Selasa, 28 Februari 2012

pencarian itu ...

CINTA bukannya mencari seseorang yang SEMPURNA tetapi menemukan seseorang yang mmpu menjadikn dirimu SEMPURNA..,
 Jangan katakan AKU CINTA PADAMU bila kau tidak benar-BENAR peduli. 
Jangan bicarakan soal perasaan bila itu tidak benar-benar ada.
Jangan kau sentuh hidup sesesorang bila kau hanya berniat memainkn hatinya,
Jangan tatap mata seseorang jika itu satu pembohongan, 
Hal yang paling kejam yang dilakukan bila kau membuat seseorang itu jatuh cnta,
sedangkan kau TIDAK berniat langsung utk MENERIMA saat ia jatuh..


Jika Jodoh adalah TAKDIR maka aku tak perlu risau meneka dia atau dia jodohku dengan jalan mencUba menjalin hubungan tanpa kehalalan sebagai alasan sebuah usaha pencarian.



Jika jodoh adalah TAKDIR maka aku harus beriman padanya, pada takdir-Nya bahawa jika sebuah nama telah ditetapkan menjadi belahan jiwa kita, kita pasti dipertemukan dengannya dlm ikatan yg diridhai-Nya. Maka cukuplah masa terluangku , ku isi dengan perbaikan dan menuntut ilmu,cukuplah itu memberiku ketenangan

Namun, Jika Jodoh adalah pilihan,, Maka aku wajib berbenah diri, kerana Rasullullah pernah bersabda ''…pilihlah yg baik agamanya agar kamu beruntung…''

Ya, jika aku tetap memilih seseorang hanya kerana silau akan kekayaannya , maka pernikahan ku tak akan pernah dibarakhi-Nya.

TAKDIR ataupun PILIHAN tugas kita tetap sama, iaitu menuntut ilmu, berbenah diri dan membangun cinta kita pada ALLAH Ta'aala.


Walau sekuat mana menegah diri dari memperkatakan tentang cinta, kadang kala perasaan itu hadir tanpa diundang...
benarlah
cinta itu fitrah.



Selasa, 21 Februari 2012

damai yang dirasa


Damai yang dirasa
Melihat warnanya
Tenangnya di mindaku
Suasana kehijauan yang indah

Kicauan beburung rimba
Berterbangan bebas 
di dalam rimba raya
Pepohon turut berlagu
Menerima sentuhannya 
sinaran sang mentari hari

Di alam rimba damai dirasa
Segala-galanya terlukis sempurna
Di alam rimba keajaibannya
Pesona di jiwa

Di rimba tiada
Derita sengketa
Tiada kudengari
Tangisan sepi yang mengguris hati
Sang pelangi ceria
Menanti kehadirannya gerimis senja
Bisikan desiran air
Turut sama menghiasi 
keindahan ciptaan Ilahi


Sabtu, 18 Februari 2012

sedih syair ini membuatkan imam ahmad menangis


syair ini telah membuatkan imam ahmad bin hambal menangis apabila mendengar dua bait pertama syair ini , moga ianya juga menjadi momentum kearah muhasabah dan perubahan pada diri kita semua,insyaALLAH ...


jika tuhanku bertanya kepadaku ...
tidak malukah kau bermaksiat padaku ?
kau sembunyikan dosamu dari makhluk ku ..
dan datang pada ku dengan penuh dosa ..
bagaimana aku nak jawab duhai diriku yang malang ?

dan siapalah yang dapat menyelamatkan aku ?
aku terus menyogok jiwa ku dengan impian
dan harapan dari semasa ke semasa
dan aku melupakan apa yang bakal dihadapi selepas mati ..
dan apa yang akan berlaku selepas aku di kafankan ..
seolah olah aku ini telah di jamin untuk hidup selamanya ..
seakan mati tidak akan menemui ku ...

dan telah datang padaku sakaratul maut yang begitu ngeri ..
siapakah sekarang ini yang mampu melindungi ku ?
aku melihat pada wajah wajah ..
apakah ada daripada mereka yang akan menebus ku ?
akan aku disoal apa yang telah ku lakukan didunia
untuk menyelamatkan diri ini ?

maka harus bagaimana kah akan ku jawab
setelah aku mengabaikan urusan agama ku ?
celakanya aku !! ..apakah aku tidak mendengar
ayat ayat allah yang menyeru ku ?
apakah aku tidak mendengar apa yang telah diceritakan
dalam surah QAAF dan YAASIN ?

apakah aku tidak mendengar tentang hari dikumpul kannya manusia
iaitu hari perhimpunan , hari pembalasan dan hari ad deen ?
apakah aku tidak mendengar panggilan ajal maut
yang sentiasa menyeru dan menjemput ku ?
ya rabb ...ya rabb seorang hamba datang bertaubat
siapakah yang dapat melindungi nya ?

melainkan tuhan yang maha luas pembentangan pengampunannya
yang membimbing aku pada kebenaran
aku telah datang kepadamu ya rabb
maka kasihanilah aku
dan beratkanlah timbangan amal kebaikan ku
dan ringankan lah perhitungan hisab ku kerana
engkaulah tuhan yang terbaik dalam perhitungan penghisaban

PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA !


Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada ALLAH lalu memohon ampun dosa-dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan ALLAH, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal."
(Surah Ali 'Imran: 135-136).

# Janganlah kita menanguhkan taubat kepada ALLAH S.W.T., sesungguhnya mati itu pasti.


SAYANGKU SEKALIAN...INGAT NI

SIAPA KATA USTAZ tak pernah buat DOSA..
SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tak ada MASALAH..
SIAPA KATA CIKGU tak pernah buat SILAP..
SIAPA KATA CHEF tak pernah masak NASI MENTAH..
SIAPA KATA DOKTOR tak pernah SAKIT..
SIAPA KATA PROFESOR tak pernah kena tipu..
(walaupun PROFESOR serba TAHU..)...
INGATLAH Bahawa,, Semua MANUSIA yang HIDUP Di DUNIA ini,,
ALLAH berikan KELEBIHAN dan KEKURANGAN masin
g2..
ALLAH berikan KELEBIHAN,,

Bukanlah 100% diBERI semua pengeTAHUan..
ALLAH berikan KEKURANGAN,,
Bukanlah sehingga ia mengHINAkan..
Terkadang sengaja ALLAH menyulitkan perkara yang kita PAKAR,,
AGAR kita tidak perlu SOMBONG..
AGAR kita sentiasa menjadi HAMBA yang berSYUKUR kepada
-NYA. :))



love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye