“Assalamualaikum Irah.. Ika dah pergi”
suara kak Hana kedengaran bergetar menahan sebak.
”Kenapa kak?” Tanya Irah
dengan agak cemas.”Ika kemalangan, arwah bersama tiga orang sahabatnya
meninggal di tempat kejadian”.Sambung kak Hana. Tak semena-mena telefon bimbit di tangan jatuh
terhempas ke lantai..
“Ya ALLAH ujian apakah ini”hatinya pedih menahan
sebak ……
“Irah.. Irah…bangun, jom tahajud’ …kedengaran
suara Ika memecah hening pagi yang mendamaikan.Terkebil-kebil Irah memandang
Ika. “Beruntung ada sahabat sepertinya, susah senang bersama dan yang paling
bermakna berkongsi satu matlamat yang sama” getus hatinya .Irah teringat kembali pada detik pertemuan kali pertamanya dengan Ika. Waktu itu merupakan hari pertama mendaftar sebagai pelajar diploma. Nurul A’tiqah Sakinah, pendiam orangnya. Pada mulanya disangkakan
sombong.
Namun dengan taqdir ALLAH, sangkaan itu jauh meleset apabila semakin
mengenali hati budinya.Ika penyantun orangnya, pandai masak dan lemah lembut. Disebalik sifat pendiamnya,
ternyata dia seorang yang hebat..Hatinya penuh cinta kepada pencipta. Di kala
ujian perit menyapa kehidupan, dialah yang pertama menghulurkan tangan.Sunggguh
sahabat itu anugerah ALLAH yang tak ternilai.
Dalam hubungan persahabatan bukanlah bermakna tidak
pernah sekalipun tersilap kata dan terguris hati. Namun ukhwah yang terjalin kerana cinta kepada
ALLAH , membawa makna yang jauh lebih berharga. Bersahabat untuk sama-sama
menuju redha dan cintaNYA..Cukup indah adabila hidup sentiasa diselubungi
sahabat yang saling ingat mengingati tentang ALLAH, RASULULLAH, serta kehidupan
akhirat. Kadang kala timbul kekhuatiran di dalam hati, adakah diri ini terus
mampu menjadi sahabat yang baik buat sahabatnya.Sejujurnya sahabat merupakan
amanah ALLAH, dan hak-hak sebagai sahabat perlu dijaga dengan sebaik mungkin.
“Irah..Irah…apa termenung lagi tu dah pukul 4.30
ni, cepatlah sahabatku sayang” suara Ika memecah lamunannya sebentar tadi. Ika
yang ketika itu sedang khusyuk mentadabbur Al-Quran ternyata perasan akan riak
wajahnya..”Irah ni,suka benar temenung sendirian” ucapnya lagi.”Yela ,
Irah bangun ni”. Akhirnya Irah bangun untuk mengambil wudhuk.
Malam itu dan malam-malam berikutnya mereka
berdua sentiasa melazimi qiamulail. Hari ini Ika kejutkan Irah, esok lusa Irah
kejutkan Ika. Begitulah hari hari mereka berlalu sehinggalah masing-masing
tamat pengajian dan membawa hala tuju yang berbeza..Dengan taqdirnya Ika
berpeluang menyambung pelajaran ke Jordan dalam bidang perubatan , manakala
Irah menyambung Ijazah di universiti tempatan.Meskipun jarak memisahkan mereka,
namun jalinan ukhuwah mereka tetap utuh bagaikan tali yang tersimpul mati. Pada
perbualan terakhir mereka bulan lepas, Ika sempat menuturkan bait-bait kata nasihat buat Irah …
“Setiap amal perbuatan kita,
Bakal dipersembahkan kepada sang PENCIPTA,
Saat itu bakal menentukan segalanya,
Sama ada ke syurgaNYA atau nerakaNYA”
Petang itu, Irah bersama kak Hana bergerak menuju ke rumah arwah Ika. Ternyata ramai yang hadir di majlis
pengebumiannya.Sungguh tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati..”Hari ni
ALLAH menjemputmu pulang Ika, esok lusa giliran Irah pula” getus hatinya..Sungguh
perit kehilangan sahabat tercinta, namun itulah hakikat sebuah kehidupan. Irdina Shahirah tidak tertahan menahan kesedihan lalu dirangkulnya tubuh Kak Hana dengan erat sambil menangis ...
”Sabarlah
Irah, yang hidup pasti akan mati , apa
yang pasti hidup mesti diteruskan hingga saat tiba giliran kita dijemput pulang”
Kak Hana cuba meredakan kesedihan Irah .. Irdina Shahirah hanya mampu mengangguk....Jauh di
sudut hatinya dia mengakui kebenaran kata-kata kak Hana.. "
Bersambung….
(Tiada kena mengena dgn yang hidup mahupun sudah
meninggal dunia)
Created by:Nuraziela Humaira