Rabu, 25 April 2012

destinasi terakhir chapter 1

chapter 1
 Jarum jam di wad hospital menunjukkan pukul 2 pagi…Irdina shahirah masih belum dapat melelapkan mata.Kesakitan yang dialami semalam kian mereda… ada sesuatu yang bermain difikirannya.. wajah lembut amirul asyraf yang baru ditemuinya tadi benar-benar menggamit memori . “Masih ingatkah dia terhadapku?”..monolog hatinya ..7 tahun berlalu, namun setiap detik yang berlalu, tidak pernah memudarkan ingatannya terhadap lelaki itu…

8 tahun yang lalu..

Irdina shahirah …pada asalnya seorang gadis yang agak sosial, lansung tidak menjaga aurat dengan baik.Peristiwa yang berlaku benar-benar mengubah personaliti dan tingkah lakunya Ketika itu,Irdina shahirah  masih di tingkatan lima, itulah kali pertama dia melihat telatah  amirul asyraf dari jauh, bersenda gurau  bersama teman -teman..hatinya cukup  terusik melihat telatah mereka.


Muhammad Amirul asyraf…wajah yang tidak  pernah lekang dengan senyuman..melihat senyumannya sudah cukup mengubati hatinya yang duka…ajaib sungguh, .Irdina shahirah yang dahulu, cukup suka mengasingkan diri dari teman-teman yang lain ..masalah yang dihadapinya ketika itu amat menekan diri…tiada pilihan melainkan menanggung deritanya seorang diri.Kalau sebelum ini, segala kesakitan yang dirasai masih mampu dikongsi bersama keluarga tercinta, namun sejak berpindah ke sekolah berasrama, segalanya  perlu dihadapi dengan  sendiri.sungguhpun begitu,Irdina shahirah cukup bertuah kerana  disitulah  bermulanya detik pertama dia  belajar akan sesuatu yang cukup indah dalam hidupnya..dia mula jatuh cinta akan suasana “kerohanian’ yang diterapkan .Suasana tersebut secara tidak lansung menarik hati Irdina Humaira  untuk bertudung labuh.

Namun segalanya tidak kekal lama, tamat sahaja tingkatan lima, Irdina shahirah tidak lagi bertudung labuh.Walaupun masih bertudung, kain tudung tersebut diselimpangkan ke kiri dan ke kanan menampakkan susuk tubuh yang menjadi fitnah buat kaum hawa.Irdina shahirah mula hanyut  dan hilang arah lebih-lebih lagi apabila dia mula menjejakkan kaki ke menara gading.Segala fesyen dan trend terkini yang jauh menyimpang dari landasan yang digariskan oleh Islam  mahu dicubanya.Hatinya sentiasa mahu agar  kelihatan menarik dan cantik pada kaca mata manusia tanpa memikirkan  lagi dosa memakai pakaian yang ketat lagi sendat.sungguh pun begitu ada sesuatu yang menghalang dirinya dari bersosial serta bercampur gaul diantara lelaki dan wanita.Irdina Shahirah agak pemalu orangnya apabila berhadapan dengan kaum adam.


"Aurat wanita itu termasuk seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan, sungguhpun begitu, kewajipan kita adalah menutup aurat bukannya membungkus aurat",kata-kata seorang sahabat masih lagi terngiang-ngiang di hatinya."so what? apa masalahnya? "luahnya secara tidak puas hati." Aurat  kau tu penambah dosa orang lain , itu memang masalah ! cara pemakaian kau jadi ikutan orang lain ! Itu pun masalah! diri kau memberi contoh tidak  baik tentang Islam,itu lagilah  masalah!" tegurnya lagi.Jauh di sudut hati keresahan itu mulai bertandang memikirkan akan dosa-dosa yang selama ini  telah dipikulnya...


  • an-nuur ayat 31, Allah s.w.t berfirman
  • "katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang(biasa) nampak daripadanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya..."
to be continued.. created by nuraziela_humaira
note :rekaan semata-mata...salap silap harap dimaafi..hee ^__^

Selasa, 28 Februari 2012

pencarian itu ...

CINTA bukannya mencari seseorang yang SEMPURNA tetapi menemukan seseorang yang mmpu menjadikn dirimu SEMPURNA..,
 Jangan katakan AKU CINTA PADAMU bila kau tidak benar-BENAR peduli. 
Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup sesesorang bila kau hanya berniat memainkn hatinya,
Jangan tatap mata seseorang jika itu satu pembohongan, 
Hal yang paling kejam yang dilakukan bila kau membuat seseorang itu jatuh cnta,
sedangkan kau TIDAK berniat langsung utk MENERIMA saat ia jatuh..


Jika Jodoh adalah TAKDIR maka aku tak perlu risau meneka dia atau dia jodohku dengan jalan mencUba menjalin hubungan tanpa kehalalan sebagai alasan sebuah usaha pencarian.



Jika jodoh adalah TAKDIR maka aku harus beriman padanya, pada takdir-Nya bahawa jika sebuah nama telah ditetapkan menjadi belahan jiwa kita, kita pasti dipertemukan dengannya dlm ikatan yg diridhai-Nya. Maka cukuplah masa terluangku , ku isi dengan perbaikan dan menuntut ilmu,cukuplah itu memberiku ketenangan

Namun, Jika Jodoh adalah pilihan,, Maka aku wajib berbenah diri, kerana Rasullullah pernah bersabda ''…pilihlah yg baik agamanya agar kamu beruntung…''

Ya, jika aku tetap memilih seseorang hanya kerana silau akan kekayaannya , maka pernikahan ku tak akan pernah dibarakhi-Nya.

TAKDIR ataupun PILIHAN tugas kita tetap sama, iaitu menuntut ilmu, berbenah diri dan membangun cinta kita pada ALLAH Ta'aala.


Walau sekuat mana menegah diri dari memperkatakan tentang cinta, kadang kala perasaan itu hadir tanpa diundang...
benarlah
cinta itu fitrah.



Selasa, 21 Februari 2012

damai yang dirasa


Damai yang dirasa
Melihat warnanya
Tenangnya di mindaku
Suasana kehijauan yang indah

Kicauan beburung rimba
Berterbangan bebas 
di dalam rimba raya
Pepohon turut berlagu
Menerima sentuhannya 
sinaran sang mentari hari

Di alam rimba damai dirasa
Segala-galanya terlukis sempurna
Di alam rimba keajaibannya
Pesona di jiwa

Di rimba tiada
Derita sengketa
Tiada kudengari
Tangisan sepi yang mengguris hati
Sang pelangi ceria
Menanti kehadirannya gerimis senja
Bisikan desiran air
Turut sama menghiasi 
keindahan ciptaan Ilahi


love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye