.30 ni, cepatlah sahabatku sayang” suara Ika memecah lamunannya sebentar tadi. Ika yang ketika itu sedang khusyuk mentadabbur Al-Quran ternyata perasan akan riak wajahnya..”Irah ni,suka benar temenung sendirian” ucapnya lagi.”Yela , Irah bangun ni”. Akhirnya Irah bangun untuk mengambil wudhuk.

Malam itu dan  malam-malam berikutnya mereka berdua sentiasa melazimi qiamulail. Hari ini Ika kejutkan Irah, esok lusa Irah kejutkan Ika. Begitulah hari hari mereka berlalu sehinggalah masing-masing tamat pengajian dan membawa hala tuju yang berbeza..Dengan taqdirnya Ika berpeluang menyambung pelajaran ke Jordan dalam bidang perubatan , manakala Irah menyambung Ijazah di universiti tempatan.Meskipun jarak memisahkan mereka, namun jalinan ukhuwah mereka tetap utuh bagaikan tali yang tersimpul mati. Pada perbualan terakhir mereka bulan lepas, Ika sempat menuturkan bait-bait kata nasihat buat Irah …

“Setiap amal perbuatan kita,
Bakal dipersembahkan kepada sang PENCIPTA,
Saat itu bakal menentukan segalanya,
Sama ada ke syurgaNYA atau nerakaNYA”

Petang itu, Irah bersama kak Hana bergerak menuju ke rumah arwah Ika. Ternyata ramai yang hadir di majlis pengebumiannya.Sungguh tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati..”Hari ni ALLAH menjemputmu pulang Ika, esok lusa giliran Irah pula” getus hatinya..Sungguh perit kehilangan sahabat tercinta, namun itulah hakikat sebuah kehidupan. Irdina Shahirah tidak tertahan menahan kesedihan lalu dirangkulnya tubuh  Kak Hana dengan erat sambil menangis ...

”Sabarlah Irah, yang hidup pasti akan mati , apa yang pasti hidup mesti diteruskan hingga saat tiba giliran kita dijemput pulang” Kak Hana cuba meredakan kesedihan Irah .. Irdina Shahirah  hanya mampu mengangguk....Jauh di sudut hatinya dia mengakui kebenaran kata-kata kak Hana.. "


Bersambung….
(Tiada kena mengena dgn yang hidup mahupun sudah meninggal dunia)
Created by:Nuraziela Humaira

Tiada ulasan:

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye