Menuju kasih illahi 1





Merenung jauh ke dasar hati..sungguh perit ujian itu….luka di hati tak siapa yang tahu..kekalutan  di jiwa Zinnirah cuba disembunyikan dengan senyuman dan gelak tawa yang ternyata dibuat-buat….

Arggghhh…

Dalam keresahan dia mengeluh…Agak perit ujian kali ini….
“inna lillahi wa inna ilaihi rajiun” kalimah yang sentiasa bermain difikiran…sungguh dia tahu ujian keperitan itu lumrah kehidupan yang sementara.Sungguh dari ALLAH kami datang kepadanya jua kami akan kembali

“ujian tanda ALLAH sayang, beruntunglah bagi mereka yang sabar ” kata-kata kak Laila bermain difikiran..” sungguh kita hanya hamba layak diuji” sambungnya lagi..
Kata-kata semangat itu sengaja diulang ulang ke dalam minda untuk menenangkan kembali fikiran yang tadinya kusut..”Ya aku insan terpilih hari ini..ALLAH sayang padaku, inshaa ALLAH”..

Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). 
surah al imran ayat 186 

Jiwanya kembali tenang, lantas bergegas menyiapkan segala tugasan yang telah diamanahkan.Sem ini   agak berat baginya.Masakan tidak, agak “busy” dengan “Final Year Project” tambahan pula dengan tugasan luar yang agak mencabar serta memerlukan komitmen yang agak tinggi..”ALLAH…tiada kekuatan melainkan dariMU semata” getus hatinya..Dengan keazaman yang ada untuk mencapai cita-cita langkah itu mesti diteruskan jua..

Pernah ditanya apakah matlamatnya dalam hidup ..dengan tenang dia menjawab…untuk bertemu ALLAH dengan jiwa yang bersih mengharap redha dan cintaNYA…ya, matlamat itu bukan semudah yang diperkatakan…pelbagai onak duri dan ranjau berliku perlu ditempuh sebagai tapisan dari ALLAH..

Tapisan itu berjalan setiap hari….maka untuk meraih redhaNYA perlulah berusaha mentaati segala perintahNYA dan meninggalkan segala laranganNYA….Walaupun kadang-kala ujian itu menyebabkan jiwa hamba tergelincir ke lembah dosa..selagi ada masa, masih sempat untuk perbetulkan segala kesilapan..”Ya..masa masih ada…hargailah masa anda!” ..Hatinya menjerit bagaikan mahu melepaskan sesuatu dari cengkaman kekalutan jiwa..


Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi….matanya masih segar..inilah masa yang terbaik untuk muhasabah diri…sungguh dia malu..dia malu apabila memikirkan detik pertemuannya dengan ALLAH kelak ….Pencipta yang amat dia rindukan….entah mengapa dia begitu khuatir yang ujian kali ini mungkin akan membuatkannya jauh dari redha ALLAH….astagfirullahalazim!.... ALLAH maha pengampun!!…..

Selangkah demi selangkah…begitu hikmah ALLAH mentarbiah dirinya..Dia sedar tanpa ALLAH siapalah dia…hanya insan hina yang tak punya apa-apa..malah sejak dari bangku sekolah lagi dia seringkali jadi bahan ejekan..Kini suasana ternyata berbeza…benarlah firmanNYA “setiap dari kesusahan itu ada kemudahan”..Dia sendiri tak pernah menyangka akan berada di kemuncak ini..Namun di tahap mana pun dia berada, semuanya hanyalah ujian belaka…kesusahan suatu ujian..kesenangan juga suatu ujian..

Dia teringat pada kisah nabi Ayyub alihissalam..pada awalnya baginda diuji dengan kesenangan harta serta anak-anak…Namun baginda tetap mengingati ALLAH serta mengerjakan solat..Kemudian Iblis laknatullah telah memohon kepada ALLAH untuk menguji baginda dengan penderitaan sehingga diceritakan, segala harta benda telah binasa, dipulaukan oleh kaum kerabat, kesemua anaknya mati serta dihinggapi penyakit misteri yang menyebabkan baginda hanya mampu terlantar di pembaringan..ALLAH…Namun baginda tetap utuh mengingati ALLAH siang dan malam….betapa hebatnya tahap kesabaran baginda…subhanALLAH..

“HAH” sergah Farhana, teman sekuliahnya “Jauh termenung, sedang memikirkan buah hati kah?” guraunya lagi. “Ish Hana ni, bukan Hana tak kenal  Irah, takda maknanya”..Jawab Zinnirah ringkas. “Bukan apa, jauh irah termenung….macam ada sesuatu yang tak kena ja”..tanya Farhana lagi “Takda apa-apa kak Hana ku sayang..Irah  hanya memikirkan masa depan “ jawab Irah sambil tersenyum..

Sejujurnya dia amat mengagumi kak Hana, seniornya di universiti  ini yang banyak memberi tunjuk ajar serta pengalaman yang berguna  dalam menjalani hari sebagai seorang pelajar.Kak Hana seorang yang hebat dalam berkata-kata.Hebatnya dia setiap kali dia bersuara , kata-katanya bukan sahaja  seolah-olah menusuk ke dalam kalbu, malah ada diantara pendengar yang tak semena-mena  mengalirkan air mata..

Bersambung.......
 tiada kena mengena antara yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia
< created by NURAZIELA HUMAIRA>


Menuju kasih illahi 2


“Assalamualaikum Irah.. Ika dah pergi” suara kak Hana kedengaran bergetar menahan sebak.
”Kenapa kak?” Tanya Irah dengan agak cemas.”Ika kemalangan, arwah bersama tiga orang sahabatnya meninggal di tempat kejadian”.Sambung kak Hana.  Tak semena-mena telefon bimbit di tangan jatuh terhempas ke lantai..

“Ya ALLAH ujian apakah ini”hatinya pedih menahan sebak ……


“Irah.. Irah…bangun, jom tahajud’ …kedengaran suara Ika memecah hening pagi yang mendamaikan.Terkebil-kebil Irah memandang Ika. “Beruntung ada sahabat sepertinya, susah senang bersama dan yang paling bermakna berkongsi satu matlamat yang sama” getus hatinya .Irah teringat  kembali pada detik  pertemuan  kali pertamanya dengan Ika. Waktu itu merupakan hari pertama mendaftar sebagai pelajar diploma. Nurul A’tiqah Sakinah, pendiam orangnya. Pada mulanya disangkakan sombong. 

Namun dengan taqdir ALLAH, sangkaan itu jauh meleset apabila semakin mengenali hati budinya.Ika penyantun orangnya, pandai masak dan  lemah lembut. Disebalik sifat pendiamnya, ternyata dia seorang yang hebat..Hatinya penuh cinta kepada pencipta. Di kala ujian perit menyapa kehidupan, dialah yang pertama menghulurkan tangan.Sunggguh sahabat itu anugerah ALLAH yang tak ternilai.

Dalam hubungan persahabatan bukanlah bermakna tidak pernah sekalipun tersilap kata dan terguris hati. Namun ukhwah yang terjalin kerana cinta kepada ALLAH , membawa makna yang jauh lebih berharga. Bersahabat untuk sama-sama menuju redha dan cintaNYA..Cukup indah adabila hidup sentiasa diselubungi sahabat yang saling ingat mengingati tentang ALLAH, RASULULLAH, serta kehidupan akhirat. Kadang kala timbul kekhuatiran di dalam hati, adakah diri ini terus mampu menjadi sahabat yang baik buat sahabatnya.Sejujurnya sahabat merupakan amanah ALLAH, dan hak-hak sebagai sahabat perlu dijaga dengan sebaik mungkin.


“Irah..Irah…apa termenung lagi tu dah pukul 4.30 ni, cepatlah sahabatku sayang” suara Ika memecah lamunannya sebentar tadi. Ika yang ketika itu sedang khusyuk mentadabbur Al-Quran ternyata perasan akan riak wajahnya..”Irah ni,suka benar temenung sendirian” ucapnya lagi.”Yela , Irah bangun ni”. Akhirnya Irah bangun untuk mengambil wudhuk.

Malam itu dan  malam-malam berikutnya mereka berdua sentiasa melazimi qiamulail. Hari ini Ika kejutkan Irah, esok lusa Irah kejutkan Ika. Begitulah hari hari mereka berlalu sehinggalah masing-masing tamat pengajian dan membawa hala tuju yang berbeza..Dengan taqdirnya Ika berpeluang menyambung pelajaran ke Jordan dalam bidang perubatan , manakala Irah menyambung Ijazah di universiti tempatan.Meskipun jarak memisahkan mereka, namun jalinan ukhuwah mereka tetap utuh bagaikan tali yang tersimpul mati. Pada perbualan terakhir mereka bulan lepas, Ika sempat menuturkan bait-bait kata nasihat buat Irah …

“Setiap amal perbuatan kita,
Bakal dipersembahkan kepada sang PENCIPTA,
Saat itu bakal menentukan segalanya,
Sama ada ke syurgaNYA atau nerakaNYA”

Petang itu, Irah bersama kak Hana bergerak menuju ke rumah arwah Ika. Ternyata ramai yang hadir di majlis pengebumiannya.Sungguh tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati..”Hari ni ALLAH menjemputmu pulang Ika, esok lusa giliran Irah pula” getus hatinya..Sungguh perit kehilangan sahabat tercinta, namun itulah hakikat sebuah kehidupan. Irdina Shahirah tidak tertahan menahan kesedihan lalu dirangkulnya Kak Hana dengan erat sambil menangis teresak-esak...”Sabarlah Irah, yang hidup pasti akan mati  .Apa yang pasti hidup mesti diteruskan hingga saat tiba giliran kita dijemput pulang” Kak Hana cuba meredakan kesedihan Irah .. Irah hanya mampu mengangguk..Jauh di sudut hatinya dia mengakui kebenaran kata-kata kak Hana..

Bersambung….
(Tiada kena mengena dgn yang hidup mahupun sudah meninggal dunia)
Created by:Nuraziela Humaira

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye