Jumaat, 16 September 2016

Kebaikan Vitamin C Shaklee

Image result for vitamin c shaklee

  • Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu, berseri
  • Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata
  • Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi yang sihat dan gigi.
  • Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran
  • Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.
  • Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol, tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.
  • Melindungi daripada pembekuan darah, lebam, menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.
  • Penting untuk penyuburan sel darah putih dan juga bertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.
  • Memainkan peranan penting dalam pengeluaran kolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.
  • Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.
  • Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.
  • Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –> berguna dalam rawatan anemia. Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.
  • Merawat jangkitan saluran kencing.
  • Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

KEBAIKAN ESP SHAKLEE

 Image result for ESP SHAKLEE
Apa itu ESP Shaklee?

ESP adalah makanan nutrisi tambahan yang diperbuat daripada protein soya yang berkuliti tinggi. ESP diproses dengan suhu rendah bagi menjaga kualiti protin dalam kacang soya. 1 tin ESP (850g) dihasilkan daripada 30kg kacang soya.

ESP boleh dibancuh dengan minuman kegemaran seperti susu, milo atau buah yang dikisar bersama. ESP baik dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak termusnah pada suhu tinggi.

Selain dibancuh esp juga boleh dijadikan masker dengan membancuh 1 sudu ESP + 2 sudu yogurt. kacau dan tepek pada muka. Memang glowing &  lembut je kulit muka keesokan harinya

Siapa perlu ambil ESP Shaklee ni?

 1. Ibu mengandung – makanan nutrisi yg terbaik,membantu kehamilan dan perkembangan fetus dengan lebih baik.

 2. Ibu yang menyusu – mengalakkan dan mengekalkan penghasilan susu. Pengambilan esp yang konsisten sepanjang tempoh penyusuan dapat membantu perkembangan fizikal bayi yang lebih sihat. Penghidap kencing manis 

3. Kanak-kanak 1 tahun ke atas – sangat sesuai untuk tumbesaran yang sempurna 

4. Pelajar/pekerja/individu dewasa/warga emas - penambah tenaga/energy booster 

5. Penghidap kencing manis 

6. Lelaki dan wanita – untuk mencegah dari penyakit 

7. Orang yang alergik atau alahan. 

8. Wanita ingin menguruskan badan


 Kebaikan dan Kelebihan ESP

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang tidak bersifat keasidan.
2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam
3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.
5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan,
6. Memberi ton warna kulit yang sekata
7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
10. Rendah lemak, tanpa kolestrol
11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi
12. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya
13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone
14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan
15. Membantu mengurangkan risiko kanser,
16. Bertindak sebagai antioksidan,
17 . Menguatkan sistem imun tubuh,
18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik,
19. Memelihara kesihatan jantung
20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua
21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan
23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones.
24. Membantu merendahkan paras kolestrol,
25. Mencegah osteoporosis 26. Membantu pembentukan sel-sel baru. 27. Membantu menyembuhkan gastrik.
28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.
29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.
30. Memudarkan parut
31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak
32. Kecantikan kulit dan rambut


Sabtu, 23 Ogos 2014

SM TAHFIZ SRI PINTAR

Dengan kehendakNYA..diriku disini..menjalani sisa-sisa terakhir hidupku…dalam usaha mencari cinta sejati… tarbiyyah demi tarbiyyah dariNYA tanpa henti… zahirnya tampak menyakitkan… Tapi penghujungnya bahagia.. 

Tiba ku ke persinggahan destinasi berikutnya.. Alam pekerjaan.. Alhamdulillah direzekikan bekerja di SM TAHFIZ Sri Pintar.. Tiada ku sangka baru dua minggu tamat pengajian direzekikan berada disini..Ya Bari’ (Yang maha mengatur). Dia lah yang mengaturkan segalanya bagiku.. Ya WADUD (yang maha mencintai), Walau sebesar mana pun kecintaan dan kerinduan kami padaMU.. tak pernah setanding dengan kasih sayangMU pada kami… Ya SOBURR (Yang maha penyabar)… kurniakanlah kami ketabahan dalam menjalani taqdir hidup yang tertulis buat diri kami..Siapalah kami tanpa cintaMU….Malah kami tidak pernah memiliki apa-apa melainkan ianya sudah ditentukan dariMU buat kami Ya WAHHAB (yang maha pemberi). Ya GHAFUR, Ya AFFU (yang maha pengampun), ampunilah segala salah silap dan kelemahan kami selama menjadi hambaMU…

Episod ini baru bermula, namun pengakhirannya bila-bila masa… ya WALIYY (yang maha menolong), bantulah kami hambaMU dalam melaksanakan amanah dan ketaatan buatMU..Ya HAFIZ (yang maha menjaga) .Peliharakan dari dari gangguan2 musuh kami, musuh saudara kami  dan musuhMU..


Alhamdulillah dalam episode ini ana berpeluang bergerak kerja sebagai sukarelawan nisaa shah alam…moga istiqomah inshaa ALLAH

Selasa, 19 Ogos 2014

NURAZIELA HUMAIRA

اللهم دلني على من يدلني عليك واوصلني الى من يوصلني اليك.

“Ya ALLAH, tunjukilah daku kepada orang yang akan menujukkan daku kepadaMu dan sampaikanlah aku kepada orang yang menyampaikan daku kepadaMu”.


Tuhanku….berikanku kekuatan dalam menempuh setiap dari dugaanMU…

love me? tinggalkan jejak pas follow tau..so tat cik starzz ley follow korunk balik ye