Ahad, 11 November 2012

kenapa AKU ISLAM ?




Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Persoalan : kenapa kamu ISLAM?

Macam-macam jawapan yang diberikan, namun jawapan yang paling common yang rata-rata memilih untuk menjawab “aku Islam sebab mak ayah…sebab keturunan  dan sebagainya”. ..ustaz badrul amin (kuliah subuh masjid ubudiah kampung tasik tambahan, 9 /11/ 2012)..”kita kena ingat kita Islam pada hari ini sebab kita :-



“Aku telah rela  ALLAH sebagai Tuhanku, dan dengan ISLAM sebagai AGAMAku, dan dengan MUHAMMAD sebagai nabi dan rasulku.

Inilah masalahnya, apabila kita hanya mengganggap Islam ini hanya atas dasar faktor keturunan, maka segala apa yang kita lakukan hanyalah semata-mata  kerana  kerana budaya ikut-ikutan…sebagai contohlah kan..orang puasa kita pun  puasa…tapi dalam masa yang sama kita tinggalkan solat..see????kenapa agaknya perkara sebegini banyak berlaku diseliling kita?  sebab itulah PENGHAYATAN itu amat penting dalam melaksanakan sesuatu amalan.

Kenapa kita solat?

Solat merupakan amalan fardu yang dituntut oleh setiap individu MUSLIM, wajib dilakukan sebanyak lima waktu sehari semalam didahului dengan takbir dan diakhiri salam dengan syarat-syarat tertentu .Para sahabat dan salafussoleh menganggap ibadah solat adalah jambatan penghubung dan perantara antara hamba dengan PENCIPTANYA (dalam erti kata lain berkomunikasi/tanda pertalian terus diantara seorang hamba dengan PENCIPTA).Solat adalah tanda penghambaan seorang hamba terhadap PENCIPTANYA . Ia meletakkan manusia dalam situasi yang istimewa di hadapan PENCIPTA tanpa dibatasi sebarang tabir (Abdullah: 2012).


TAHUKAH ANDA? Semua makhluk  di langit dan dibumi turut sama  BERTASBIH pada ALLAH, tuhan PENCIPTA sekalian alam….

surah al- isra ayat 44
" Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi ALLAH dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbIh mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha PengampuN"

siapakah PENCIPTA itu? 

Untuk mengenal ALLAH, ana sarankan kita semua hendaklah sentiasa BERUSAHA mendalami ilmu ALLAH, dengan menghadiri majlis-majlis ilmu terutama di masjid-masjid dan di surau-surau..Bukan itu sahaja, kita juga hendaklah sentiasa menjadikan AL-QURAN sebagai panduan harian.maksud ana dengan membaca serta memahami MAKSUDNYA sekali..kerana AL-QURAN merupakan kalamullah (kata-kata dari ALLAH). 

Sedarkah kita? Kita banyak melakukan apa yang ALLAH tidak suka. Tetapi, ALLAH berterusan memberi kita oksigen untuk kita terus hidup, berterusan memberi kita nikmat makanan, kesihatan,dan sebagainya…..

DIAlah ALLAH  yang menciptakan diri kamu dari diri yang satu 
dan kemudiannya kamu berkembang biak…
DIAlah yang mencukupkan segala keperluanmu…
makan dan minummu..DIAlah yang menurunkan hujan… 
dan daripada hujan tersebut tumbuhnya tumbuh-tumbuhan yang beraneka warna dan rasanya…
DIAlah yang menciptakan haiwan-haiwan ternakan(lembu, unta , ayam, itik dsbgnya) yang kamu beroleh pelbagai manfaat daripadanya..
Dan DIA telah menghamparkan bumi bagimu sebagai tempat tinggal … SAHABATKU,kalau ada diantara kita meninggalkan perintah solat maka ketahuilah anda sebenarnya tergolong dari kalangan hambaNYA yang tidak BERSYUKUR, SOMBONG dan INGKAR...DAN NERAKA LAYAK BAGINYA..

Maka kenapa kita senantiasa menjadi hamba yang tidak bersyukur?

Tidak cukup lagikah segala nikmat yang diberikannya? Menjadi hambanya terpilih sebagai khalifah menjalani hidup dibumi ciptaanNYA ini adalah salah satu nikmat yang cukup besar..Cuba bayangkan kalau ALLAH tak ciptakan kita…mana mungkin kita berada disini pada saat ini..

Maka tugas kita sebagai umat Islam, kita sentiasa perlu saling ingat mengingatkan. Ingat tujuan hidup kita di muka bumi tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghambakan diri kepadaNYA..

Jadi….

“Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?”


(Surah Ar-Rahman :16)
Ayat ini, ALLAH sebut berulang kali dalam Surah Ar-Rahman.

Oke...Buka surah Adz-Dzaariyat ayat 56. Allah berfirman yang bermaksud:-

“Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU”

wALLAHualam..sekadar perkongsian…peringatan buat diri sendiri dan para pembaca ^__^
*CONTENT AKN DIUPDATE  dari masa-ke masa  (masih dalam penyusunan) 

Rabu, 7 November 2012

JARI-JEMARI MULA BERAKSI

"Sudah agak lama rasanya mendiamkan diri, menyepi dari mengupdate blog..padahal ianya menjadi satu hobi suatu ketika dulu.."zaman tak berapa nak matured mungkin"..Sungguhpun begitu, dalam menjalani rutin seharian , kadang-kala terdetik hati  meronta ronta untuk menulis. Banyak yang terlintas di hati untuk dikongsi bersama namun sering kali juga rasa itu terkubur"

walaubagaimanapun, di Blog yang tak seberapa ini, banyak kenangan yang telah dicoretkan, kisah suka duka...cerita aku, dia, kamu dan mereka...Namun kenangan tetap tinggal kenangan...kisah kita..pemikiran dan matlamat kita kini berbeza...






"hidup ini suatu perjuangan demi redha dan cinta dari ALLAH, penciptaku yang amat kucintai..insyaALLAH...istiqomah hendaknya..

Rabu, 29 Ogos 2012

persediaan HIDUP !

mulai hari ini saya insyaALLAH akan berusaha untuk menjadi pegawai penyelidik....
ALLAH.... sebaik-baik perancang..ya WALIYYU HAMID!

kuih raya

Tahun ni,  kami tak bekesempatan untuk buat kuih raya... tak seperti tahun3 sudah..mana taknya saya pulang agak lewat ke rumah kerana ada komitmen yang lebih penting...tahun ini juga kuih raya mengingatkan saya kepada sesuatu...dan apabila saya kembali teringat akannya i will cry...WHY????
sometimes i cant control myself....forgive me.................

mama :"  kak long nak rempeyek?"
me : tak nak mama....kak long tak suke rempeyek
mama:" mama ingat lagi................"bla..bla..bla
me :"ye mama kakak ingat lagi....( sambil ketawa)... at the same time i feel the pain...
i jus wanna wish u selamat hari raya maaf zahir dan batin...................................................

Allah berfirman:

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ إِذْ يَتَلَقَّى الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ مَّا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya, (yaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk disebelah kanan dan yang lain duduk disebelah kiri. Tiada suatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir” [Surah Qaf : 16-18]

ALLAH engkau dekat penuh kasih sayang :))



love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye