Jarum jam di wad hospital menunjukkan pukul 2 pagi…Irdina shahirah
masih belum dapat melelapkan mata.Kesakitan yang dialami semalam kian
mereda… ada sesuatu yang bermain difikirannya.. wajah lembut amirul
asyraf yang baru ditemuinya tadi benar-benar menggamit memori . “Masih
ingatkah dia terhadapku?”..monolog hatinya ..7 tahun berlalu, namun
setiap detik yang berlalu, tidak pernah memudarkan ingatannya terhadap
lelaki itu…
8 tahun yang lalu..
Irdina
shahirah …pada asalnya seorang gadis yang agak sosial, lansung tidak
menjaga aurat dengan baik.Peristiwa yang berlaku benar-benar mengubah
personaliti dan tingkah lakunya Ketika itu,Irdina shahirah masih di
tingkatan lima, itulah kali pertama dia melihat telatah amirul asyraf
dari jauh, bersenda gurau bersama teman -teman..hatinya cukup terusik
melihat telatah mereka.
Muhammad Amirul asyraf…wajah yang tidak pernah
lekang dengan senyuman..melihat senyumannya sudah cukup mengubati
hatinya yang duka…ajaib sungguh, .Irdina shahirah yang dahulu, cukup
suka mengasingkan diri dari teman-teman yang lain ..masalah yang
dihadapinya ketika itu amat menekan diri…tiada pilihan melainkan
menanggung deritanya seorang diri.Kalau sebelum ini, segala kesakitan
yang dirasai masih mampu dikongsi bersama keluarga tercinta, namun sejak
berpindah ke sekolah berasrama, segalanya perlu dihadapi dengan
sendiri.sungguhpun begitu,Irdina shahirah cukup bertuah kerana
disitulah bermulanya detik pertama dia belajar akan sesuatu yang
cukup indah dalam hidupnya..dia mula jatuh cinta akan suasana
“kerohanian’ yang diterapkan .Suasana tersebut secara tidak lansung
menarik hati Irdina Humaira untuk bertudung labuh.
Namun
segalanya tidak kekal lama, tamat sahaja tingkatan lima, Irdina
shahirah tidak lagi bertudung labuh.Walaupun masih bertudung, kain
tudung tersebut diselimpangkan ke kiri dan ke kanan menampakkan susuk
tubuh yang menjadi fitnah buat kaum hawa.Irdina shahirah mula hanyut
dan hilang arah lebih-lebih lagi apabila dia mula menjejakkan kaki ke
menara gading.Segala fesyen dan trend terkini yang jauh menyimpang dari
landasan yang digariskan oleh Islam mahu dicubanya.Hatinya sentiasa
mahu agar kelihatan menarik dan cantik pada kaca mata manusia tanpa
memikirkan lagi dosa memakai pakaian yang ketat lagi sendat.sungguh pun
begitu ada sesuatu yang menghalang dirinya dari bersosial serta
bercampur gaul diantara lelaki dan wanita.Irdina Shahirah agak pemalu
orangnya apabila berhadapan dengan kaum adam.
"Aurat wanita itu termasuk
seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan, sungguhpun begitu,
kewajipan kita adalah menutup aurat bukannya membungkus
aurat",kata-kata seorang sahabat masih lagi terngiang-ngiang di
hatinya."so what? apa masalahnya? "luahnya secara tidak puas hati."
Aurat kau tu penambah dosa orang lain , itu memang masalah ! cara
pemakaian kau jadi ikutan orang lain ! Itu pun masalah! diri kau
memberi contoh tidak baik tentang Islam,itu lagilah masalah!"
tegurnya lagi.Jauh di sudut hati keresahan itu mulai bertandang
memikirkan akan dosa-dosa yang selama ini telah dipikulnya...
- an-nuur ayat 31, Allah s.w.t berfirman
- "katakanlah
kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya,
kecuali yang(biasa) nampak daripadanya. dan hendaklah mereka
menutupkan kain kudung ke dadanya..."
to be continued.. created by nuraziela_humaira
note :rekaan semata-mata...salap silap harap dimaafi..hee ^__^
| | | | | | | | | | |