Ahad, 27 Januari 2013

Istimewa telaga zam zam buat umat ISLAM



Telaga zamzam adalah sebagaimana telaga biasa, tetapi mempunyai riwayat yang tersendiri. Sejarahnya adalah berhubung kait dengan sejarah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim ) yang datang ke Makkah. Mengikut asal mula riwayat telaga ini adalah seperti berikut; Nabi Ibrahim a.s. mempunyai dua orang isteri; Siti Sarah dan Siti Hajar (ibu Nabi Ismail).

Pada satu ketika terjadi pertelingkahan antara kedua isteri tersebut sehingga Siti Sarah bersumpah tidak akan tinggal bersama-sama ibu Ismail dalam satu negeri. Kemudian turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim supaya baginda bersama-sama anak dan isterinya (Ismail dan Hajar) pergi ke Makkah. Di waktu itu Makkah belum didiami manusia, hanya merupakan lembah pasir dan bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air.

Apabila mereka tiba di Makkah, mereka tinggal di bawah sepohon pokok yang kering. Di tempat inilah bangunan Kaabah yang ada sekarang. Tidak berapa lama, kemudian Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dengan dibekalkan sekantong kurma dan sekibah air.
Siti Hajar memerhatikan sikap suaminya yang menghairankan itu lalu bertanya ;

"Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?"
"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini ? ".
Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata jua pun.
Siti Hajar bertanya lagi;
"Adakah ini memang perintah dari ALLAH ?"
Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".

Mendengar jawapan suaminya yang ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. 
Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.
Selang beberapa hari, air yang dibekalkan Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit sofa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (kali terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. 

Alangkah terkejutnya, bahawa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air zam-zam. maka ALLAH mengeluarkan air dari bumi yang terpukul-pukul oleh kaki Ismail. Melihat itu, Siti Hajar segera minum dan kemudian menyusui bayinya  Ismail. 
Di sini Siti Hajar bertemu dengan Malaikat Jibril dan Jibril mengatakan kepadanya, " Jangan khuatir, di sini Baitullah ( rumah ALLAH ) dan anak ini (Ismail ) serta ayahnya akan mendirikan rumah itu nanti. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya".

Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, 
" Dari Ibnu Abbas r.a. katanya,Rasulullah s.a.w bersabda: 
"sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". 
Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.

Telaga zam-zam digali semula oleh Abdul Mutalib (datuk RASULULLAH S.A.W)

 Telaga Zam-zam adalah telaga pusaka Nabi Ismail as. Malangnya ia telah tertimbus sejak kaum Arab Jurhum berpindah keluar dari mekah. Perkara itu berlaku terlalu lama hingga tiada sesiapa yang tahu dimana lokasi telaga itu berada.
Pada satu hari ketika Abdul Muttalib hanya mempunyai seorang anak lelaki iaitu al_harith, bermimpi didatangi satu suara memanggil-manggil beliau. dan memberi perintah kepada beliau.
“Wahai Shiekh yang besar galilah telaga Zam-zam.”
Abdul Muttalib bermimpi hingga beberapa kali dengan mimpi yang sama kecuali dengan sebutan nama telaga Zam-zam yang berbeza iaitu Barrah, dan Madnunah.
Sedikit info : Pendapat Ahli bahasa mengatakan Zam-zam bermaksud kenyang tapi menurut ahli sejarah pula perkataan Zam-zam itu bermaksud kepungan. Ini kerana ketika peristiwa Siti Hajar datang kepada Nabi Ismail yang sedang menhentak-hentak kaki dimana keluarnya mata air memancar-mancar dari tanah di bawah kaki nabi Ismail itu, Siti Hajar ada berkata Zam-zam berulang-ulang kali yang bermaksud kepung air itu. Boleh jadi kedua-duanya betul.

Gambar Telaga Zam-zam 

Setelah beberapa kali Abdul Muttalib didatangi mimpi yang menyuruhnya menggali telaga itu. Akhirnya mimpi terakhirnya memberitahu lokasi telaga itu. Dengan tidak membuang masa Abdul Muttalib pun pergi ke lokasi yang disebut dalam mimpinya itu bersama-sama anaknya al-Harith. Sesampainya mereka berdua di situ iaitu diantara berhala Isaf dan Nailah (berhala yang disembah oleh arab jahiliyyah) , kedengaran lagi suara yang sama dalam mimpi Abdul Muttalib itu menyuruh beliau mula menggali di atas tanah antara dua berhala itu.


Maka mulalah mereka berdua menggali , tiada sesiapa pun dari masyarakat disitu yang datang menolong kerana bagi mereka usaha Abdul Muttalib dan anaknya itu hanyalah usaha yang sia-sia.
Setelah bertungkus lumus menggali, Abdul Muttalib pun ternampak pintalan emas dan bilah-bilah pedang kepunyaan Mudhadh bin Amru al-Jumhumi. Amat gembiralah Abdul Muttalib atas kurniaan Allah itu Dengan adanya telaga itu tugas untuk menyediakan air untuk para jemaah haji akan menjadi lebih mudah.



Keanehan Air Zam-Zam 
Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum




Gambaran Kedudukan Paras Air



Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam.

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah untuk diuji.


Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.


Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.


Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).


Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.


Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.


Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.


Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.


Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.


Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.


Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya. 




Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:

“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.


Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.


Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar. 

Air Zamzam Mengandungi Zat Anti Kuman 

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.


Oleh kerana itu bila dikaji, jamaah haji tidak dijangikiti atau menghidapi penyakit yang kronik walaupun mereka berkumpul dan berhimpit-himpit dengan berjuta-juta manusia dari beratus-ratus buah negara di dunia. Ketika penularan penyakit H1N1, AIDS, Selsema Burung dan berbagai jenis penyakit yang merbahaya lain, jamaah haji tidak menghidapinyanya.

Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun. Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.


Nabi S.A.W. menambahkan: 
“Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. 
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.


  1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.
  2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.
  3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. 
  4. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.
  5. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.


Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.


SUMBER :
http://www.al-azim.com/haji/Telaga_ZamZam.html
http://ustaznaim.blogspot.com/2012/11/telaga-zamzam.html
ENSIKLOPEDIA MUSLIM
http://muhdhazrie.com/tag/penggalian-telaga-zam-zam-oleh-abdul-muttalib/

3 ulasan:

Amirul Asyraf berkata...

Salam.

Ya ukhti Aziela, jazakillahu khairan kaseera for sharing this.

A good complementary revision for the stories of Hagar and Ishmael from the seminar insya Allah =)

Keep sharing and writing! ;-)

Sarah berkata...

Artikel yg menarik. terima kasih. -follower baru :-)

Unknown berkata...

amirul asyraf :ALHAMDULILLAH ...inshaa ALLAH hopefully we all can answer those question bittaufiq wa najah :)

dewi: salam ukhuwah follower baru~ nice to meet u ^^

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye